Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak
Lokasi
Kuala Nerus, Terengganu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096672473
Kod sekolahTEA3121 (Kod Lama), TEA7006[1][2]
PengetuaEn. Abu Bakar bin RA Mohd Abdullah[3]
Faks6096673182



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOMPLEKS GONG BADAK (SMKKGB) atau nama ringkasnya SMK Kompleks Gong Badak, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gong Badak, Kuala Nerus, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak memiliki 866 pelajar lelaki dan 845 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1711 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak merupakan sekolah versi Kompleks Kedua di negeri Terengganu selepas SMK Kompleks Mengabang Telipot dan sebelum wujudnya SMK Kompleks Seberang Takir. Sekolah ini terletak di dalam mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah dibuka pada 3 Januari 1999 dengan menyediakan permulaan kelas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pada ketika itu 650 orang pelajar telah mendaftar dan seramai 22 orang cikgu dan 8 orang staff sebagai perintis SMKKGB.

Asal usul nama sekolah di ambil berdasarkan nama kampung iaitu Kampung Gong Badak. Nama tersebut diambil kerana kawasan sekolah terletak di kawasan Gong Badak.

Sebelum SMKKGB dibuka secara rasmi, guru-guru dan para pelajar terpaksa menumpang di SMK Ibrahim Fikri selama dua minggu atas faktor masalah teknikal.Kini, SMKKGB memiliki 1711 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki (866 orang) dan pelajar perempuan (845 orang) bersama-sama 88 tenaga pengajar. Maka secara puratanya seorang guru mengendalikan 20 orang pelajar.

Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas apabila sekolah ini telah beroperasi selama 10 tahun (sehingga 2009). Dipercayai seramai 1650 orang bekas pelajar telah menamatkan persekolahan mereka di sini (dengan mengambil kira 1 tahun 150 orang pelajar tamat sekolah) Sebenarnya sekolah ini berkonsepkan kepada prinsip kawalan dan lokasi di mana para pelajar dipilih berdasarkan keputusan 3A 2B dalam UPSR dan juga berdasarkan kepada lokasi kediaman pelajar yang berhampiran dengan kawasan sekolah. Tetapi konsep ini hanya dapat bertahan selama 2 tahun sahaja kerana kemasukan pelajar pada tahun 2001 sudah tidak dikawal lagi

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • En. Abu Bakar bin RA Mohd Abdullah (2015-sekarang)
  • Pn. Jami'ah binti Lasiman (???-2015)
  • En. Abdullah Mamat (2011-2012)
  • Tn. Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin (2001-2007)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2019[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Perak Festival Muzik Sekolah-Sekolah Malaysia (Kategori Gamelan)

2018[sunting | sunting sumber]

  • Smart School Qualification Standards (SSQS) - 5 Bintang[4]
  • Naib Juara Pertandingan Muzik Gamelan Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu.
  • Peningkatan Gred Purata Sekolah, Peningkatan % Semua A, Peningkatan % Minimum C, dan Peningkatan % Lulus Semua Mata Pelajaran Dalam SPM 2018[5]

2017[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Perak Festival Muzik Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan (Kategori Gamelan)

2016[sunting | sunting sumber]

  • Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2016 - Acara All Events Lelaki Bawah 18 Tahun - Pingat Emas[6]
  • Mewakili Terengganu ke Pertandingan K3P MyMotac Peringkat Kebangsaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak
Jalan Gong Badak, Kuala Nerus, Malaysia
Telefon = 6096672473
Fax = 6096673182

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


http://smkkgb.pkgmt.net/ http://smkkgb.blogspot.com/ http://www.smkkgb.0catch.com/