Sekolah Menengah Kebangsaan Likas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sekolah Menengah Kebangsaan Likas
(Likas National Secondary School)
LI.S.S Logo.png
LI.S.S Flag.png
Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Likas yang terletak di Bumi
Sekolah Menengah Kebangsaan Likas
Sekolah Menengah Kebangsaan Likas
Lokasi di
 Malaysia Peti Surat 235,Pos Likas, 88856, Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Koordinat5°58′58.1″N 116°05′54.7″E / 5.982806°N 116.098528°E / 5.982806; 116.098528Koordinat: 5°58′58.1″N 116°05′54.7″E / 5.982806°N 116.098528°E / 5.982806; 116.098528
Maklumat
Nama lainSMK Likas
Nama lamaGoverment Junior Secondary School
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"Bertekun Pasti Berjaya"
Nombor sekolah088-239595
Kod sekolahXEE4020 [1]
PengetuaPuan Fauziah Binti Haji Janau
Kelas ditawarkanTingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dan Pra-U (Rendah 6 dan Atas 6)
Bilik kelasLavender, Ixora, Kalmia, Alamanda, Scabiosa, Sakura
SloganLI.S.S Number One
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Sapri Bin Abdullah
Faks088-225364
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Likas atau nama ringkasnya SMK Likas [2], merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan punah tanah, 88450, Likas, Kota Kinabalu,Sabah

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Likas memiliki 786 pelajar lelaki dan 461 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1247 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009

Visi[sunting | sunting sumber]

SMK Likas menjadi Sekolah Cemerlang di Sabah.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjana Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Insan Cemerlang Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Smk Likas telah diasaskan pada tahun 1966 sebagai Goverment Junior Secondary School (GJSS). GJSS diasaskan pada tahun 1966 dengan 2 buah kelas tingkatan, 5 orang guru ditempatkan di Maktab Sabah. Pengetua GJSS yang Pertama ialah Encik Anthony Deseira yang menjawat Jawatan sebagai pengetua sehingga tahun 1969.

GJSS telah berpindah ke bangunan barunya di Likas, Batu 3 Jalan Tuaran pada bulan Mei 1974. Namanya turut bertukar kepada SM Kerajaan Likas. Bangunan baru ini adalah di bawah projek Bank Dunia dan bangunan untuk asrama lelaki, sebuah perpustakaan, 2 bilik sains rumahtangga, 2 bilik makmal, sebuah bilik guru, sebuah pejabat dan bilik pengetua serta 13 buah bilik darjah, kemudahan tempat tinggal guru juga disediakan dengan pembinaan 10 buah rumah.

Pada tahun 1975 di bawah pengetua Encik Liew Vun En, namanya bertukar sekali lagi kepada SM Kebangsaan Likas. Pada tahun yang sama juga Sekolah menerima kunjungan Lawatan oleh YB Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.

SMK Likas telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Harris Mohd Saleh pada 14 Julai 1978.

Lencana & Bendera Sekolah[sunting | sunting sumber]

LI.S.S Flag.png

Bentuk Perisai

Kejayaan dalam semua bidang pendidikan meliputi kurikulum.

Warna Merah

Warna pada obor melambangkan berilmu yang akan menerangi dunia.

Warna Biru Laut

Warna Latar Melambangkan keimanan sebagai asas untuk mencari ilmu dan beramal.

Gunung Kinabalu

Lambang kemegahan Negeri Sabah. Ketinggian matlamat warga SMK Likas setinggi puncak Kinabalu melambangkan gedung ilmu yang perlu diterokai oleh semua murid.

Obor

Semangat yang membara dan berusaha untuk mencapai cita-cita.

Warna Kuning

Warna pada obor dan latar cogankata melambangkan beramal untuk diri, masyarakat dan negara.

Cogankata

"Bertekun Pasti Berjaya" menjadi cogankata warga SMK Likas untuk memberi semangat dan meransang semua pelajar sekolah ini agar sentiasa tekun dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Encik Anthony Deseria (1966-1969)
  • Encik Peter Pang (1970-1971)
  • Encik Nazaruddin (1971-1972)
  • Encik Teo Thien Wah (1972-1974)
  • Encik Othman Atan (1986-1987)
  • Encik Liew Vun En (1974-1979)
  • Encik Athanasius Staun (1980-1983)
  • Puan Hasnah Mohd Yunan (1984-1986)
  • Puan Nuri Udin (1987-1988)
  • Encik Yasin Mat Saat (1989-1995)
  • Puan Masni Madat (1995-1996)
  • Encik Dayu Sansalu (1998-2003)
  • Encik Aslie Sahat (2004-2006)
  • Puan Wan Noriah Wan Musa (2006-2012)
  • Puan Naelah Mustaffa (2012-2018)
  • Encik Roslan Mohd Idris (2018-2020)
  • Puan Fauziah Haji Janau (2020-Sekarang)

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Bertekun Pasti Berjaya"

Gubahan dan Ciptaan: Mohd Nasir Bin Ab Rahman.

Lirik: Mohd Nasir Bin Ab Rahman.


Bertekun pasti berjaya,

Amalan kita semua,

Menimba ilmu tanpa jemu,

Mengikut ajaran guru.


Berdisiplin setiap masa,

Berharmoni sesama kita,

Menjunjung cita Rukun Negara,

Aspirasi Bersama..


Tuhan akan bersama kita,

SMK Likas tercinta.....

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Likas
Peti Surat 235,Pos Likas
88856, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-239595
Fax = 088-225364

Pautan luar[sunting | sunting sumber]