Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat
Fail:Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat
Lokasi
Persiaran Lahat Baru 6 Bandar Lahat Baru, 31500, Lahat,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMenjana Generasi Mapan
Nombor sekolah6053228995
Kod sekolahAEA2053
PengetuaHJ Mohammad Saufi Bin Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikShazali bin Sharaini
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAbdul Razak Bin Abbas
Penolong Kanan KokurikulumNorelawati Binti Jawahir
Faks6053235041


Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat atau nama ringkasnya SMK Lahat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Persiaran Lahat Baru 6 Bandar Lahat Baru.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat memiliki 244 pelajar lelaki dan 186 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 430 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sesi pembelajaran SMK Lahat telah dimulakan pada 2/7/1997 dengan 432 pelajar, 21 orang guru dengan 11 buah kelas. Dimulakan dengan 2 buah kelas peralihan, 5 buah kelas tingkatan 1 dan 4 buah kelas tingkatan 2. Pelajar-pelajar sekolah ini diambil daripada SMK Menglembu, SMK Sri Keledang dan SMK Kampong Pasir Puteh. Kebanyakkan pelajar tinggal di sekitar Bandar Lahat Baru dan Bukit Merah. Pada 1998, SMK Lahat telah memulakan sesi persekolahan sepenuhnya serta mengadakan Penilaian Menengah Rendah(PMR) buat pertama kalinya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2023, SMK Lahat telah berjaya mendapatkan tempat kedua dalam pertandingan Junior Animation Challenge di peringkat daerah.Nama murid yang terlibat ialah MOHAMMAD HAIKAL BAITISHAH BIN YUSNE SOFFELA , QASEH BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ABDUL LATIF dan NURUL AIN MUMTAZAH BINTI MUHMMAD FAIZAN.

Lirik Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Menjana generasi mapan

Harapan kita bersama

Bersatu dan berusaha

Jayakan cita - cita

SMK Lahat, ternama

Harmoni berkualiti

Warisan Bestari

Semoga diberkati

Menjana generasi mapan

Harapan kita bersama

Bersatu dan berusaha

Jayakan cita - cita

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat
Persiaran Lahat Baru 6 Bandar Lahat Baru
31500, Lahat
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053228995
Fax = 6053235041

Pautan luar[sunting | sunting sumber]