Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Melaka
Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah | |
---|---|
Lokasi | |
Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Usaha Tetap Jaya |
Nombor sekolah | +(60)6-3175320 |
Kod sekolah | MEA2087[1] |
Pengerusi PIBG | En. Nor Sham bin Mulop |
Pengetua | En. Ramli bin Abdullah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Saufi bin Mat Kahar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Kamarudin bin Kassim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Sanisah binti Ahmad |
Faks | +(60)6-3173812 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah atau nama ringkasnya SMK Munshi Abdullah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Batu Berendam.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah memiliki 987 orang pelajar lelaki dan 1086 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1918 orang. Ia mempunyai seramai 143 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
SMK Munshi Abdullah telah ditubuhkan pada tahun 1958 sempena menyahut seruan Penyata Dasar Pelajaran Razak 1956. Pada mula penubuhannya, pelajar menumpang di Sekolah Inggeris Gajah Berang di Jalan Gajah Berang. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Laki-Laki Bandar Melaka (SMKL). Pelajar perintisnya berjumlah 80 orang iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki tingkatan 1.
Pada tahun 1964, SMKL menumpang di bangunan Sekolah Menengah Tun Tijah, di Jalan Durian Daun. Kemudiannya berpindah dan menumpang di bangunan Durian Daun pada Oktober 1965.
Pada bulan Disember 1966, SMKL mempunyai bangunan sendiri di Batu_Berendam, yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar Melaka. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Batu Berendam (SMKLBB). Pada masa ini SMKLBB terdiri daripada empat blok bangunan iaitu Blok A, B, C, D dan sebuah kantin.
Pada 16 Jun 1968, apabila SMKLBB dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Mohd. Khir Johari dan secara rasminya, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah (SMMA).
Tingkatan 6 Sastera bermula pada tahun 1969 dan mengandungi 30 orang pelajar terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan. Pada tahun 1970, tiga kelas Tingkatan 4 aliran sains dimulakan juga bermulanya pengambilan pelajar perempuan kerana sebelumnya pengambilan pelajar tingkatan 1 hingga 5 adalah terdiri daripada pelajar lelaki sahaja. Berikutan dengan itu, satu kelas Tingkatan 6 sains dimulakan di SMKMA pada tahun 1971.
Pada tahun 1977, SMKMA menerima pelajar Rancangan Khas iaitu pelajar yang sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang tidak berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebanyak dua kelas dengan lebih kurang 65-75 pelajar lelaki dan perempuan. Mereka diwajibkan tinggal di asrama.
Pada tahun 1991, program Rancangan Khas (RK) ini dihentikan dan digantikan dengan Kelas Aliran Agama (KAA). Pada dasarnya KAA ini sama dengan RK bezanya pelajar-pelajar ini tidak berjaya permohonannya ke SMK(A) iaitu SMK aliran agama.
Pada Tahun 2020, SMK Munshi Abdullah telah dijadikan semula sekolah satu sesi persekolahan. Murid Tingkatan 6 telah berpindah ke premis baru di blok G yang asalnya adalah bangunan asrama lelaki.
Pengetua[sunting | sunting sumber]
Bil | Nama Pengetua | Tempoh Berkhidmat |
1 | Encik Mohd Yusri bin Seman | 02 Januari hingga sekarang |
2 | Tuan Hj. Yusof bin Othman | Ogos 2016 hingga 01Januari 2020 |
3 | Tuan Hj. Mohd. Ghazali bin Ahmad | Jun 2014 hingga Ogos 2016 |
4 | Tuan Hj. Mohd. Rashid bin Sidek | April 2014 hingga Jun 2014 |
5 | Tuan Hj. Md. Rashid bin Hussin | 2011 hingga Mac 2014 |
6 | En. Md. Ali bin Said | April 2009 hingga Disember 2011 |
7 | Pn. Hjh. Khalijah bt. Abdul Rahman | 2007 hingga Mac 2009 |
8 | Pn Hjh. Rosnah Bte. Hj Hussin | |
9 | Tn Hj Hussein Markom 1976 | En Abd Hadi Alias 1979 |
Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]
USAHA TETAP JAYA
Usaha tetap jaya
Cogan perjuangan hidup
Mengamalkan rukun negara
Junjung tinggi untuk nusa dan bangsa
Pelihara nama baik
Ibubapa dan negara
Semat di sanubari
Suruhan dan larangan agama
Menghadapi cabaran zaman
Dengan cogan kata
Usaha tetap jaya
Wahai pemudi pemuda
Belia harapan bangsa
Pergandakanlah usahamu
Untuk menuju kejayaan Negara
Belajarlah dengan giat
Jangan lupa beribadat
Amalkan segera
Disiplin semangat belia
Mencapai semua cita-cita
Berbakti kepada bangsa
Dengan cogan kata
Usaha tetap jaya.
