Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan
Lokasi
Peti Surat 60267, 91012, Tawau, Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoCita, Usaha, Jaya
Ditubuhkan1973
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Tawau
SesiPagi, Petang
Nombor sekolah089-912161
Kod sekolahXEA 3062
Pengerusi PIBGTn. Haji John bin Lakim
PengetuaDr. Rabe bin Juhari
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hajah Masniyati binti Haji Tenreng
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn. Haji Nazir bin Haji Sulasi
Penolong Kanan KokurikulumEn. Sahama bin Salleh
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn. Dayang Fauziah binti Basri
Faks089-913690
SMK Kinabutan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan atau nama ringkasnya SMK Kinabutan, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Tawau, Sabah. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1979. Kedudukannya yang strategik di Jalan Apas, Tawau membuatkan sekolah ini popular dikalangan masyarakat setempat dan luar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan terletak 9 KM dari Bandar Tawau melalui Jalan Apas. Nama sekolah ini diambil bersempena nama Sungai Kinabutan yang menjadi sumber air utama penduduk setempat suatu ketika dahulu.

Sekolah ini didaftarkan pada tahun 1979 dengan Pengetua pertamanya, En. Reduan Hj. Donal. Pada masa itu sesi persekolahan telah dilaksanakan dengan menumpang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin Tawau. Pertambahan pelajar yang pesat meningkat pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan sesi persekolahan telah dijalankan dengan menumpang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa dan Sekolah Kebangsaan Kinabutan. Senario ini berterusan sehingga pertengahan tahun 1986.

Bangunan sekolah telah mula dibina pada tahun 1982. Ia merupakan projek Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat. Sesi persekolahan pertama bermula pada Januari 1985 di bawah pimpinan Pengetua En. Eduardo Magbanua. Pembelajaran hanya terbuka untuk Tingkatan Satu, Dua dan Tiga sahaja pada ketika itu.

Kini, SMK Kinabutan dikategorikan sebagai Sekolah Menengah Gred A dengan lokasi sekolah bandar. Terdapat dua sesi persekolahan iaitu sidang pagi (Tingkatan Tiga - Tingkatan Enam) dan sidang petang (Tingkatan Satu - Tingkatan Dua). Pembelajaran Menengah Atas (Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima) menawarkan aliran Sains Tulen, Kemanusiaan, Sastera dan Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan
Peti Surat 60267
91012, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon: 089-912161
Faks: 089-913690

Notable Alumni[sunting | sunting sumber]

1. Encik Karim - Chief Technology Officer (Leading ISP Company in KL)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]