Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Hilir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Hilir
Fail:Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Hilir.jpg
Lokasi
 Malaysia Jalan Matang,, 93050, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMenjejak Kecermerlangan
Nombor sekolah082648972
Kod sekolahYEA1307
PengetuaTuan Morsalin bin Pawi
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Dayang Suraya binti Kipaway
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Sejali bin Basri
Penolong Kanan KokurikulumEncik Affendi bin Hassan
Faks082645920


Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Hilir atau nama ringkasnya SMK Matang Hilir, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Matang,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Hilir memiliki 1059 pelajar lelaki dan 941 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2000 orang. Ia mempunyai seramai 120 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Matang Hilir telah ditubuhkan pada 1 Disember 1991. Sekolah ini menumpang dan berkongsi bangunan dengan SRK Tan Sri Dato Haji Mohamad, Taman Malihah, Matang. Sekolah ini dimulakan dengan lima buah kelas, iaitu tiga buah tingkatan 1 dan dua buah Tingkatan Peralihan. Seramai 188 orang pelajar bersama dengan 10 orang guru telah menjadi warganya pertama. Pelajar-pelajar ini adalah dari sekolah-sekolah rendah yang berdekatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Dengan Tertubuhnya SMK Matang Hilir, ibu bapa di sekitar kawasan Batu Kawa dan Matang tidak perlu menghantar anak-anak mereka belajar jauh ke sekolah lain di Kuching. Tahap pencapaian akademik sekolah ini adalah setanding dengan sekolah-sekolah lain di kawasan Kuching. Sekarang SMK Matang Hilir mempunyai 53 buah kelas, Tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan 5. Bilangan pelajar bertambah berlipat ganda. Berikut adalah enrolmen pelajar dan jumlah staf dari tahun 1992 hingga 2010:

Tahun Jumlah Pelajar Bilangan Staf
1992 188 13
1993 372 25
1994 548 33
1995 643 41
1996 740 42
1997 780 46
1998 915 47
1999 923 56
2000 1265 74
2001 1441 82
2002 1467 83
2003 1666 93
2004 1684 94
2005 1557 83
2006 1717 91
2007 1773 102
2008 1900 111
2009 1917 134
2010 2059 133
2011 2070 137
2012 1933 139
2013 2161 139
2014 1800 134
2015 1598 136
2016 1500 134

Berikut adalah senarai nama pengetua sejak tahun 1992.

Encik Waslie Bin Sunting(1991 - 1992)
Encik Wahab Bin Bujang(1993 - 1994)
Encik Rambli Bin Zainuddin(1994 - 1996)
Encik Abg. Mat Ali Bin Abang Masagus(15 April 1996 - 15 Disember 1996)
Puan Juita Binti Senawi(1996 - 1997)
Encik Dahlan Bin Salin@Morshalin(1997 - 2003)
Encik Bidin Bin Abas(2003 - 2005)
Puan Aminah Binti Haji Sapawi(29 April 2005 - 31 Oktober 2005)
Puan Fatimah Binti Matair(2005 - 2006)
Puan Hajah Dayang Mastura Binti Awang Hassim(2006 hingga 2013)
Encik Borhan Bin Bujang(17 September 2014 - 22 November 2014)
Tuan Haji Ibrahim Bin Jamain(11 Disember 2014 - 16 November 2015)
Encik Wahab Bin Bujang(16 November 2015 hingga sekarang)

Memandangkan pertambahan bilangan pelajar, mulai tahun 1994 sesi persekolahan telah dibahagi kepada dua sesi, iaitu Sesi Pagi - Tingkatan 2 dan 3 manakala Sesi Petang pula merangkumi Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 dan dua kelas Tingkatan 2. Pada tahun 2000 pula, SMK Matang Hilir telah memulakan kelas menengah atas dengan dua kelas aliran sastera sosial dan empat kelas sastera. Bilangan pelajar yang bertambah menyebabkan bilik kelas dan kemudahan sekolah tidak mencukupi. Mulai tahun tersebut, SMK Matang Hilir telah berkongsi dengan sebuah sekolah rendah iaitu SK Matang Jaya. Kemajuan dan perkembangan kawasan Matang dan Batu Kawa, menyebabkan murid SMK Matang Hilir memiliki bangunan sendiri. Oleh itu, SMK Matang Hilir telah dinaik taraf sebagai sekolah Gred A pada tahun 2003. Pada tahun 2003, satu lagi sejarah telah tercatat dalam diari SMK Matang Hilir apabila tertubuhnya 2 buah Kelas Aliran Sains Tulen. Sebuah bangunan baru telah siap dibina pada akhir tahun 2005 bagi menampung jumlah murid yang terlalu ramai di SMK Matang Hilir. Pada bulan Mac, SMK Matahng Hilir telah mengadakan sesi persekolahan satu sesi. Pada tahun 2007, sesi persekolahan telah diadakan dalam dua sesi semula kerana jumlah kelas tidak mencukupi bagi menampung jumlah murid yang semakin banyak. Sesi persekolahan pada tahun 2009 masih dijalankan dalam dua sesi. Peningkatan jumlah murid yang mendadak juga menyebabkan jumlah kelas turut bertambah dari 53 buah kelas kepada 57 buah kelas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pelajar Cemerlang PMR 2011[sunting | sunting sumber]

nama pencapaian
Bong Siaw Wei 8A
Cassandra Kana Brooke Ak Larry Sudok 7A
Norashikin Bt Mukiran 8A
Rocky Vester Ak Richmond 7A
Chai Fang Thing 6A 1B
Nur Athirah Nabilah Bt Abu Bakar 6A 2B
Vooo Iee Khong 6A 2B
Mohd Razali Bin Mohd Zulfifki 6A 2B

Pelajar Cemerlang SPM 2011[sunting | sunting sumber]

nama pencapaian
Jenny Lai Sze Fung 8A 1B 1C
Wee Cheng Hong 5A 4B
Connie Elina Ak Clement 5A 2B 1C
Chong Shu Ling 6A 4B
Ira Edora Ak Romeion 5A 2B 3C
Nur Afifah Bt Legiman 5A 4B 1C
Nur Azizah Bt Jemat 5A 2B 1C 1E
Vanessa Voon Yien Ni 5A 2B 2C 1D

Alamat[sunting | sunting sumber]

SMK MATANG HILIR
Jalan Matang,
93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia.
Telefon : 082-648972
Faksimili : 082-645920
E-Mel : smkmtghilir@yahoo.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]