Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang (2)
Lokasi
JALAN MAWAR PUTIH, TAMAN MAWAR, 81700 PASIR GUDANG, Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah07 - 2523955
Faks07-2551755


Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang (2) atau nama ringkasnya SMK Pasir Gudang (2), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pasir Gudang,Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dibangunkan pada Disember 1993, SMK Pasir Gudang (2) pada awalnya menumpang di bangunan SMK Pasir Gudang. Bermula dengan sekolah satu sesi, Pada 25 April 1995 SMK Pasir Gudang (2) mula beroperasi di bangunan sendiri . Kini mengorak langkah dalam menjadikan SMK PG(2) sebagai salah sebuah sekolah yang dikenali dan tersohor di Pasir Gudang.


Sejak tahun 1996 sehingga kini dua sesi persekolahan telah diwujudkan. Sekolah ini mula menerima calon PMR pada tahun 1995 dan calon SPM pada 1997. Manakala calon SPTM pula buat julung kalinya pada tahun 2004. Prestasi akademik sekolah terus memberangsangkan apabila pencapaian PMR dan SPM terus meningkat dari tahun demi tahun dari segi kualiti dan kuantiti.

Dalam bidang ko kurikulum juga, sekolah ini juga banyak terlibat dengan aktiviti peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. SMKPG2 terus unggul dalam perkembangan prasarana yang kini mempunyai surau, dewan, astaka, tandas terbuka dan pondok rehat.

Sepanjang 20 tahun penubuhannya, SMK PG(2) telah diterajui oleh 4 orang pengetua iaitu Tn Hj Selamat, En Lim, En Abd Wahid Yahyin dan kini diterajui pula oleh Pn Hjh Zainab Johari. Semoga SMKPG2 terus melebarkan sayapnya menjadi sekolah terunggul dan berprestasi tinggi bukan sahaja di daerah Pasir Gudang malahan di peringkat Malaysia.


Alamat sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang (2)
JALAN MAWAR PUTIH, TAMAN MAWAR
81700 PASIR GUDANG
JOHOR
Telefon = 07 - 2523955
Fax = 07-2551755


Pautan luar[sunting | sunting sumber]