Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar
Lokasi
Kubang Keranji, 16150, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097652837
Kod sekolahDEA1128
PengetuaEN.KAMARUDIN B. JAAFAR
GPK Pentadbiran dan AkademikEN.AHMAD ZAKI B. AWANG
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN.ANUAR B.SALLEH
Penolong Kanan KokurikulumPN.CHE NORHASIMAH BT CHE MAHMOOD
Faks6097656951


Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar atau nama ringkasnya SMK Long Gafar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kubang Keranji.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar memiliki 708 pelajar lelaki dan 745 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1453 orang. Ia mempunyai seramai 113 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar  (SMKLG) telah ditubuhkan pada Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kubang Keranji, SMKLG terletak di Kubang Keranji, 16150 kota Bharu, Kelantan.  Jarak sekolah ini dari Kota Bharu lebih kurang 10 km melalui jalan Kota Bharu – Pasir Puteh.

Pada peringkat awal penubuhan SMKLG tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Long Gafar (Sekolah Rendah Kubang Keranji). Bilangan pelajarnya seramai 90 orang yang semuanya tingkatan satu dan waktu pembelajarannya pada sebelah petang.

Pada tahun 1970, SMKLG telah mendapat bangunan sendiri yang mengandungi sebuah makmal sains, sebuah bilik jahitan,  bilik darjah dan pejabat pengetua, sekarang ini diberi nama Blok Intelek.  Pada 17 hb Julai 1974, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Long Gafar. Nama ini diambil sempena nama Long Gafar  seorang pahlawan dan pembesar sekitar tahun 1670an.  Beliau merupakan seorang pahlawan yang warak, adil, berani, tangkas bermain senjata, disegani dan digeruni.  Beliau meninggal dunia ketika berusia 110 tahun.  Jenazah beliau dimakamkan di Kg Limbat, kira-kira 1 km dari SMKLG.  Justeru, sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh beliau itulah mendorong sekolah ini diberi nama sempena nama beliau.  Harapan warga sekolah agar sekolah ini juga mempunyai keistimewaan, masyhur dan terkenal sebagaimana Pahlawan Long Gafar.

Semasa penubuhannya pada tahun 1965, SMKLG hanya mempunyai seramai 4 orang tenaga pengajar sahaja.  Walau bagaimanapun bilangan  ini sentiasa bertambah dari semasa ke semasa selaras dengan pertambahan pelajar.  Kini SMKLG mempunyai 97 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 1269 orang dilengkapi dengan berbagai kemudahan termasuk dewan terbuka pada tahun 2001 dan yang terkini adalah gelanggang futsal 1Malaysia pada tahun 2012.

Sesi pembelajaran di SMKLG adalah dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.  Bilangan bilik darjah yang terdiri daripada 35 unit tidak dapat manampung bilangan kelas sebanyak 43 kelas.  Oleh itu pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 terpaksa belajar disesi petang. Pada tahun 2013, pembelajaran pada sesi petang dihentikan kerana jumlah bilik darjah yang bertambah.

Sejak penubuhannya 49 tahun yang lalu, SMKLG telah mengorak langkah setanding dengan sekolah-sekolah harian yang lain di negeri Kelantan sama ada dalam bidang akademik dan bidang-bidang lain.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar
Kubang Keranji
16150, Kota Bharu
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6097652837
Fax = 6097656951

Pautan luar[sunting | sunting sumber]