Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah
Lokasi
 Malaysia Kota Sarang Semut., 06800, Alor Star,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6047481800
Kod sekolahKEE2102
Faks6047481803


Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah atau nama ringkasnya SMK Muadzam Shah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kota Sarang Semut[pautan mati kekal]..

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah memiliki 513 pelajar lelaki dan 434 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 947 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah diasaskan pada tahun 1969, sebagai cawangan Sekolah Menengah Pendang. Pelajar-pelajar ditumpangkan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Buluh Lima. Aliran Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah diajar di sekolah tersebut. Pelajar yang lulus Sijil Rendah Pelajaran(SRP) dan Lower Certificate Examination(LCE) akan menyambung pelajaran mereka ke Sekolah Menengah Simpang Empat dan Sekolah Menengah Pendang. Pada pertengahan tahun 1974, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah(SMKMS) mendapat bangunan baru. Sekolah baru ini diberi nama ‘Sekolah Menengah Muadzam Shah’ nama yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ismail Kassim selaku bendahari Persatuan ibu bapa dan Guru ketika itu. Sekolah Menengah Muadzam Shah ini mempunyai keluasan tanah seluas 18.2 ekar di atas lot bernombor ks (M) 12-1972. Bangunan ini mula dibina ialah dua blok yang mengandungi 12 bilik darjah, 2 makmal sains, dua bilik Ekonomi Rumah Tangga(ERT) , sebuah perpustakaan, sebuah kantin dan sebuah bengkel Seni perusahaan.Kekurangan bilik darjah menyebabkan adanya dua sidang sesi pagi dan petang. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia pada hari sabtu 22 Mac 1980. Bangunan tambahan telah dibina dan siap pada tahun 1982 mengandungi sembilan bilik darjah dan sebuah makmal sains. Bangunan tambahan satu tingkat mengandungi empat buah bilik darjah siap pada tahun 1988 untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.Tempat letak basikal telah dibina pada tahun 1989 dan projek surau dimulakan pada bulan Februari 1990. Di atas usaha pihak sekolah dan sumbangan orang ramai, maka terbinalah suraun di tepi pagar hadapan sekolah yang berharga RM45.000. Terbinanya surau membolehkan pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan. Jabatan Pendidikan Kedah telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM 21, 850.00 untuk membina tempat mengambil air sembahyang. Manakala pihak PIBG menyediakan dua buah kolam dan pemasangan paip berharga RM 2,610.00.Gelanggang permainan serbaguna telah dibina di tanah di sebelah surau berharga RM 20,000,00 pada tahun 1990 untuk permainan tenis, sepak takraw, bola keranjang dan badminton. Pada tahun 1994, penurapan tar telah dibuat ke atas kawasan di belakang blok B dan di kawasan antara surau dan gelanggang serbaguna oleh pihak Jabatan Pendidikan sempena lawatan Timbalan Menteri Kewangan Yang Berhormat Encik Mustapha Mohamad.

-Hafizul Syauqi-

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) Muadzam Shah telah berjaya selaku naib johan pertandingan kawad kaki kreatif peringkat negeri Kedah dan Naib Johan peringkat Kebangsaan

Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) Muadzam Shah telah berjaya selaku naib johan pertandingan kawad kaki formasi peringkat daerah Kota Setar

Atlet SMK Muadzam Shah berjaya memenangi beberapa pingat dalam pertandingan Kejohanan Balapan Dan Padang Peringkat Daerah dan Negeri

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah
Kota Sarang Semut.
06800, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047481800
Fax = 6047481803

Pautan luar[sunting | sunting sumber]