Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 272, 91007, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089902824
Kod sekolahXEA3064
Faks6089902824


Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar atau nama ringkasnya SMK Merotai Besar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 272.

Pada 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar memiliki 649 pelajar lelaki dan 721 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1370 orang. Ia mempunyai seramai 104 orang guru.2024

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Merotai Besar, Tawau ditubuhkan pada awal tahun 1980. Penubuhan SMK Merotai Besar ini adalah atas cadangan Kementerian Pelajaran untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang bersekolah di kawasan terpencil dan tercicir kerana tidak dapat menyambung ke sekolah menengah Bandar di Tawau. Pada tahun 1980 hanya terdapat 106 murid dan empat orang guru termasuk pengetua. Pelajar-pelajar ini datangnya dari empat buah sekolah rendah sekitar Kg. Merotai Besar iaitu SK. Merotai Besar, SRK. Merotai Kecil, SRK. Kuala Merotai dan SRK. Tiger.

Ketika ditubuhkan, bangunan sekolah ini hanya menumpang di SK. Merotai Besar dan menjalankan sesi persekolahan pada waktu petang. Pada awal 1981, satu tinjaun telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina bangunan sekolah sendiri. Pada awal tahun 1982, bangunan ini telah dibina. Pembinaan tersebut melibatkan dua blok bangunan sekolah dua tingkat, tiga blok flat kediaman guru, satu blok rumah perkerja (4 unit), satu rumah pengetua, padang sekolah dan sebuah gelanggang bola keranjang.

Menjelang bulan April 1984, bangunan sekolah telah mula digunakan. Pada bulan Julai 1985, semua bangunan telah diserahkan kepada pihak kontraktor kepada Jabatan Pelajaran, dan pada tahun ini juga pelajar telah bertambah dan bilangan ketika itu ialah 325 orang murid manakala guru pula seramai 17 orang. Kelas yang dibuka hanya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja.

Pada tahun 1985, penempatan di asrama telah mula dibuka dan seramai 125 orang pelajar telah dipilih untuk tinggal di asrama. Pelajar-pelajar ini berasal dari penempatan yang jauh dari SMK Merotai Besar iaitu Luasong, Kalabakan, Brumas, dan Wallace Bay. Pada tahun 1986, sebuah loji penapis air telah dibuka khas untuk sekolah ini bagi mengatasi masalah sumber air. Pada tahun ini juga, SMK Merotai Besar telah membuka kelas tingkatan 4 Aliran Sastera.

Sepanjang penubuhan SMK Merotai Besar, sekolah ini mempunyai 11 orang pengetua iaitu :-

1980-1981 : En. Ismail Sulaiman
1981-1984 : En. Zainuddin Johari
1985-1988 : En. Kalazen Rabeka
1989-1991 : Pn. Sadiah Ibrahim
1992-1996 : En. Ismail Sulaiman
1996-1998 : Pn. Hjh Hapsah Ismail
1999-2000 : En. Lean Tek Beng
2000-2005 : Tn. Hj Mahamad Hj. Abdullah
2005-2007: Pn. Hjh Arpah A. Kadir
2008-2013 : Pn. Jamirah Rahmad
2013-2015: En Abdul Rahman Kannan Abdullah
2015-2023: Dr. Rabe Juhari
2023-Kini : Pn Saloma Ambo

Sekolah ini juga telah muncul sebagai sekolah luar bandar yang dapat dibanggakan. Ini dapat dibuktikan dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Duta PIDM Kebangsaan 2013

Anugerah Kecemerlangan SPM 2012 Peringkat Kebangsaan

Anugerah Sekolah Cemerlang STPM 2012 Negeri Sabah
Anugerah PPIM Terbaik Daerah Tawau 2012
Anugerah Pusat Sumber Terbaik Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Tawau 2011
Anugerah Maxis Cyberkids Star Award 2011
Johan Maxis Cyberkids National Challenge 2010

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar
Peti Surat 272
91007, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon | 6089902773
Faks | 6089902824
Emel | xea3064@gmail.com
Mukasurat Rasmi | https://www.facebook.com/SMKMerotaiBesarTawau

Pautan luar[sunting | sunting sumber]