Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah KEA7017
Lokasi  Malaysia Km 11 Jalan Padang Sanai, Padang Terap
06300, Kuala Nerang,, Kedah Darul Aman
Telefon 6047860131
Faks 6047865716


Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap atau nama ringkasnya SMK Padang Terap, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 11 Jalan Padang Sanai, Padang Terap.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap memiliki 310 pelajar lelaki dan 294 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 604 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Sekolah Menengah Padang Terap (SMPT) bermula pada tahun 1985. Pada peringkat awal, SMPT menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang sehingga pertengahan tahun 1985. Waktu itu, hanya tiga kelas iaitu 1 kelas untuk tingkatan dua dan dua kelas untuk tingkatan satu. Pada pertengahan tahun 1985, sejarah baru bermula apabila semua pelajar dan guru memulakan persekolahan di bangunan SMPT yang terletak di Kampung Pong, Kuala Nerang, Kedah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Mendapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Membina Gajet Meja Makan Peringkat Antarangsa pada Jambori Kedah Ke-5.

Juara bertahan Johan selama 5 tahun berturut-turut dalam Pertandingan Forum Remaja peringkat Daerah Padang Terap bermula tahun 2014 sehingga 2018.

Johan Forum Remaja Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2014 dan 2016.

Naib Johan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2018.

Mewakili Kontijen Kedah ke Kem Kor-Kadet Polis Peringkat Kebangsaan pada tahun 2018 yang diwakili oleh Muhammad Saiful Najmi Bin Mohd Nazi.

Naib Johan Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Padang Terap pada tahun 2017 dan 2018.

Naib Johan Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Padang Terap pada tahun 2017 dan 2018.

Johan Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Padang Terap pada tahun 2016.

Johan Pertandingan Pidato Ekonomi pada tahun 2018.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap
Km 11 Jalan Padang Sanai, Padang Terap
06300, Kuala Nerang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047860131
Fax = 6047865716

Pautan luar[sunting | sunting sumber]