Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa
Lokasi
 Malaysia Jalan Kodiang, 06100, Kodiang, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTiada Gunung Yang tidak boleh didaki
Nombor sekolah6049251948
Kod sekolahKEA4060
PengetuaENCIK AINOL ANWAR BIN AHMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK ARIFUDIN BIN ABDULLAH
Faks6049257563


Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa atau nama ringkasnya SMK Megat Dewa, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kodiang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa memiliki 513 orang pelajar lelaki dan 523 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1036 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah sekolah menengah cawangan kepada Sekolah Menengah Permatang Bonglai, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman pada 1 Januari 1979. Pada masa itu, sekolah ini menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Megat Dewa dan sesi pengajiannya diadakan di sebelah petang.

Mulai 1 Januari 1982, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 20, Jalan Kodiang. Kod sekolah ialah KEA 4060. Pada 17 Jun 1982, sekolahi ini menggunakan bangunan sendiri di lokasi sekarang yang terletak 1 kilometer dari Pekan Megat Dewa. Sekolah ini dirasmikan oleh Tun Mahathir b Mohamad, pada 2 Ogos 1986. Mulai 27 Julai 1991, nama sekolah Menengah batu 20 ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Megat dewa. Asrama desa diwujudkan pada penggal kedua sesi 1991/1992. Keluasan tapak ialah 6.48 hektar dan sekolah ini terletak kira-kira 1.5 km dari Simpang Batu 20 dan 1km dari Pekan Megat Dewa.

Dua sesi pengajian dijalankan iaitu sesi pagi bagi pelajar tingkatan 3, 4, dan 5 sementara sesi petang bagi pelajar tingkatan 1 dan 2. Mulai pada 30 Mac 2003, sekolah ini telah menjalankan satu sesi pengajian sahaja dengan siapnya dua buah blok bangunan baru. Mulai tahun 2005, kelas Pra-U telah diwujudkan dengan seramai 33 orang akan mengambil peperiksaan STPM buat kali pertama pada tahun 2006.

Pada 1 April 2009, SMK Megat Dewa telah dipilih sebagai sekolah bestari kategori luar bandar oleh KPM.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa
Jalan Kodiang
06100, Kodiang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6049251948
Faks = 6049257563

Pautan luar[sunting | sunting sumber]