Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah XEA5327
Lokasi  Malaysia Peti Surat 110 89158, Kota Belud,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Telefon 088-976571
Faks 088-971476


Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang atau nama ringkasnya SMK Narinang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di kaki Gunung Kinabalu dalam Daerah Kota Belud. Jauhnya dari pekan kira-kira 18 KM.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang memiliki 695 pelajar lelaki dan 717 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1412 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru dan 15 ktbm.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

sekolah ini ditubuhkan pada tahun sebelum 1980.(Untuk mendapatkan tarikh penubuhannya yang lebih tepat, rujuk fail lama). Pada awal penubuhannya, ia beropersi dan menumpang pada bangunan SK. Narinang yang terletak di Kg. Narinang, Kota Belud. Oleh kerana itulah sekolah menengah ini dinamakan SMK. Narinang, Kota Belud sempena mengambil nama kampung kelahiran sekolah berkenaan iaitu Kg. Narinang.

Pada awal operasinya, sekolah menengah ini hanya memuatkan pelajar dari tingkatan satu hingga tiga sahaja. Maka itulah sekolah menengah ini dahulunya dipanggil SMRK Narinang. Apabila bilangan pelajarnya bertambah, SMRK Narinang tumpangkan sebahagian dari pelajar-pelajarnya di bangunan SK. Tamu Darat, Kota Belud khususnya untuk menampung pelajar-pelajarnya dari Kg. Tamu Darat, Kg. Rajunah, Kg. Ratau, Kg. Toguson, Kg. Mangkulat, Kg. Taginambur dan kampung-kampung yang berhampiran dengannya. Tuan pengetuannya SMRK Narinang ketika itu ialah Encik Atin Hj. Suhaimi dari Kg. Pekan Kota Belud, Sabah. Kini beliau sudah kembali ke Rahmahtullah dan bacaan Al-Fatihah untuk roh beliau. Antara guru-guru yang mula-mula meneraju pengajaran sekolah menengah sekolah ini ialah tuan pengetuannya sendiri, cikgu Atin Hj. Suhaimi, Cikgu Empurut Alui (Dari Tamparuli),Cikgu John Jeymi (Sabah), Cikgu Mohd. Zaid Kulop (Dari Kg. Masjid Tanah, Melaka), Encik Mansor Salleh (dari S'jung), Cikgu Salleh Bin ______(dari s'jung), Cikgu Seminding Jeymi,(Sabah),Cikgu Ramlan Menga (dari Kg. Lebak Moyoh, KB), Cikgu Alkesah Bin Bidin (dari Kg. Kaguraan, KB), Cikgu Azmi Mohamad (dari Johor) dan beberapa orang lagi.

Apabila bilangan pelajar-pelajar sekolah ini kian bertambah, sekolah ini diberi tapak baru di Kg. Taginambur, Kota Belud. Setelah beberapa tahun, sebuah bangunan baru dibina untuknya dan namanya pun dinaik taraf dari SMRK Narinang kepada SMK Narinang. (Terima kasih kpd penduduk Kg. Taginambur kerana memberi tapak sekolah dan penduduk kg. Narinang kerana memberi kuota sekolah serta kerajaan menyediakan peruntukan). Sama-samalah kita jaga bangunan sekolah ini dan nama baik sekolah ini.

Tahniah kepada kakitangan dan pelajar sekolah ini kerana berjaya mencipta beberapa nama yang boleh mengharumkan nama sekolah ini. Antaranya ialah menjadi JOHAN kumpulan tarian antara sekolah-sekolah menengah peringkat Negeri Sabah tahun 2017 termasuk sejak 2002. Bagi penilaian saya, kakitangan sekolah yang menjadi tonggak fizikal kejayaan kumpulan tarian itu ialah Puan Saili Sinuk, seorang Choreographer), Encik Madin Suanti, pengurus pasukan dan tak lupa juga pengetuanya. Pihak yang berkenaan dicadang memberi ganjaran sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan yang terlibat. Pihak sekolah/jabatan Pendidikan Sabah dicadang agar menghantar & membiayai beberapa orang pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan sebagai pelapis kepada jurulatih tarian dan sebagainya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini merupakan sekolah menengah terbaik dalam daerah Kota Belud.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang
Peti Surat 110
89158, Kota Belud
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-976571
Fax = 088-971476

Pautan luar[sunting | sunting sumber]