Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong
Lokasi
 Malaysia Jalan Ehsan Utama, Kepong, PPD Gombak, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0362740080
Kod sekolahBEB7651[1]
Pengerusi PIBGEn Goh Boon Fuh
PengetuaPuan Anida binti Mamat
GPK Pentadbiran dan AkademikTeebanraj A/L Balamurugan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Abd Aziz bin Mohd Darus
Penolong Kanan KokurikulumLoshini A/P JeyaKumar
Faks0362756009


Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong atau nama ringkasnya SMK Kepong, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ehsan Utama, Kepong. Selain daripada program arus perdana, sekolah ini juga menawarkan program tingkatan enam (Pra-Universiti).

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong memiliki 1405 pelajar lelaki dan 1197 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2602 orang. Ia mempunyai seramai 138 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Isnin, 4 Januari 1965, lahir sebuah institusi yang hanya mengandungi 238 pelajar yang ditempatkan dalam 6 buah kelas peralihan. Sekolah ini telah ditempatkan sementara di Sek. Ren. Jenis Keb. (Cina) Jinjang Utara.

Setelah dua tahun, warga sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru di Pekan Kepong yang kekal hingga sekarang. Tanggal 16 Januari 1969, tertubuhlah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kepong. Pada tahun 1980, nama sekolah telah ditukar ke Sekolah Menengah Kepong dan selaras dengan perkembangan semasa, sekolah ini kini bergelar Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong.

Bermula dengan hanya 3 blok bangunan, sekolah ini kini mempunyai 10 buah bangunan termasuk kantin dan surau.

Kebanyakan pelajar adalah dari kawasan perumahan Kepong Ulu, FRIM, Taman Ehsan, Desa Jaya, Kg. Melayu Kepong dan Selayang.

Falsafah dan Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

Falsafah Sekolah

Bahawasanya sekolah ini menyediakan peluang pendidikan yang luas kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah disamping memperkembangkan potensi diri, menjadi warganegara yang berkualiti dan berbudaya ilmu serta bersedia menghulur sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Piagam Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong sentiasa berusaha ke arah mewujudkan masyarakat sekolah yang bersatu, penyayang, dinamik dan mampu bersaing dalam menghadapi arus pembangunan dan wawasan 2020. Sekolah ini akan terus melatih dan membimbing pelajar supaya mampu berfikir, berdedikasi, berakhlak mulia dan berkeyakinan tinggi melalui pendidikan yang berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong
Jalan Ehsan Utama, Kepong
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-62740080
Fax = 03-62756009

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]