Kolej Tingkatan Enam Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Pra-Universiti KPM Tawau
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
 Malaysia Peti Surat 61254, 91022, Tawau, Sabah
Malaysia
Koordinat4°16′23.1″N 117°55′30″E / 4.273083°N 117.92500°E / 4.273083; 117.92500Koordinat: 4°16′23.1″N 117°55′30″E / 4.273083°N 117.92500°E / 4.273083; 117.92500
Maklumat
Jenis sekolahKolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam
MotoBerketerampilan & Berbakti
Ditubuhkan3 Januari 2017; 7 tahun yang lalu (2017-01-03)
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Tawau
Nombor sekolah089-715 692
Kod sekolahXEA3068[1]
PengetuaDr. Rabe bin Juhari
Tenaga pengajar99 orang sehingga 2022
Jumlah penuntut406 orang sehingga 2022
GPK Pentadbiran dan AkademikNorlina A. Manap Muyong
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSahari Bulan Nuhung
Penolong Kanan KokurikulumSardi Sirajudi
Faks089-715 916
Laman sesawang

|Nama lama = SMK Kabota


Kolej Pra-Universiti KPM Tawau atau ringkasnya dikenali sebagai KPU KPM Tawau dahulu dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam Tawau atau nama ringkasnya KT6TAWAU (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kabota atau SMK Kabota), merupakan sebuah Pusat Tingkatan Enam yang ke tiga belas di Malaysia dalm Mod Satu yang terletak di Jalan Kubota, Tawau, Sabah.

Penubuhan kolej ini pada 3 Januari 2017 menjadikannya sebuah Kolej Tingkatan Enam terbesar di Malaysia yang telah menggabungkan lima sekolah iaitu SMK Tawau, SMK Kuhara, SMK Jambatan Putih, SMK Jalan Apas dan SM St. Patrick dengan pelajar seramai 480 orang.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej Pra-Universiti KPM Tawau bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kabota, Tawau yang diwujudkan pada 12 Jun 1995 sebagai cawangan SMK Kuhara, Tawau. Bangunan yang disediakan adalah 3 blok projek kilat dengan 12 bilik darjah yang telah diubahsuai.

Dari segi tenaga pengajarnya, pada peringkat awal penubuhannya rata-rata semua adalah guru sandaran tidak terlatih. Namun demikian mereka telah mempamerkan mutu kerja yang terpuji sempena lawatan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Hasbullah bin Taha telah memberi satu penghargaan yang tinggi terhadap sekolah ini.

SMK Kabota sekali lagi mencatatkan sejarah dengan Majlis Penyerahan Bangunan Baru SMK Kabota yang berlangsung pada 5 Ogos 2016. Penyerahan ini disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Pn. Hjh. Maimunah Hj Suhaibul di dewan bangunan baru SMK Kabota.

Peristiwa bersejarah ini turut dihadiri oleh pihak kontraktor, pegawai dari PPD Tawau, Pengetua Cemerlang dan barisan pentadbir dari SMK Kabota serta wakil guru dan murid tingkatan 6 dari beberapa buah sekolah di daerah Tawau.

Transformasi dalam sistem pendidikan telah berlaku dengan penjenamaan semula Tingkatan Enam. Transformasi ini telah mewarnai sejarah SMK Kabota sekali lagi. Sekolah ini telah telah dinaiktaraf sebagi sebuah Kolej dan dinamakan sebagai Kolej Tingkatan Enam Tawau dan merupakan kolej yang ketiga belas di Malaysia dalam Mod Satu.

Kolej ini terbentuk atas usaha Pejabat Pendidikan Tawau yang telah menggabungkan lima sekolah iaitu SMK Tawau, SMK Kuhara, SMK Jambatan Putih, SMK Jalan Apas dan SM St. Patrick dengan pelajar seramai 480 orang.

Pakej Mata Pelajaran[sunting | sunting sumber]

  • Pengajian Am
  • Bahasa Melayu
  • Geografi
  • Sejarah
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pengajian Perniagaan
  • Biology
  • Chemistry
  • Physics
  • Mathematics (T)
  • Mathematics (M)
  • ICT
  • Seni Visual
  • Sains Sukan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kabota
Peti Surat 61254
91022, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089715692
Fax = 6089715916

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SENARAI NAMA SEKOLAH SEPERTI PADA 31 MEI 2017". Dicapai pada 24 June 2022.
  2. ^ Laman Rasmi Kolej Tingkatan Enam Tawau [1]