Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri
Lokasi
Kampong Lambor Kiri, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan,<brSekolah kerajaan
MotoBerilmu , Beramal , Berbakti
Nombor sekolah6053761187
Kod sekolahAEA8006
Pengerusi PIBGEn.Megat Mahmud Bin Megat Yusof
PengetuaEn.Shamsahhimi Bin Harun
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.Hjh Marina Bt Yaacob
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn.Salina Bt Pandak Saaid
Penolong Kanan KokurikulumEn.Hawari Bin Mahyudin
Faks6053764080
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri atau nama ringkasnya SMK Lambor Kiri, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Lambor Kiri.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri memiliki 277 pelajar lelaki dan 302 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 579 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Setelah siap pembinaan SK Lambor Kiri yang baru pada awal tahun 1970-an, penduduk-penduduk tempatan merasakan adalah sangat perlu dibina pula sebuah sekolah menengah di Mukim Lambor Kiri. Bersandarkan kepada kepentingan pendidikan peringkat menengah, maka pemimpin tempatan dengan disokong oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Bota telah mengemukakan permohonan peruntukan Kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan Lambor Kiri. Jawatankuasa Bertindak telah dibentuk yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Latif bin Haji Mohd Lazim, ADUN Bota ketika itu dengan dianggotai oleh Ketua-Ketua Kampung (Kampung Lambor Kiri, Kampung Teluk Sena, Kampung Pulau,Kampung Kuchai dan Kampung Bakong). Usaha dan tindakan susulan terus dilakukan secara bersepadu oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berikutnya, iaitu Ahli Parlimen Parit Tuan Haji Nasaruddin bin Alang Saidin dan Dato' Haji Ahmed Hambal Yeop Majlis, ADUN Bota ketika itu. Usaha-usaha tersebut telah berjaya dan peruntukan pembinaan Sekolah Menengah Lambor Kiri telah diluluskan pembinaannya di atas tapaknya sekarang ini. Antara alasan-alasan yang menyokong hasrat mereka adalah kerana kesukaran murid-murid meneruskan persekolahan peringkat menengah di SMK Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan dengan berulang alik menyeberangi sungai menggunakan sampan terutama semasa musim hujan dan banjir. Isu yang sering diperkatakan oleh ibu bapa ialah berkenaan aspek keselamatan dan risiko yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak mereka kerana sampan penambang tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. Insiden sampan yang membawa murid dihanyutkan arus deras ke hilir sungai menambahkan kebimbingan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka ketika menyeberangi sungai sewaktu pergi dan balik dari sekolah. Atas alasan inilah maka kerajaan telah bersetuju membuka SMK Lambor Kiri secara rasmi pada 3 Jan 1989 dengan jumlah permulaan pelajar seramai 75 orang. Sekolah Penyalur atau “feeder school” ialah SK Teluk Kepayang, SK Bakong, SK Lambor Kiri, SK Pasir Kubu dan SK Pulau Tiga Kiri. Pada tahun 1989 kerja-kerja pembinaan sekolah ini mula dilakukan di atas kawasan tanah seluas 15 ekar di Alor Bemban, Teluk Sena.

Perkembangan SMK LAMBOR KIRI[sunting | sunting sumber]

Bangunan asal sekolah adalah merupakan bangunan sementara di SK Lambor Kiri dan berpindah ke bangunan sendiri secara rasminya pada 9 September 1991. Oleh kerana bilangan pelajar yang semakin meningkat menyebabkan pembukaan asrama sekolah pada tahun 1995. Pada tahun 2001 sebanyak 6 blok asrama putera dan puteri telah siap dibina yang boleh menampung seramai 300 pelajar. Kumpulan awal tenaga pengajar yang ditempatkan di sekolah ini terdiri daripada 5 (lima) orang guru termasuk Pengetua dan seorang Guru Kanan. SMK Lambor Kiri mula beroperasi pada 3 Januari 1989 menumpang di kawasan SK Lambor Kiri. Murid-murid belajar dalam bangunan sementara yang dibina secara gotong-royong. Kawasan ini tidak kondusif kerana menumpang danberkongsi kemudahan dan terpaksa menumpang tandas,kantin dan padang SK Lambor Kiri Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri yang baru dibina di atas tapak seluas 15 ekar di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri. Ia terdiri daripada tiga blok dan tiga tingkat. Ia mempunyai sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik guru, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik media, enam buah bilik makmal sains, dua buah bilik Ekonomi Rumah Tangga, sebuah Surau, padang permainan, gelanggang tenis, rumah guru dan kemudahan-kemudahan lain. 

Perkembangan Bilangan Murid[sunting | sunting sumber]

Perpindahan ke bangunan baru SMK Lambor Kiri dilakukan pada 09 September 1991. Bilangan murid di SMKLK semakin meningkat pada setiap tahun. Peningkatan ini ada kaitan dengan pembukaan asrama sekolahpada tahun 1995. Pada tahun 2001, enam blok bangunan baru asrama putera dan puteri telah siap dibina yang mampu menampung seramai 400 orang murid.

