Sekolah Menengah Kebangsaan Oya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Oya
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Dalat, 96300, Dalat,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto
  • Cemerlang Terus Cemerlang
  • Home of Excellence
  • FANTASTIK!
DitubuhkanJun 2004
Nombor sekolah6084867885
Kod sekolahYEA3501
PengetuaCikgu Malihah Binti Sirat
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikTawaran Bin Gani
SingkatanSMK Oya
Faks6084867433


Sekolah Menengah Kebangsaan Oya (SMK Oya) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di KM 1, Jalan Oya-Mukah, Pekan Oya, Bahagian Mukah, Sarawak.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Oya telah ditubuhkan pada 3 Januari 2004 dan beroperasi secara menumpang fasiliti di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dengan 51 orang pelajar tingkatan 1, 6 orang guru dan 9 orang kakitangan sokongan. Pada 14 jun 2004, SMK Oya beroperasi sepenuhnya di tapak baru yang terletak di 1 KM dari Pekan Oya.

SMK Oya dibina secara ‘design and build’ di atas tapak dengan keluasan 20.615 hektar (50.95 ekar) dengan kos pembinaan berjumlah RM45 Juta. Pembinaan SMK Oya ini menjadikan ia sekolah menengah yang kedua dibina di Daerah Dalat dan yang kesepuluh di Bahagian Mukah.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

SMK Oya terbentuk daripada empat blok akademik empat tingkat yang merangkumi Pejabat Pentadbiran, Pejabat Guru, 43 buah kelas, bilik sejarah, bilik matematik, bilik seni, makmal Bahasa, makmal computer, bilik cetak, bilik serbaguna, bilik setiausaha peperiksaan, bilik kaunseling, pusat sumber, pusat akses, bilik kesihatan, bilik koperasi sekolah, bilik persalinan, ruang serbaguna, tandas dan stor am.

Selain itu, prasarana lain di SMK Oya ialah Bangunan Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Mini Kuliah, Kantin, tangka Air, Surau, Stor Sukan, Dewan Makan, Asrama, Flat Kediaman guru dan kuarters guru. Di samping itu, kemudahan rekreasi sekolah terdiri daripada padang bola sepak, padang hoki, gelanggang sepak takraw dan gelanggang bola jaring.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

  • 2018 - Juara Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Sarawak[2]

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua SMK Oya
No. Pengetua Tempoh
1 Cikgu Piel bin Hj. Adeng 7 Januari 2005-31 Julai 2009
2 Cikgu Awang Omar Ali bin Awang Yahya
3 Cikgu Suhaimi bin Mohd Mohtar
4 Cikgu Malihah Binti Sirat

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Oya
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Dalat
96300, Dalat
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084867885
Fax = 6084867433

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SMK OYA". sekolahmy.com. Dicapai 15 February 2019. 
  2. ^ "SMK Oya, Mukah juara Pertandingan Forum Remaja 2018 Peringkat Negeri". Utusan Borneo Online. 15 May 2018. Dicapai 15 February 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]