Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu
Lokasi
Jalan Batu Kaya, 95900, Lubok Antu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoSMKLA Juara Di Hatiku
Nombor sekolah6083584135
Kod sekolahYEB2301
PengetuaCik Boo Mee Lian
LaguMAJU SEKOLAHKU MAJU
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Irie Anak Ambau
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Peter Toyat
Penolong Kanan KokurikulumEn. Alextrius Nanang
Faks6083584643


Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu atau nama ringkasnya SMK Lubok Antu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu Kaya.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu memiliki 519 pelajar lelaki dan 568 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1087 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1975 dan menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Engkelili No.2 dan terpaksa berkongsi bangunan dengan SK Lubok Antu ketika itu. Pembinaan sekolah ini amat dinanti-nantikan masyarakat setempat memandangkan semasa itu kekurangan sekolah menengah di daerah Lubok Antu. Pada tahun 1976, sekolah ini mula menggunakan nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu dan nama ini kekal sehingga sekarang.

Menjelang tahun 1983, SMK Lubok Antu mula berpindah dari SK Lubok Antu ke tapak sekolah sekolah yang sekarang. Sejak penubuhannya, pelajar sekolah ini hanya menerima Pendidikan Menengah Rendah iaitu setakat Tingkatan Tiga sahaja. Setelah tamat Tingkatan 3, pelajar-pelajar akan berpindah ke SMK Datu Patinggi Kedit, Betong dan SMK Sri Aman. Mulai Januari 2001, SMK Lubok Antu mula menawarkan Tingkatan Empat dan seterusnya Tingkatan Lima pada Januari 2002.

Senarai Pengetua SMK Lubok Antu[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, SMK Lubok Antu telah ditadbir oleh sepuluh pengetua dan pemangku :

En. Bilun Nunoi (1975-1977)

En. Hilary Unsek Umbo ( 1978-1980)

En. Wong Thou Siang (1981-1982)

En. Andin Brooke 1983-1985

En. John Lusoi ( 1986-1987)

En. Sim Soo Heng (Memangku)(1988)

En. Justin Jawa Anggam (1989-1993)

En. Sapawi Mahdi (Memangku)(1993)

En. Stephen Engkabi Anak Tigong (1993-2004)

En. Leslie Tawan Anak Gandil (2004 sehingga 2016)

Cik Boo Mee Lian (2016 hingga sekarang)

VISI[sunting | sunting sumber]

“STRIVE TOWARDS EXCELLENCE”

MISI[sunting | sunting sumber]

Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan jasmani melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan.

OBJEKTIF[sunting | sunting sumber]

• Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan secara menyeluruh.

• Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

• Memastikan setiap murid beriman, berakhlak mulia dan berbudi pekerti.

• Memupuk suasana harmoni pada semua peringkat yang melibatkan guru, ibu bapa , kakitangan dan pelajar.

• Memastikan persekitaran pembelajaran bersih, ceria dan selamat.

• Memastikan disiplin sekolah terkawal.

LAMBANG SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

PENGERITIAN WARNA

Kuning : Melambangkan perpaduan dan keharmonian seluruh warga sekolah kea rah VISI dan MISI yang sama.

Putih : Melambangkan kesucian ilmu yang membentuk peribadian luhur setiap warga sekolah dengan menerapkan keikhlasan dan kejujuran sebagai teras utama.

Hitam : Melambangkan semangat juang yang tinggi dalam mengejar cita-cita dan mencipta kejayaan dalam semua bidang.

PENGERTIAN LAMBANG

Bintang : Melambangkan maklamat pendidikan yang dijulang tinggi setiap warga sekolah kearah kecemerlangan berterusan

. Burung Kenyalang : Lambang keharmonian alam dan kesepaduan insan selaras dengan maklamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Perisai/Terabai : Melambangkan usaha dan jitu dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa.

LAGU SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

MAJU SEKOLAHKU MAJU

Tersergam indah Kelingkang

Kemegahan alam Lubok Antu

Berbagai bangsa bertumpu

Demi pengetahuan bermutu


Walau kita pelbagai bangsa

Kita gunakan satu bahasa

Maju semua sentiasa

Bergaul dan makmur sentosa


Sekolah Menengah Lubok Antu

Agar sentiasa maju

Sekolah Menengah Lubok Antu

Agar sentiasa maju


Kita hidup mesti bercita

Bersatupadu itulah utama

Curahkan setia untukmu guru

Jasamu ku sanjung selalu


Sekolah Menengah Lubok Antu

Agar sentiasa maju

Sekolah Menengah Lubok Antu

Pelajaran kunci kejayaan


Ciptaan : Haji Rosan Awang Haji Bolhasan

Lirik : Musa Lagor (MENDIANG)

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Unit Beruniform PASUKAN KADET BOMBA , PERTAHANAN AWAM , KADET REMAJA SEKOLAH , PERSATUAN PANDU PUTERI , PERSATUAN BULAN SABIT MERAH , PERSATUAN PENGAKAP , PASUKAN KADET POLIS , ST.JOHN AMBULANCE
Kelab dan Persatuan BAHASA IBAN , PELAJAR ISLAM, MATEMATIK , BIMBINGAN DAN KAUNSELING , KOPERASI , SAINS , PERPUSTAKAAN , KOMPUTER , BAHASA MELAYU , SAINS SOSIAL , SPBT , GEOGRAFI , SAINS PERTANIAN , ERT , SLAD , BAHASA INGGERIS , KEBUDAYAAN , PENCINTA ALAM , SENI VISUAL , RUKUN NEGARA , SEJARAH
Sukan dan Permainan HOKI , BOLA JARING , BOLA TAMPAR , BADMINTON , BOLA KERANJANG , FUTSAL , PING PONG , SEPAK TAKRAW , BOLA SEPAK

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu
Jalan Batu Kaya
95900, Lubok Antu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6083584135
Fax = 6083584635

Pautan luar[sunting | sunting sumber]