Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung (CF)
Moto Mengajar pelajar cara menangkap ikan dan bukannya memberikan mereka ikan
Teach the students how to fish instead of just giving them the fish
Ditubuhkan 1922
Dirasmikan 1956
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Mr Lee Khung Kion
Kod sekolah YFB6301
Lokasi Peti Surat 100 96507, Bintangor,, Sarawak Bumi Kenyalang,  Malaysia
Telefon 6084693252
Faks 6084691311


Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung (CF) atau nama ringkasnya SMK Kai Chung (Cf), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 100.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung (CF) memiliki 548 pelajar lelaki dan 548 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1096 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Bantuan Kai Chung merupakan gabungan dua buah sekolah. Ia dimulakan dengan penubuhan sebuah sekolah rendah Cina yang pertama yang bernama Sekolah Kai Wen pada 1922 berhampiran Industri Lim Chui Seng di Binatang (kini Bintangor). Ia kemudiannya berpindah ke sebuah rumah kedai yang dibeli di sebuah Bazaar Baru Binatang pada 1930 (terletak berhampiran Jabatan Hutan Bintangor, kini kawasan ini telah terhakis).

Pada 1932, Sekolah Wak Nam Primary School ditubuhkan oleh komuniti Hock Kien (Amoy) di Binatang. Sekolah ini berpindah ke satu kawasan lebih kurang setengah batu dari Kai Wen (iaitu kawasan di antara pejabat Telekom dengan flat polis sekarang). Ia memulakan pendidikan Junior Middle Cina dan Inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, sekolah ini telah diberi nama baru iaitu Chung Kwok pada 1946.

Memandangkan jarak Kai Wen Primary School dan Chung Kwok Public School agak jauh, ditambah pula keadaan bangunan yang kurang baik serta kemudahan yang tidak sempurna, lebih-lebih lagi bilangan murid yang amat sedikit, maka timbullah usaha-usaha untuk menyatukan kedua-dua sekolah ini pada tahun 1951.

Akhirnya pada 1953, kedua-dua sekolah ini disatukan menjadi Kai Chung Secondary and Primary School yang diletakkan di bawah satu pengurusan sahaja. En. Ling Jeng Tu dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, En. Teng Tung Hsin sebagai penyelia manakala En. Ting Kwong Yii sebagai guru besarnya yang pertama.

Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1956, sekolah ini menyertai Skim Bantuan Kerajaan. Dengan itu Lembaga pengurus telah membuat keputusan menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah berbilang kaum. Maka bermulalah kemasukan masyarakat Melayu dan Iban serta bangsa-bangsa lain kesekolah ini.

Pada tahun 1968, Kai Chung Secondary dan Primary School menghadapi masalah kekurangan kelas akibat pertambahan bilangan pelajar. Maka timbullah usul agar sekolah rendah dan menengah dipisahkan. Pada tahun yang sama sebuah bangunan berasingan telah dibina untuk menempatkan kelas-kelas sekolah rendah iaitu di seberang Jalan Kelupu itu juga (tapak sekolah rendah Kai Chung sekarang). Dengan itu terbentuklah Sekolah Menengah Kai Chung dan Sekolah Rendah Kai Chung secara berasingan hinggalah sekarang.

Dengan berbekalkan semangat juang yang hebat serta kesungguhan dan pengorbanan yang tinggi, Sekolah Menengah Kai Chung muncul sebagai sekolah menengah yang terbesar di bahagian Keenam pada 1973.

Sekolah ini terus berkembang seiring dengan pertambahan bilangan pelajar saban tahun. Bangunan-bangunan baru muncul satu demi satu yang akhirnya memenuhi hampir ke seluruh ruang tapak sekolah seluas 3.97 hektar (2015).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung (CF)
Peti Surat 100
96507, Bintangor
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084693252
Fax = 6084691311

Pautan luar[sunting | sunting sumber]