Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
Lokasi
Jln Kampong Ekspo, 34600, Kamunting,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6058913723
Kod sekolahAEA6052
Faks6058913741


Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting atau nama ringkasnya SMK Kamunting, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jln Kampong Ekspo.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting memiliki 888 pelajar lelaki dan 885 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1773 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING memulakan sesi persekolahannya pada 3 Januari 1984. Sekolah ini terletak di kawasan perkampungan Kampung Expo, Kamunting dan berhampiran dengan Kawasan Perumahan Kamunting Jaya. Sekolah ini telah diasaskan oleh En. Ong Yong Kwong yang telah dilantik menjadi Pengetua yang pertama. Selain itu, Tn. Hj. Zakaria Bin Abd. Majid, PJK., selaku Yang di Pertua PIBG SM All Sains, juga bertanggungjawab menjadi pengasas sekolah ini. Ini kerana, Tn. Hj. Zakaria banyak berusaha menerusi berbagai-bagai saluran untuk merealisasikan wujudnya sekolah menengah di sekitar kawasan Kamunting.

Walaupun pelbagai halangan ditempuhi oleh mereka berdua, namun sokongan padu penduduk kampung dan para pemimpin politik menjadikan halangan tersebut dapat diatasi. Walau bagaimanapun, En. Ong Yong Kwong dan Tn. Hj. Zakaria Abd. Majid, tidak pernah berputus asa. Hasrat mereka mendapat sokongan padu daripada penduduk di kawasan Kamunting. Ahli-ahli politik memainkan peranan penting menjelang pilihan raya 1978 dan 1982. Berbagai-bagai alasan diberikan supaya sebuah sekolah menengah di kamunting menjadi kenyataan. Antara masalah-masalah yang dikemukakan ialah: SM All Saints yang ada hanya dapat menumpang pelajar dari Sekolah Rendah All Saints sahaja. Bilangan penduduk di kawasan Kamunting semakin bertambah. Jumlah pelajar yang akan ke sekolah menengah di Taiping juga akan bertambah sehingga sekolah-sekolah menengah di Taiping tidak dapat menampung jumlah tersebut. Pekerja-pekarja kilang tidak mampu menghantar anak mereka ke Taiping kerana pendapatan mereka rendah. Akhirnya dengan alasan-alasan yang diberikan di atas serta sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat setempat dan parti-parti politik, maka kerajaan memberi persetujuan untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan Kamunting.

Kerja-kerja pembinaan dimulakan sejak tahun 1982 dan siap sepenuhnya menjelang tahun 1984. 1 Januari 1984, Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting ditubuhkan dan ia terletak di kawasan Expo Kamunting. Ia merupakan kesenambungan Sekolah Menengah All Saints yang berkongsi bangunan dengan SRK All Saints Kamunting. Pengambilan pertama hanya melibatkan murid-murid tingkatan satu (4 kelas) dan pelajar tingkatan 3 (4 Kelas) dari SM All Saints, iaitu seramai 280 orang dan bilangan guru pula seramai 8 orang. Pengetua yang pertama ialah En. Ong Yong Kwong. 17 Mac 1984, Penubuhan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. 1985, Pengambilan pertama pelajar-pelajar kelas peralihan iaitu 3 kelas. Bilangan kelas keseluruhannya bertambah menjadi 11. 23 Mac 1985, Perasmian koperasi sekolah oleh Tengku Menteri Dato’ Wan Ahmad Isa Shukri Bin Wan Rasidi iaitu Orang Besar Jajahan Larut Matang Dan Selama.

1987, Sebuah bangunan pasang siap yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina. Kelas menengah atas (Tingkatan 4) telah mula dibuka. 1988, Pembinaan dua blok bangunan 3 tingkat. Bangunan baru ini dilengkapi dengan Makmal Sians Tulen seperti Makmal Fizik, Makmal Kimia dan Makmal Biologi. 1989, Jumlah murid SMK Kamunting telah meningkat iaitu seramai 1400 orang dengan 60 orang tenaga pengajar. 1990,vAliran Sains telah mula dibuka. Sebelum ini pelaja-pelajar yang mengambil jurusan sains terpaksa meneruskan persekolahan mereka di sekolah-sekolah menengah di Taiping. 1993, Taraf Sekolah Menengah Kamunting telah dinaikkan ke sekolah Gred A. Jawatan-jawatan pentadbir telah dipenuhi iaitu seorang Pengetua, Seorang Penolong Kanan (Pentadbiran), seorang penolong kanan HEM, seorang penyelia petang dan empat orang guru kanan mata pelajaran. 1995, 2 buah bangunan (Blok A dan Blok B) serta kantin telah dicat semula. 2006, Kini SMK Kamunting mempunyai jumlah blok bangunan sebanyak 9 buah, jumlah pelajarnya seramai 1800 orang dengan tenaga pengajar berjumlah 111 orang.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
Jln Kampong Ekspo
34600, Kamunting
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058913723
Fax = 6058913741

Pautan luar[sunting | sunting sumber]