Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan
King Edward VII
Lambang Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII
Nama

King Edward VII School

Alamat

Jalan Muzium Hulu

Poskod

34000

Bandar

Taiping

Penubuhan

Julai 1883

Jenis

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Tingkatan

1 ke 6 (Atas)

Daerah

Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama

Nama Timangan

Tigers atau Edwardian

Maskot

Harimau belang

Warna

Hitam dan Merah

Moto

Magni Nominis Umbra

Majalah

The Edwardian

Telefon dan Faks

No. Telefon: 05-807 3191
No. Faks: 05-806 0431

Email

SMK King Edward VII

Rangkaian Sekolah

SRK King Edward VII (1) SRK King Edward VII (2)

Portal Rasmi SMK King Edward VII www.smkevii.edu.my

Sekolah Menengah King Edward VII merupakan sekolah perdana[1] dan antara sekolah lelaki tertua di Malaysia. Sekolah Menengah King Edward VII ini terletak di Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Logo rasmi bagi sekolah ini ialah harimau belang atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya. Para pelajar sekolah ini lebih dikenali sebagai 'Edwardians' manakala yang terkenal pula dengan gelaran 'Tigers'. Sehingga hari ini, sekolah ini masih digeruni dengan sukan Ragbi yang menjadi tradisi sejak diperkenalkan pada 1923.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sejarah sekolah ini bermula pada Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat. Penubuhan ini berpunca daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting. Bermula cuma dengan 13 orang murid pada Julai 1883, bilangan itu bertambah menjadi 55 orang pada akhir tahun 1884.

Pada tahun 1885, sebuah gelanggang gimnastik dibina di Sekolah Pusat itu. Perkembangan Sekolah Pusat itu menimbulkan keperluan untuk bangunan dan kawasan baru yang lebih luas dan kawasan yang dipilih ialah tempat terletaknyaSekolah Rendah Kebangsaan King Edward VII (1) sekarang. Bangunan-bangunan baru yang mula dibina pada 1904 dan siap pada 1905 itu menelan kos 93,000.

Mr. R.F. Stainer, guru besar kedua Sekolah Pusat, telah mencadangkan nama Sekolah Pusat ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan Raja Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901 selepas kemangkatan Ratu Victoria.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Warna Sekolah[sunting | sunting sumber]

Warna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh.

Ikon[sunting | sunting sumber]

Harimau dipilih sebagai ikon bagi sekolah ini kerana harimau melambangkan kejaguhan, kemegahan, keberanian serta keagungan yang tiada tandingan.

Motto[sunting | sunting sumber]

'Magni Nominis Umbra' berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'Under A Shadow Of A Great Name' dalam bahasa Inggeris atau 'Di Bawah Lindungan Yang Berkuasa'. Yang Berkuasa ini merujuk kepada sekolah yang membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.

Visi[sunting | sunting sumber]

Visi sekolah ialah 'A Scholar, A Gentleman, A Sportsman' (Seorang Cendekiawan, Seorang Budiman, Seorang Ahli Sukan). Hal ini terbukti apabila Sekolah King Edward VII ini telah melahirkan ramai tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara dalam pelbagai bidang. Selain itu, sekolah ini juga dikenali dengan nama samaran iaitu 'KE7' dan juga 'TIGERS'.

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Sekolah King Edward VII merupakan antara sekolah yang terkenal dalam bidang sukan dan melahirkan ramai atlet sejak awal penubuhannya. Prestasi cemerlang ditunjukkan dalam bidang bola sepak, hoki, kriket, bola baling, gimnastik, olahraga dan yang paling dikenali menerusi sukan tradisinya, ragbi.

Bagi sukan sekolah yang dianjurkan setiap tahun, sebanyak enam rumah sukan dibahagikan mengikut warna:

Sejarah Ragbi[sunting | sunting sumber]

Ragbi merupakan aktiviti sukan utama dan menjadi kepentingan sekolah dari awal penubuhan hingga kini.

Sukan ragbi di sekolah ini bermula dalam tahun 1923, apabila ia diperkenalkan oleh T.J Thomas, pengetua pada masa itu. Nama pasukan sekolah mula dikenali sebagai Tigers pada tahun 1933. Kejayaan pertama pasukan ragbi sekolah adalah dengan menewaskan Penang Free School dan terus mendapat gelaran juara dan merupakan pasukan sekolah pertama di Tanah Melayu serta mendapat kemenangan pertama pertandingan ragbi antara sekolah, yang juga merupakan pertandingan yang pertama. Namun, nama-nama pemain sekolah pada masa itu tidak diketahui.

Semasa antara tahun 1954 dan 1961, Tigers telah mengatur satu perlawanan persahabatan dengan pihak lawan dari sekitar Kedah hingga Singapura. Kejayaan milik pasukan sekolah ini sekali lagi, dengan menewaskan kesemua pasukan lawan dan menjadi juara. Kemenangan perlawanan persahabatan ini telah membuatkan Tigers mendapat gelaran Kings of Rugby. Namun, ini bukanlah sekadar kemenangan sekali saja.