Aktiviti dan Peristiwa Sepanjang Tahun 2017[sunting | sunting sumber]
Sepanjang tahun 2017, terdapat pelbagai aktiviti akademik dan ko-akademik yang telah dilaksanakan. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah:
- Minggu Mesra Pelajar Tingkatan 1
- Kejohanan Merentas Desa
- Kejohanan Sukan Tahunan Jubli Emas
- Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar
- Pelancaran Minggu Bahasa
- KOMBeT Sejarah
- Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
- Minggu Teknik dan Vokasional
- Bengkel Kecemerlangan Pelajar
- Sambutan Ceria Merdeka
- Malam Munshi Berselawat
Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]
Galeri Sejarah Munshi atau dahulunya lebih dikenali sebagai Bilik Warisan telah ditubuhkan sejak tahun 1990 bersesuaian dengan dasar Jabatan Pelajaran Melaka pada ketika itu yang inginkan setiap sekolah mempunyai sebuah bilik yang boleh menghimpunkan segala aspek penting sejarah perkembangan sekolah.
Di bawah pentadbiran Tuan Haji Sairi bin Haji Tahir yang merupakan Pengetua SMK Munshi Abdullah pada ketika itu, Bilik Warisan telah dibangunkan dengan jayanya. Guru-guru dan para pelajar SMK Munshi Abdullah telah mengumpulkan dan merekodkan banyak peristiwa penting yang berlaku sejak tahun 1968.
Kini, Bilik Warisan telah dibangunkan lagi dengan meluaskan skop fungsi dan peranannya iaitu dua elemen tambahan telah dilakukan dengan penubuhan Sudut Warisan Tradisional dan Sudut Anugerah dan kini ianya lebih dikenali sebagai Galeri Munshi.
Rekod Pencapaian Kokurikulum 2017[sunting | sunting sumber]
Rekod Penyertaan dan Pencapaian Pelajar Dalam Pertandingan Sukan (Olahraga/Sukan dan Permainan/Lain-lain) Tahun 2017
Bil | Nama Program/Pertandingan | Tarikh | Tempat | Pencapaian
(Johan/Naib Johan/Ketiga) | ||||
Peringkat Daerah | Peringkat Negeri | Peringkat Kebangsaan | Peringkat Antarabangsa | |||||
1 | KEJOHANAN RUGBY SARACENS INTERNATIONAL 2017 BAWAH 16
A)MUHAMMAD HAZIQ HAQEEM BIN YAZID (4A3) B)MUHAMMAD AMIRUL ADHAM BIN KHAIRUL ANUAR (4PI2) KEJOHANAN RUGBY BP BOSS 7’S JEMPUTAN BAWAH 17 MUHAMMAD FIKRI BIN JOHARI KEJOHANAN RUGBY 10 SEBELAH PERINGKAT KEBANGSAAN VICTORIA INSTITUTION 2017 A)SHAFFIQ IRFAN BIN SHAHROLZAMAN B)MUHD NUR EKHSAN BIN HASAN KEJOHANAN RUGBY MSSM 2017 5 ORANG PELAJAR SMK MUNSHI ABDULLAH TERPILIH |
18 – 19
FEBRUARI 11 MAC 31 MAC – 2 APRIL 17- 25 MAC |
BUKIT KIARA, KL
BATU PAHAT JOHOR KUALA LUMPUR PERAK |
WAKIL NEGERI MELAKA
WAKIL NEGERI MELAKA WAKIL NEGERI MELAKA |
