Sekolah Menengah Kebangsaan Panji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Panji
Lokasi
 Malaysia Jln R.Perempuan Zainab II, 16100, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMEWUJUBKAN “TEAM WORK” DALAM USAHA MENGEMBANGKAN POTENSI SEKOLAH DAN MURID
DitubuhkanJanuari 01, 1984
Nombor sekolah6097737161
Kod sekolahDEA1137
PengetuaTn Hj Zakaria bin Chek (1984-*) = Pn Hjh Firdus Bt Shikh Jaafar (2008-2010)
Faks6097747813


Sekolah Menengah Kebangsaan Panji atau nama ringkasnya SMK Panji, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jln R.Perempuan Zainab Ii.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Panji memiliki 807 pelajar lelaki dan 716 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1523 orang. Ia mempunyai seramai 118 orang guru.Ketua Pelajar pada masa itu dipegang oleh adik Fikhrul Haikal.2009

Pada 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Panji memiliki 847 pelajar lelaki dan 712 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1628 orang. Ia mempunyai seramai 118 orang guru.Pengetua pada masa itu ialah Pn Hjh Firdus Bt Shikh Jaafar dan Pen. Kanan Pentadbiran ialah Pn Setawa @ Siti Hawa bt Mat.Ketua Pelajar pada masa itu dipegang oleh adik Mohd Aiman.2010

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Panji mula dibuka pada 1 Januari 1984 di kawasan seluas 18 ekar di Kampung Panji . Kawasan tapak sekolah ini asalnya adalah sawah padi yang telah ditebus guna. Pada permulaannya, sekolah ini terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat dan satu bangunan Bengkel Seni Perusahaan serta satu bangunan kantin. Terdapat dua padang bola yang sangat selesa untuk kegiatan sukan. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn Hj Zakaria bin Chek dengan seramai 10 orang guru tetapi tiada kakitangan sokongan yang melaporkan diri pada awal pembukaannya. Namun pada 15 Januari 1984, En. Razali bin Mamat, kakitangan sokongan yang pertama melaporkan diri telah mula bertugas. Seramai 99 orang murid tingkatan 1 mendaftarkan diri dengan 4 buah kelas dibuka daripada beberapa buah sekolah rendah sekitar seperti SK Panji dan SK Tapang.

Lencana dan tafsiran[sunting | sunting sumber]

Perisai
Melambangkan benteng diri untuk menghadapi cabaran masa kini.
Warna Merah
Melambangkan keberanian, ketabahan dan kecekalan
Warna Kuning
Melambangkan rakyat Malaysia bernaung di bawah sebuah Negara beraja yang berdaulat.
Dua Panji/Bendera
Melambangkan usaha untuk mengangkat martabat masyarakat sekitar, setanding dengan orang lain.
Bumi/Glob
Melambangkan warga SMK Panji bersedia dan berani menghadapi cabaran globalisasi.
Tangkai Padi
Melambangkan kepentingan produktiviti yang terhasil.
Cogankata

"Berilmu, Beramal, Bertakwa" adalah falsafah yang menjadi pegangan warga SMK Panji kerana hanya dengan ilmu yang diamalkan dan berserah diri kepada Allah s.w.t mampu menjadikan seseorang itu insan bertaqwa dan diredhai dunia dan akhirat.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Panji
Jln R.Perempuan Zainab II
16100, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097737161
Fax = 6097747813
Facebook = http://www.facebook.com/smkpanji?sk=app_4949752878

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Jalan Raja Perempuan Zainab II, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-7737161 Fax: 09-7747813 Email: smkpanji@yahoo.com