Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri
Moto Berusaha Berjaya
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Pengetua En. Yusop Bin Muhamad
Kod sekolah KEE6016
Lokasi Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Nama singkatan SMK Mahsuri
Laman sesawang http://www.mahsuri.edu.my/
Telefon +6049666245
Faks +6049666245


SMK Mahsuri atau nama penuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah..

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri memiliki 951 pelajar lelaki dan 1096 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2047 orang. Ia mempunyai seramai 131 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Mahsuri pada tahun 1960an

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri merupakan sebuah sekolah menengah yang tertua di Langkawi. Ia ditubuhkan pada tahun 1964 dengan nama “Sekolah Lanjutan Kampong” dan kemudian dikenali sebagai “Sekolah Menengah Kuah”. Pada tahun 1966, sekolah ini dipindahkan ke kilometer 2, Jalan Ayer Hangat dengan nama “Sekolah Menengah Mahsuri”.

Pada bulan April 1966 Asrama sekolah ditubuhkan dengan menggunakan Blok B sekolah. Pada tahun 1982, 2 blok asrama, satu blok kantin dan surau telah dibina. Kini sekolah mempunyai asrama yang terdiri 4 blok asrama (2 blok lelaki dan 2 blok perempuan). Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Mohamed Khir Johari pada 12 November 1966. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dipilih mengambil sempena wanita lagenda tersohor di Langkawi iaitu Mahsuri binti Pandak Mayah.

Pada 1 Ogos 1997, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri. Semenjak Tahun 1986 sehingga sekarang, sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah menengah gred A. Kini SMK Mahsuri terdiri daripada blok bilik darjah, satu blok 3 tingkat 9 unit makmal sains, satu makmal komputer, satu dewan besar dan sebuah asrama.

Visi[sunting | sunting sumber]

“Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri
berusaha untuk menjadi sekolah terbilang
di daerah Langkawi dan membina modal insan berkualiti tinggi menjelang 2010”
—Pada 2009, sumber dari www.mahsuri.edu.my

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pengetua Sekolah[sunting | sunting sumber]

Barisan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan sehingga kini adalah seperti berikut:

Nama Pengetua Tempoh berkhidmat
En. Baharom bin Hashim 1969–1972
En. Shaari bin Che Mat 1973–1974
En. Ahmad bin Othman 1975–1977
En. Ahmad bin Ismail 1978–1979
En. Abd. Manaf bin Ahmad 1980–1982
En. Abdullah bin Abd.Rahman 1982–1987
En. Ahmad bin Said 1988-1988
En. Shuib bin Hussain 1988–1990
En. Mohd Razali b Mahmud 1990–1994
Pn. Che Han bte Baharim(Memangku) 1994–1995
En. Misrah bin Ibrahim 1995–1999
En. Zulkifli bin Yusof 1999-1999
Pn. Siti Rahani bte Ahmad 1999–2001
Hj. Saidin bin Bakar 2001–2004
Hj. Murad bin Ahmad 2005–2006
Hj. Madzi bin Saad 2006–2007
Hj. Sabri bin Abdol Rahim 2007- sekarang

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak berdekatan pusat bandar Langkawi iaitu, Pekan Kuah.
Alamat penuh sekolah : Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.

Peta SMK Mahsuri.png












Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu SMK Mahsuri dicipta oleh Mohd Fauzi Othman & lirik Oleh Azalan Mustafa

Megah di seluruh negeri,
Maju di segala bidang,
Namamu kami sanjungi,
Sekolah Menengah Mahsuri.

Akademik kami bina,
Akhlak mulia kami jaga,
Kami setia bersamamu,
Berusaha moga berjaya.

Maju majulah Mahsuri,
Tingkatkanlah usahamu,
Azam untuk terus maju,
Semoga kau tetap berjaya.

Melihat namamu harum,
Kami akan rasa bangga,
Dalam mencapai cita-cita,
Ke arah insan yang sempurna (2x).

Alumni[sunting | sunting sumber]

Selebriti[sunting | sunting sumber]

Senarai selebriti yang pernah menuntut di SMK Mahsuri

Rujukan[sunting | sunting sumber]