WAKIL NEGERI MELAKA
(NAIB JOHAN) | |||
2 | PERTANDINGAN MTQSS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017
HAFAZAN NUR ZEEHAN BINTI AHMAD FAHIM MUHAMMAD SHAMIN SAMSUDIN
NORHADHINAH BINTI RAHMAN PERTANDINGAN MTQSS PERINGKAT KEBANGSAAN 2017 NUR ZEEHAN BINTI AHMAD FAHIM MUHAMMAD SHAMIN SAMSUDIN |
28 MAC MEI |
SM TEKNIK BUKIT PIATU KELANTAN | (L DAN P) SAGUHATI | WAKILI NEGERI MELAKA | |||
3 | KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS MELAKA BAWAH 18
NUR ARFA AUJI BINTI NORAZMAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM BAWAH 18 NUR ARFA AUJI BINTI NORAZMAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSS MELAKA 6 ORANG PELAJAR SMK MUNSHI ABDULLAH TERPILIH -NUR ARFA AUJI BINTI NORAZMAN |
FEBRUARI
17 – 24 MAC 28 – 29 MAC |
SELANGOR | SMS SERI KOTA | NAIB JOHAN (TEMPAT KE-4) 3000 M | WAKILI NEGERI MELAKA
(TEMPAT KE-51) |
||
4 | KEJOHANAN BADMINTON BAWAH 18 MSS MELAKA
TAN MING KANG KEJOHANAN BADMINTON BAWAH 18 MSSM TAN MING KANG |
21 – 23
FEBRUARI 17 – 24 MAC |
AYER KEROH SPORTS CENTRE
SARAWAK |
NAIB JOHAN |
WAKILI NEGERI MELAKA |
|||
5 | KEJOHANAN PING PONG MSS BAWAH 18 MSS MELAKA
KENNY CHEW HUI YI KEJOHANAN PING PONG BAWAH 18 MSSM KENNY CHEW HUI YI |
16 – 17 FEBRUARI 17 - 23 MAC |
SJKC MASJID TANAH | JOHOR | (TEMPAT KE-3) |
(TEMPAT KE-16 DARIPADA 64) |
||
6 | KEJOHANAN AKUATIK BAWAH 18
MSSM RICKY POOK (POLO AIR) |
17 – 24
MAC |
PUSAT AKUATIK HANG JEBAT
MELAKA |
WAKILI NEGERI MELAKA (JOHAN) |
||||
7 | KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSS MELAKA BAWAH 18 TAHUN
PASUKAN PEREMPUAN |
SMK PULAU SEBANG | (SUKU AKHIR) | |||||
8 | KEJOHANAN HOKI BAWAH 18(W) MAS-MSN – MILO-KPM 2017
NUR DINI FARIZAH BINTI YAZID |
17-24
MAC |
KUALA LUMPUR | WAKILI NEGERI MELAKA | ||||
9 | KEJOHANAN SILAT MSS MELAKA
KEJOHANAN SILAT MSS 2017 |
4 – 6 APRIL MEI 2017 | SMK AYER KEROH
KUANTAN, PAHANG |
JOHAN | WAKILI NEGERI MELAKA | |||
10 | KEJOHANAN BOLA JARING MSS BAWAH 18 DAN 15 MSS MELAKA
KEJOHANAN BOLA JARING MSS BAWAH 18 DAN 15 MSS MELAKA B15 : 6 PELAJAR SMKMA B18 : 4 PELAJAR SMKMA |
SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA | NAIB JOHAN | NAIB JOHAN |
|
|||
11 | KEJOHANAN MENEMBAK RIFLE WOMEN B 15
NOR ATHIRAH M. FARID |
19-23
APRIL |
PERLIS | JOHAN |
Alumni MUNSHI[sunting | sunting sumber]
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah
- Batu Berendam,
- 75350, Melaka
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-3175320
- Faks = 06-3173812