Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak
Moto Ilmu Panduan Hidup
Ditubuhkan 10 Februari 1965 (51 tahun)
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Encik Amran bin Abdul Sukor
Kod sekolah MEE0094
Lokasi Kem Terendak , Melaka Bandaraya Bersejarah,  Malaysia
Nama singkatan SMKKT
Telefon +606-3571126
Faks +606-3573775



Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak dahulunya dikenali sebagai Slim High School Terendak Barracks.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Slim High School pada tahun 1969

Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Kerajaan Malaysia) pada tahun 1972, dikenali dengan nama Slim High School. Sekolah ini telah dirasmi pembukaannya pada 10 Februari 1965 oleh Brigadier Terence Douglas Herbert McMeekin, KCB, OBE. Sebelum tahun 1972, pentadbiran sekolah ini adalah di bawah kawalan dan selangaraan kerajaan Komanwel.

Kem Terendak di mana terletaknya sekolah ini, mula dibina pada bulan Jun 1957 bagi menempatkan Briged ke-28 Infantri Komanwel sehingga ke tahun 1969. Pada awal penubuhannya, kem ini mempunyai kekuatan 1 Battalion tentera British, 1 Battalion tentera Australia, 1 Battalion askar Melayu dan 1 Kompeni tentera dari New Zealand beserta unit-unit bantuan tempatan.

Malahan sehingga kini Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak ditadbir oleh dua kementerian, iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ciri inilah yang membezakannya dengan sekolah-sekolah lain di negeri ini.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Bentuk sekolah ini juga berbeza dengan sekolah-sekolah lain. Sekolah ini mempunyai lima bangunan dan terdapat sebuah dewan dan lima buah makmal sains. Bilik-bilik darjahnya kecil dan hanya boleh menampung antara 25-30 orang pelajar.

Pada mulanya semasa pentadbiran kerajaan Komanwel, dewan sekolah ini merupakan sebuah panggung wayang mini. Semasa peringkat awal pengambilalihan sekolah ini, semua bilik di bangunan utama dilengkapi dengan pendingin hawa tetapi kini diubah kepada kipas dinding sahaja. Ini kerana pengedaran ruang udaranya yang tidak begitu memuaskan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak mempunyai dua buah asrama yang setiap satunya boleh menampung 100 orang pelajar. Kebanyakan penghuni asrama ini terdiri daripada anak-anak anggota tentera yang bertugas di luar negeri Melaka. Asrama Putera ditadbir oleh Kementerian Pertahanan Malaysia sementara Asrama Puteri ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kita Yang Jaya Gemilang
Tekun Berusaha, Capai Cita-cita
Cergas, Cekap dan Cemerlang
Itulah Asas Pegangan Kita

Sekolah Kita Kebanggaan Kita
Nilai Murni Disemai Bersama
Pada Agama, Bangsa dan Negara
Menjadi Insan Yang Berguna

Sekolah Kita Pastikan Berjaya
Anak Perwira Gagah Setia
Wawasan Negara Akan Terlaksana
Menjadi Kebanggaan Semua

Lirik: En. Karim Bin Bayok

Lagu: En. Adam Bin Arshad.

Akademik[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Pengetua[sunting | sunting sumber]

No Dari Hingga Pengetua
1) 12-Jan-1972 31-Dec-1979 Tn. Haji Mohd Junid Bin Mohd Ali
2) 01-Jan-1980 01-Apr-1986 En. Yap Choon Wah
3) 16-Apr-1986 31-Dec-1988 En. Othman Bin Haji Rejab
4) 01-Jan-1989 15-Nov-1991 En. Mahendir Singh
5) 16-Nov-1991 15-Nov-1995 En. Baharom Bin Mansor
6) 16-Nov-1995 15-Jan-1998 En. Ali Bin Haji Amat
7) 16-Jan-1998 15-Apr-1998 En. A. Hamid Bin Abdul
8) Mei-1998 Dis-2001 En. Baharom Bin Mansor
9) 16-Apr-1998 19-Dis-2005 Pn. Hajah. Hapsah Binti Ismail
10) Jan-2006 Mei-2008 En. Osman Bin Sagap
11) Jun-2008 Mei-2009 Tn. Haji Shaari Bin Husin
12) Jun-2009 Jan-2011 Pn. Hajah Salamah Binti Hashim
13) Jan-2011 Feb-2014 Tn. Haji Mohd. Ghazali Bin Ahmad
14) Feb-2014 Ogo-2015 Pn. Azimah Binti Ahamad
15) Ogo-2015 kini En. Amran bin Abdul Sukor

Alumni[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]