Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau
Fail:Content://com.android.chrome.FileProvider/images/screenshot/16238688758481498977355.png
Lokasi
 Malaysia Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District,, 98100, Miri, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto
Fight To Be The Best
Ilmu Menjulang Kehidupan
Nombor sekolah6085665159
Kod sekolahYEA4107
Pengerusi PIBGDr Maurice Steve Utap
PengetuaPn.Amanda Chong Lee Ngo
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Norzita Binti Wahab
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Dahlan Bin Suliman
Penolong Kanan KokurikulumEn Alhadi Bin Ekni
Faks6085662159
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau atau nama ringkasnya SMK Merbau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau memiliki 1306 orang pelajar lelaki dan 1304 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2610 orang. Ia mempunyai seramai 142 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asal sekolah ini berasal daripada sejenis pokok iaitu pokok merbau. Pokok merbau ini membawa maksud kuat, kukuh, dan tahan lama.

SMK Merbau dibuka pada 14 Disember 1999 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2000 di bawah pimpinan En. Hadi bin Pauzi sebagai pengetua pertama sekolah ini. Sekolah ini mula beroperasi di tapak sementara sebagai penumpang di SK Anchi, Piasau Jaya, Fasa 1. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya menempatkan 2 kelas peralihan dan 6 tingkat 1 iaitu Tingkatan 1A – 1F dengan jumlah pelajar tidak melebihi 400 orang dan 25 orang guru yang dibantu oleh seorang kerani.

Akhirnya pada 12 April 2003, SMK Merbau telah berpindah ke kawasan Permyjaya, di Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, Permyjaya dengan keluasannya 14.769 hektar. Kini, SMK Merbau telah berubah wajah. Pada tahun 2007, SMK Merbau mempunyai 62 kelas dengan jumlah pelajar 3000 orang yang terdiri daripada kelas peralihan sehinggalah tingkatan 6 Atas. Manakala, warga pendidik pula seramai 113 orang dan dibantu oleh 11 orang kakitangan sokongan.

SMK Merbau telah mengalami satu anjakan paradigma di bawah pimpinan Tuan Haji Hamzah bin Haji Dadu terutamanya dari segi landskap dan keceriaan sekolah tanpa mengabaikan kecemerlangan akedemik, kokurikulum dan sahsiah para pelajar. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan khasnya untuk keselesaan warga SMK Merbau. Pada tahun 2009 sehingga sekarang sekolah kita telah bertambah pelbagai kemudahan. Kini,[bila?] SMK Merbau berada di bawah pimpinan Encik Jumari bin Hashim yang baru bermula pada Januari 2018.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Nama Jawatan
Pn Amanda Chong Lee Ngo Pengetua
Pn Norzita Binti Wahab Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
En Dahlan Bin Suliman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Michelle Ting Penolong Kanan Petang
En Alhadi Bin Ekni Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Lo Lee Fang Penolong Kanan Tingkatan 6

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1 . Allister Daniel Linggong dan Kevin Yok mendapat result straight A+ dalam SPM 2018.

2 . Pertandingan video pendek yang bertema ( 81 Inisiatif Kerajaan Sarawak ) telah mendapat Johan dalam pertandingan tersebut yang diwakili oleh ( Puan Hamieza ) serta pelajar nya iaitu ( WillyJali anak Dagang , Damian Lim Hock , Syllyvia Jazlyn anak Budin )

3 . Pertandingan Akhir Cabaran Keselamatan Siber Nasiolnal ( CAKNA ) 2020 telah mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut yang diwakili oleh ( Noor Azzalea dan Ivan Chan Xuan )

4 . Pertandingan International Rugby 7s for girl telah mendapat Johan dalam sukan tersebut yang diwakili oleh ( Josie Mavcellina anak Gone )

5 . Young Innovators Challenges telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut yang diwakili oleh ( Noor Azzalea binti Mohammad Azlie , Ivan Chan Xuan , dan Norathirah Izzati binti Musa . )

6. Koperasi SMK Merbau telah menjadi Johan di peringkat negeri Sarawak .

7 . SRU Rugby Woman telah mendapat tempat Juara

8 . IYPT ChemBingo Challenge telah mendapat tempat Keenam di UCSI University

9 . Pertandingan Bola Sepak Anjuran Johan Piala Emas Yayasan Sarawak Zon Utara mendapat tempat Juara

10 . Juara Kejohanan Ragbi U15 MSS Miri telah medapat tempat Ketiga dan Keempat

11 . STEM Challenge telah mendapat tempat Keempat dan Kelima.

12 . Kem Fizik Kebangsaan ( How To Conquer Space Knowledge ) telah mendapat pingat Emas dalam pertandingan tersebut.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau
Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District,
98100, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085665159
Faks = 6085662159

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]