Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar
Lokasi
Km 7 Jalan Gambang, 25150, Kuantan,, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Beramal Berbakti
Nombor sekolah6095365509
Kod sekolahCEA4026
PengetuaHAJAH ROZITA BINTI ISMAIL
GPK Pentadbiran dan AkademikHASIFAH BINTI ABDUL JALIL
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridROSMAN BIN ABDUL RAZAK
Penolong Kanan KokurikulumRABUAN BIN ABD RAHMAN
Faks6095362076
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar atau nama ringkasnya SMK Paya Besar, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 7 Jalan Gambang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar memiliki 596 pelajar lelaki dan 575 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1171 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009 Di sekolah ini juga terdapat kelas aliran agama (KAA).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar adalah sebuah sekolah luar bandar dalam daerah Kuantan. Ia terletak 7 kilometer dari bandar Kuantan, Pahang, ditapak seluas 8 ekar. Nama sekolah ini diambil sempena nama tempat iaitu Paya Besar. Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, telah dibuka secara rasmi pada 16 November 1982. Pengetuanya yang pertama ialah En. Nordin b Omar dan Penolong Kanannya ialah En. Chong Hui Sheong.

Sesi persekolahan bermula pada 3 Januari 1983. Pada ketika itu, hanya terdapat 11 orang tenaga pengajar dan pelajarnya pula seramai 143 orang. Sekolah ini mula beropersi dengan hanya menggunakan kemudahan sebuah bangunan 3 tingkat (Blok A), pejabat sekolah, sembilan buah kelas dan lain-lain bilik. Lima buah kelas tingkatan satu dan sebuah kelas peralihan dibuka, yang menempatkan 32 orang pelajar setiap kelas.

Serentak dengan itu, Jemaah Pengelola telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyenggara hal-ehwal sekolah. Jemaah ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Husin bin Ismail dan Naib Pengerusinya pula adalah Encik Siew Hock.

Pada tahun 1984, jumlah pelajar telah meningkat seramai 430 orang. Sehubungan itu, jumlah tenaga pengajar juga turut bertambah kepada 21 orang. Jumlah kelas juga bertambah menjadi 13 buah kesemuanya.

Pada 17 Mac 1984, PIBG ditubuhkan untuk bersama-sama pihak sekolah membantu meningkatkan pencapaian akademik, tahap disiplin pelajar dan menaikkan imej sekolah dikalangan masyarakat setempat, Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Yang Dipertua PIBG ketika itu ialah Encik Omar bin Bakar dan Encik Abdul Latif bin Mohammad Isa pula selaku Naib Yang Dipertuanya.

Pada tahun 1985 pula, bilangan pelajar terus meningkat menjadi 680 orang. Pertambahan ini menyebabkan keperluan bilik kelas tidak mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini sekolah dua sesi dibuka, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pertambahan bilangan pelajar, bermakna bilangan tenaga pengajar turut bertambah menjadi jumlahnya seramai 37 orang, itu 33 orang guru tetap dan 4 orang guru sandaran. Sementara itu, pengetua pertama telah bertukar dan diganti oleh pengetua baru iaitu Encik Shamsudin bin Abu Bakar.

Memandangkan keperluan kelas semakin mendesak, sebuah bangunan satu tingkat (Blok B) yang terdiri daripada tiga buah kelas dibina secara gotong royong pada tahun 1986. Pada tahun 1989 sebuah bangunan (Blok C) yang terdiri daripada 8 bilik kelas siap dibina. Sehingga tahun 1991 sekolah ini terdapat tiga blok bangunan iaitu Blok A, Blok B dan Blok C dengan kemudahan 19 bilik kelas, sebuah Bilik Lukisan, sebuah Bilik Pusat Sumber, sebuah Bilik Masakan, sebuah Bilik Jahitan, dua Makmal Am, sebuah Bilik Guru, sebuah Koperasi Sekolah, sebuah Bilik Komputer, sebuah Bilik Kaunseling, Kantin Sekolah, Surau dan Bengkel Kemahiran Hidup. Kesemua kemudahan ini untuk menampung keperluan dan kemudahan 1267 orang pelajar dengan dibantu oleh 62 guru.

Pada tahun 1993 dua buah bangunan baru (Blok G dan Blok H) siap dibina dengan kemudahan tiga buah bilik Makmal Sains Tulen, sebuah bengkel Kemahiran Hidup dan 20 buah kelas. Kemudahan fizikal sekolah ini berjaya memberi kemudahan dan keselesaan kepada 1175 orang pelajar.

Selain daripada kelas biasa dan pelajar normal, sekolah ini juga memberi peluang kepada pelajar istimewa untuk menimba ilmu. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran (PKBP) telah dibuka pada 4 Januari 1999 dengan bilangan pelajar seramai 6 orang di bawah bimbingan 2 orang guru. Mereka ini dalam kategori lembam, down sindrown dan pelajar inklusif. Pada tahun 2010, jumlah pelajarnya seramai 44 orang dengan guru seramai 9 orang dan Pembantu Pengurusan Murid seramai 2 orang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar telah berubah dari sebuah sekolah kerdil dalam aspek kemudahan asas, bilangan pelajar dan guru serta pencapaian-pencapaiannya kepada sebuah sekolah yang hebat dan terbaik di daerah Kuantan dan negeri Pahang amnya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

KEJAYAAN SMK PAYA BESAR

Tahun 1997 – JOHAN 3K –Keselamatan,Kebersihan dan keceriaan

Tahun 1998 – JOHAN Anugerah Sekolah Harapan Negeri Kategori Luar Bandar

Tahun 1999 – NAIB JOHAN PERTAMA – Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan 1999

Tahun 2005 – JOHAN 3K – Sekolah Selamat Peringkat Negeri Pahang

Tahun 2006 – JOHAN Kantin Ceria Daerah Kuantan

Tahun 2007 – Anugerah Gading Bersilang – Lonjakan Saujana STPM Terbaik Negeri Pahang

Tahun 2007 – Pelajar Cemerlang STPM Peringkat Kebangsaan ASNARITA BT TARMIZI

Tahun 2008 – Anugerah 3K (Keselamatan) Daerah Kuantan

Tahun 2008 – Abdul Syukor b Ismail (Pend.Khas) Mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Asia Di Jepun Pencapaian : Gangsa acara 100m & Emas acara 2 x 100m

Tahun 2009 – Allahyarhamah Pn Kamisah bt Sani Naib Johan Guru Inovasi & Inovatif Peringkat Negeri Pahang

Pn Noraini bt Mohd Nor Anugerah Kualiti Biasiswa Unit Hal Ehwal Murid JPNP

Tahun 2011 – Pasukan Pandu Puteri Berjaya melayakkan diri menjadi 5 calon terbaik ke peringkat kebangsaan Kategori Badan Beruniform Cemerlang Sekolah Menengah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar
Km 7 Jalan Gambang
25150, Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095365509
Fax = 6095362076
http://smkpayabesar.blogspot.com/
http://www.facebook.com/smkpayabesar

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[[1]