Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Koordinat5°50′20″N 102°23′42″E / 5.839°N 102.395°E / 5.839; 102.395
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1954
Nombor sekolah6097855300
Kod sekolahDEE4289
Pengerusi PIBGDATO' HJ IBRAHIM BIN HJ JUSOH
PengetuaEN MOHD ROZAKI BIN BAKAR
GPK Pentadbiran dan AkademikEN ABD AZIZ BIN ZAKARIA
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN CHE ADENAM BIN MAT DAM
Penolong Kanan KokurikulumEN CHOOHAIMI BIN AB WAHAB CHU
Faks6097855302

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil atau nama ringkasnya SMK Kamil, merupakan sebuah sekolah kawalan dan sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pasir Puteh.[1] Ia juga dikenali sebagai Sekolah Kluster Kamil (Kamil Cluster School; disingkatkan sebagai KCS) dalam kalangan warganya setelah mendapat anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Berdasarkan laporan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020, sekolah menengah kebangsaan Kamil mempunyai jumlah pelajar seramai 901 orang dan termasuk 84 orang guru yang mengajar para-para murid yang bersekolah disini.[1] Kod sekolah bagi sekolah ini ialah DEE4289.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • 1954 : sekolah ini yang dinamakan Government English School (Sekolah Inggeris Kerajaan) bermula dengan satu kelas special Malay 1 dan satu kelas standard 1. Encik Abdul Rahim Che Teh dilantik sebagai pemegang jawatan guru besar yang pertama.
  • 1955: Nama sekolah ditukar kepada 'Kamil English' dengan mengambil sempena nama Dato' Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmood (kemudiannya bergelar Tan Sri) yang pada masa itu adalah Menteri Besar Kelantan.
  • 1957: Kemasukan pelajar tingkatan satu dimulakan
  • 1961: Kemasukan pelajar tingkatan empat dibuka. Jumlah murid bertambah menyebabkan Pejabat Pelajaran Kelantan perlu memecahkan pentadbiran sekolah ini kepada dua, walaupun masih di bangunan yang sama. Pecahannya ialah:
  • Sekolah Menengah Kamil - Menampung murid-murid dari Tingkatan 1.
  • Sekolah Rendah Kamil - Menampung murid-murid dari darjah satu hingga darjah enam.

Encik Ariffin Haji Hassan dilantik sebagai Guru Besar pertama.

  • 1967: Sekolah Rendah Kamil dipindahkan ke bangunannya sendiri. (Bangunan Sekolah Kebangsaan Kamil 1 sekarang).
  • 1972: Sekolah Rendah Kamil dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu:
  • 1973: Upacara pembukaan rasmi bangunan baru sekolah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Ahmad Kamil bin Datuk Haji Nik Mahmaood pada 23 Mac.
  • 1978: Tingkatan Enam mula dibuka di Sekolah Menengah Kamil. Penubuhan tingkatan enam menunjukkan bahawa Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Kelantan menaruh setinggi-tinggi kepercayaan kepada sekolah ini atas kemampuannya membimbing anak-anak tempatan khasnya.
  • 1979: Sambutan Jubli Perak disertai oleh ketiga-tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kamil 1, Sekolah Kamil 2 dan Sekolah Menengah Kamil. Perayaan disambut besar-besaran dan dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Mohamed Yaacob, Menteri Besar Kelantan.
  • 1986: Perasmian Asmara Puteri oleh YB Dato' Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia.
  • 1990: Kelas Aliran Agama mula dilaksanakan.
  • 1996: Sekolah Rendah Kamil dipecahkan kepada tiga pentadbiran :-
    • Sekolah Rendah Kamil 1
    • Sekolah Rendah Kamil 2
    • Sekolah Rendah Kamil 3. Guru Besar pertamanya ialah Tuan Haji Ab.Razak bin Awang. Sekolah ini ditumpagkan buat semetara di Sekolah Rendah Kamil 1.
  • 1998: Sekolah Menengah Kamil mendapat Dewan Besar Kamil.
  • 1999: Memasuki era baru sebagai Sekolah Bestari bersama-sama dengan 89 buah sekolah lain di seluruh negara dalam Projek Rintis Sekolah Bestari. Pengenalan uniform kedua sekolah iaitu baju-T putih dan seluar sukan biru tua.
  • 2002: Pelancaran lagu sekolah telah diadakan pada 20.2.2002. Lagu dicipta oleh Tuan Haji Daud bin Muhamad (PK Pentadbiran SMK Kamil) dan liriknya ditulis oleh pencipta lagu dengan bersama-sama dengan Pn. Suryati Nasriah binti Khalid (GK Bahasa SMK Kamil). Lagu dinyayikan buat pertama kali oleh pelajar-pelajar Aspuri.
  • 2004: Perayaan Jubli Emas disambut secara meriah dan besar-besaran. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir (DSDK), Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 8 Julai 2004. Moto perayaan "Kamil Menjana Generasi Gemilang". Pengenalan uniform rasmi sekolah untuk guru-guru sempena Jubli Emas.
  • 2005: Tingkatan 6 Aliran Sains sahaja dikekalkan manakala aliran sains sosial berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman.
  • 2009: Peristiwa kebakaran blok makmal Sains berlaku dua kali dalam masa 24 jam yang mengakibatkan keseluruhan blok berkenaan musnah sama sekali.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2015: Mendapat gelaran sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.
  • 2016:
    • 100% pelajar lulus semua subjek dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sepanjang 12 tahun.
    • Seramai 45 orang murid-murid berjaya mendapatkan markah kesemua subjek A.
  • 2018: Anugerah Sekolah Cemerlang sempena Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Kelantan
  • PENCAPAIAN SPM
  • 2009 GPS 3.73 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2010 GPS 3.29 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2011 GPS 3.47 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2012 GPS 3.32 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2013 GPS 3.28 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2014 GPS 3.48 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2015 GPS 3.82 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2016 GPS 3.04 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2017 GPS 3.33 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2018 GPS 3.07 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2019 GPS 3.04 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2020 GPS 3.71 Layak Dapat Sijil 100%
  • 2021 GPS 3.57 Layak Dapat Sijil 100%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]