Peneraju Sekolah 

Pengetua-Pengetua yang pernah bertugas di sekolah ini terdiri daripada : 

1. Encik Hashim Bin Haji Said -(Jan 1989-31 Mei 1991) 

2. Tuan Haji Esmail Bin Mohd Salleh (22 Ogos 1991-31 Jan 1998) 

3. Encik Abd Majid b Yusof (5 Feb 1998- Apr 2000) 

4. En. Nayan b Mahmud (21 Apr 2000– 16 Jun 2003) 

5. Pn. Siti Arpah bt Ibrahim (28 Jan 2004- 16 Ogos 2004) 

6. Tn. Hj Mohamad Zaki b Bon Yamin (16 Ogos2004- 19 sep 2009) 

7. Encik Zahidi b Yusof (21 Dis 2009- 1 Ogos 2010) 

8. Tn Hj Mohd Zalkornain b. Jaafar (19 Ogos 2010- 1 Nov 2010) 

9. En Sarman b. Kamardin (2 Jan 2011 - Jun 2013) 

10. Pn Hjh Bainah bt. Ab Dolah (17 Jun 2013 -26 Jun 2015) 

11. En Shamsahhimmi b. Harun (29 Jun 2015 hingga sekarang)

PIBG 

Program dan aktiviti sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan daripada Persatuan Ibubapa Guru (PIBG). PIBG memberi kerjasama dalam bentuk kewangan dan sokongan moral untuk memastikan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. Pengerusi PIBG sekolah ini sejak penubuhannya adalah seperti berikut:

1. Tuan Haji Mohd Lazim bin Alang Hassan (Tahun 1989 - 1991)

2. Tuan Haji Mohd Saibi Bin Mohd Seri, PJK (Tahun 1992 - 2004)

3. Encik Saidon bin Mat Kamis (Tahun 2005 - 2007)

4. Kapten (B) Haji Usaili bin Alias (Tahun 2007 – 2011)

5. Encik Mohamed Fauzi bin Mohd.Noor (Tahun 2011 - 2012)

6. Encik Megat Mahmud bin Megat Yusof  (Tahun 2012 - sehingga sekarang)

Semoga sekolah ini akan terus mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang hasil dari komitmen seluruhnya, selaras dengan slogan sekolah ini iaitu.

"Bersama Membina Kecemerlangan"

Fasiliti dan Persekitaran[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai tiga buah blog bangunan,sebuah kantin,2 buah padang iaitu padang serbaguna dan padang ragbi,sebuah bangunan bengkel,surau,dewan makan serta 1 buah blok bangunan lelaki [ASPURA] dan perempuan [ASPURI].Sekolah ini dikelilingi dengan hutan yang menghijau serta mempunyai suasana yang nyaman.Suasana yang sebegini memang sesuai bagi pelajar untuk menelaah pelajaran.

Kawasan Akademik[sunting | sunting sumber]

Kawasan akdemik ini terdiri daripada 4buah blok bangunan iaitu :-

BLOK A[sunting | sunting sumber]

Kelas tingkatan 1H,2B,1B,Makmal sains 1,Makmal sains 2,Pejabat,Bilik Guru,Bilik KSIB,Bilik Unit Peperiksaan,Bilik Media,Pusat Sumber Al-Ghazali,Bilik Bahasa Arab,Bilik Gerakan.

BLOK B

Bilik Seni Visual,Bilik Unit Bahasa,Bilik kaunselor,Kelas 4I,1G,Bilik ERT,Bilik Masakan,Kelas4C,kelas 4A,Kelas 1KAA,2KAA dan 3KAA,Bilik Boss [SPBT].

BLOK C

Makmal Kimia,Makmal Biologi,Kelas 2G,3G,3B,Makmal Fizik,Kelas 4D,5I,5C,5A dan 5D

BLOK D

Bengkel Elektrik,Bengkel Elektronik,Bengkel KHB,Bengkel Tanaman Makanan [MPV]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Bermula sejak penubuhan sekolah ini dari yahun 1989,sekolah ini telah banyak melakar serta mencipta pelbagai sejarah kejayaan yang telah banyak dikongsi bersama-sama pelajar yang lain.Usaha Tangga Kejayaan yang dipegang sejak dahulu lagi telah membuahkan hasil serta dimangkinkan lagi dengan slogan "Bersama Membina Kecemerlangan".Sekolah ini bukan sahaja aktif dari aspek kokurikulum sahaja malah aspek kokurikulum juga agak bagus.Tambahan pula,dari segi aspek pengurusan sekolah serta asrama yang dipimpin oleh pengetua dan unit HEM sendiri juga telah banyak membuahkan bibit-bibit kejayaan yang manis bukan sahaja dalam daerah malah berjaya di seluruh negeri perak ini.Antara kejayaan yang telah diaraih antaranya ialah:-

dikir barat kebangsaan mewakili negeri perak selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2008 dan 2009. pencapaian ini amat membanggakan dan menaikkan nama sekolah ini dengan bimbingan tuan pengetua. TN. HAJI MOHD ZAKI BIN BONYAMIN. Pada tahun 2016, Muhamad Asyraf Haiqal bin Kamarozaman telah mencipta sejarah dengan mendapat 9A dalam peperiksaan SPM 2015 dan menjadi pelajar pertama sekolah untuk mendapat keputusan semua A.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri
Kampong Lambor Kiri
32900, Lambor Kanan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053761187
Fax = 6053764080

Pautan luar[sunting | sunting sumber]