Untuk tahun 1978, pasukan sekolah telah dipilih oleh Malaysia sebagai wakil untuk Pertandingan Ragbi Antara-sekolah ASEAN di Hatyai, Thailand, dan mendapat tempat ketiga. Kemenangan dan kejayaan selepas itu membuatkan Tigers menyandang gelaran seperti Juara Ragbi Perak, Juara Daerah (1979), Juara Piala Taiping (1979), Juara Zon Utara Malaysia (1979), dan Juara Pertandingan Ragbi Antara-sekolah (1979) dengan menewaskan Royal Military College dengan mata 22-3. Kejayaan Tigers juga adalah dengan menjadi juara Piala Perak (1983-1985, 1987-1989 dan 1996-1998). Semasa pertandingan Piala Diraja Selangor, Tigers berjaya mendapat tempat keempat di peringkat kebangsaan (1987 dan 1998).

Tigers juga menjadi pilihan negeri Perak apabila 14 orang pemain sekolah dipilih mewakili negeri dalam tahun 1996 dengan menewaskan pasukan dari Negeri Sembilan lantas menjadikan negeri Perak sebagai juara. Dalam tahun 2000, antara kejayaan Tigers ialah menjadi juara Pertandingan MSSPK, tempat kedua di Pertandingan Perdanan Zon Perak dan menjadi antara pasukan di peringkat separuh akhir di Piala Perdana Kebangsaan. Sekolah ini juga berjaya memenangi Pertandingan Ragbi LMS selama 15 tahun berturut-turut.

Antara persaingan hebat Tigers yang pernah diberikan adalah dari Malay College Kuala Kangsar, Royal Military College, Penang Free School, dan Sultan Abdul Hamid College.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

King Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land

In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before

The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra

Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free

Ikrar Sekolah[sunting | sunting sumber]

It is our duty to uphold
The honour of the school
At all time and in all places
Not by talking or boasting
But by our good conduct
Our deeds speaks louder than words
And a little example
Is more effective than much precept
From the school
More is to be learnt
Than mere knowledge from books
A tiger scorns to succeed
Through dishonesty
He never admits defeat
He never deserts his friends
Or his class
Or his school
And above all
He is always loyal
To his school and country

Pengetua dan pemangku sekolah[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama
1899-1905 C. Greene (Central Sschool, Taiping)
1905-1921 R. F. Stainer (King Edward VII School)
1913 E. Foster Lee (Pemangku)
1918 J. A. Roberts (Pemangku)
1921-1922 J. M. Moade (Pemangku)
1922-1927 D. W. MC Leod
1927-1928 C. G. Coleman
1928 - 1929 J.Bain
1929-1931 D. R. Swaine
1931-1939 R. P. S. Walker
1932-1933 L. R. Wheeler (Pemangku)
1934 C. W. Bloomfield (Pemangku)
1937 - 1938 E. T. M. Lias
1938 - 1939 J. B. Neilson
1939 - 1941 F. C. Barraclough
1941 R. M. Young (Pemangku)
1945 E. A. Moissinac
1946 C. R. Tolliday
1946 F. J. A. Rawcliffe
1946-1947 F. G. Barraclough
1947 - 1949 J.D Joseph
1949 J. Young (Pemangku)
1949 - 1950 W. H. Wallace Little
1950 G. D. Muir (Pemangku)
1950 - 1952 D. H. Christie
1952 - 1953 N. Campbell
1953 - 1956 A. L. McCorkindale
1956 J. R. North (Pemangku)
1957 Yeoh Teng Khoo (Pemangku)
1957 - 1958 J. E. B. Ambrose
1959 - 1960 W. V. Hobson
1960 N. S. R. Bickers (Pemangku)
1960 - 1962 W. V. Hobson
1962 - 1963 J. A. McCumisky
1961 Bion Dury (Pemangku)
1963 - 1985 Long Heng Hua
1982 V. Ravinder Singh (Pemangku)
1983 - 1986 Ismail Sajad B Sajad
1986 - 1991 Abdul Moein Skymar B Abdul Wahab
1991 - 1992 Haji Azidin B Mahmud
1992 - 1994 Haji Samsudin b Abdul Hamid
1994 - 1995 Salleh B Mohammad Husein
1995 - 2000 Haji Ibrahim b Jusoh
2000 - 2003 Haji Serip Mohamad B Gulam Din
2003 - 2004 Mohd Arif B Ramli
2004 - 2010 Yahaya B Liman
2010 - 2011 Abdul Wahid B Nuruddin
2011 - 2013 Abdul Rahsib B Hussain
2013 - 2015 Abdul Aziz B Shamsuddin
2015 - 2019 Mohamad Hazawawi Bin Yusof
2019 - 2020 Mohd Paku Ruzi b Min
2020 - Tuan Haji Sabri Bin Haji Mohd Daud

Alumni[sunting | sunting sumber]

Terkini[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2014, sebuah galeri dibina di bangunan pentadbiran sekolah. Galeri ini menempatkan pelbagai barangan yang penuh dengan kenangan zaman kegemilangan Sekolah Menengah King Edward VII seperti keratan akhbar, gambar-gambar, majalah-majalah lama dan juga trofi serta piala-piala yang menjadi kebanggaan Edwardian. Galeri ini telah diilhamkan oleh tuan pengetua iaitu Tuan Haji Abdul Aziz B Samshuddin dan dirasmikan oleh YBhg. Tiger Datuk Redza Rafiq Bin Abduk Razak, CEO Koridor Utara..

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Sekolah Sekolah Premier Negeri Perak". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2007. Dicapai pada 25 Julai 2007. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ http://www.smke7.net/smkevii/Aee6050/web/tokoh7.htm , Tokoh Edwardian

Pautan luar[sunting | sunting sumber]