Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
SMKKKlogo.jpg
Lokasi
Lot. 4, Jln Anggerik Doritis 31/143, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMaju Bersama Gemilang
Ditubuhkan2002
Nombor sekolah03-51219140
Kod sekolahBEA0108[1]
PengetuaKhasbiah binti Othman
Faks03-51219148

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning atau nama ringkasnya SMK Kota Kemuning, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lot. 4, Jln Anggerik Doritis 31/143, Kota Kemuning, Shah Alam.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning memiliki 1109 pelajar lelaki dan 1043 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2152 orang. Ia mempunyai seramai 103 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kemuning) memulakan sesi persekolahan pada 7 Januari 2002. Nama sekolah mengikut kedudukan geografinya, Kota Kemuning. Pembinaan sekolah ini diuruskan oleh syarikat pembangunan hartanah HICOM-Gamuda Development Sdn. Bhd. (Usaha sama antara DRB-HICOM dan Gamuda Land) dan pada 15 November 2001, pemilikan sekolah itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Daerah Klang, Jabatan Pelajaran Selangor yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan sebagai perasmian sebagai sebuah sekolah. Kini, sekolah ini berkhidmat pada sesi pagi dan sesi petang. Sekolah ini sehingga kini masih di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Klang walaupun mengikut kedudukan geografi, ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam. Rancangan asal infrastruktur ini adalah untuk menampung 1500 pelajar di dalam 44 bilik darjah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Wawasan 2012

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
Lot. 4, Jln Anggerik Doritis 31/143, Kota Kemuning
Selangor, Malaysia
Telefon = 351219140
Fax = 351219148

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]