Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong
Lokasi
Peti Surat 281, 89908, Tenom,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087737299
Kod sekolahXEA1345
Faks6087737644


Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong atau nama ringkasnya SMK Kemabong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 281.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong memiliki 634 pelajar lelaki dan 808 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1442 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Kemabong Tenom mula beroperasi pada tahun 1974 dengan pengambilan awal untuk tingkatan satu sahaja seramai 22 orang iaitu 12 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Pengetua pertama ialah En Awang Besar Haji Abu Bakar.

Pada mulanya, sesi pembelajaran diadakan dengan meminjam bangunan di Sekolah Kebangsaan Kemabong. Bangunan ini (SK Kemabong) dibina pada tahun 1940 ketika pemerintahan Kolonial British atau Crown Colony dan merupakan sekolah kedua dibina di daerah Tenom. Sekolah‘Government Primary School” atau GPS ini diasaskan oleh O.K.K Dualis. Perasmian bangunan sekolah ini disempurnakan oleh Tuan Cipeck selaku Pegawai Daerah Tenom pada tahun 1950. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada suku kaum Murut dan Lundayeh iaitu meliputi lebih kurang 90 peratus. Terdapat juga pelajar dari suku kaum Cina, Kadazan, Dusun dan lain-lain.Oleh kerana tidak ada asrama disediakan, para pelajar terpaksa berjalan kaki ke sekolah. ada juga yang menggunakan basikal dan berperahu ke sekolah kerana terpaksa menyeberangi Sungai Padas.

Pada tahun 1987, SMK Kemabong berpindah ke bangunan baru iaitu kawasan sekolah baru yang meliputi keluasan 35 ekar berhampiran Pekan Kemabong. Kos pembinaan sekolah ini dianggarkan bernilai RM 14 juta. Pada tahun 1986, bangunan ini telah siap sepenuhnya. Kawasan baru ini turut disediakan kemudahan asas termasuklah berhampiran dengan Klinik Kesihatan, Pejabat Daerah Kecil Kemabong, Dewan Masyarakat, SEDCO dan sebagainya.

Penubuhan awal SMK Kemabong adalah untuk menampung pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima sahaja. Pada tahun Julai 2001, pembukaan Tingkatan Enam di sekolah ini diluluskan dan memulakan operasi sulungnya. Pada tahun 2002, kelas aliran sains dan sains sukan diperkenalkan; manakala tahun 2003 mata pelajaran teknik dan teknologi iaitu MPV turut diperkenalkan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong
Peti Surat 281
89908, Tenom
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087737299
Fax = 6087737644

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]