Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang
Fail:Logo Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang.png
Logo sekolah panglima
Lokasi
Jalan Sekolah, 34200, Parit Buntar, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU PENYULUH HIDUP
Nombor sekolah05-716-1161
Kod sekolahAEA3038
Pengerusi PIBGShamsuddin Bin Haji Rasidi
PengetuaHaji Mohd. Saad Bin Hashim
GPK Pentadbiran dan AkademikHajah Basirah Binti Mahamud
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHajah Junaidah Binti Nayan
Penolong Kanan KokurikulumHaji Shohor Bin Haroon
Faks05-717-5322


Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang atau nama ringkasnya SMK Panglima Bukit Gantang, merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sekolah, Parit Buntar, Perak. Sekolah ini diberi nama SMK Panglima Bukit Gantang kerana sekolah ini mengambil gelaran menteri besar Perak yang pertama iaitu Dato' Panglima Bukit Gantang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1969. Nama sekolah ini diambil sempena nama Menteri Besar Perak yang pertama sebelum merdeka iaitu Dato' Seri Haji Abdul Wahab Tok Muda Abdul Aziz (Dato' Panglima Panglima Bukit Gantang). Perasminya ialah Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub, Menteri Pelajaran pada ketika itu.

Kewujudan sekolah ini mendahului namanya pada 10 Januari 1966. Pelajar-pelajar dalam aliran melayu telah belajar di sekolah ini yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Parit Buntar.

Sebelum sekolah ini ditubuhkan, pelajar-pelajar aliran melayu mengikuti pelajaran mereka di sekolah Menengah Methodist, Parit Buntar sejak tertubuhnya Darjah Menengah Kebangsaan pada tahun 1962.

Pada permulaan pembukaannya, sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan setingkat yang mengandungi sebelas buah bilik darjah, sebuah bilik pengetua dan pejabat, sebuah bilik guru, dua buah makmal, sebuah bilik sains rumah tangga dan sebuah kantin dan tandas. Terdapat sebelas buah kelas yang menampung seramai 450 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 3.

Anak Panglima Yang Cemerlang[sunting | sunting sumber]

  • YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Perak)
  • YB Dato Sri Haji Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya)
  • YB Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak)
  • Tan Sri Dato' Ahmad Fuad Ismail (Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur)
  • Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahya (Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; MESTECC)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) 2014 Asrama Harian Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang atau dikenali sebagai ASHPAN telah mendapat Anugerah Asrama Terbilang bagi asrama sekolah harian .

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang
Jalan Sekolah,
34200, Parit Buntar,
Perak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]