Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok
Lokasi
Peti Surat 241, 89209, Tuaran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berakhlak, Berwawasan
Nombor sekolah608812838
Kod sekolahXEA4301[1]
PengetuaDr. Rutil bin Taising
GPK Pentadbiran dan AkademikTn Hj Jafri
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Ritah Bukim
Penolong Kanan KokurikulumEn Michael Sungkad


Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok atau nama ringkasnya SMK Pekan Telipok, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Telipok, Sabah, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok memiliki 471 pelajar lelaki dan 464 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 935 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok adalah sebuah sekolah menengah harian yang terletak di Tuaran, Sabah. Ia telah dibuka secara tidak rasmi pada 1 Disember, 1989. Sekolah terhasil ekoran satu projek kilat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi menampung pelajar yang berlebihan di daerah Tuaran. Pada awal penubuhannya, sekolah ini tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik dan sistem jalan raya yang sempurna. Pada waktu itu, ia hanya memiliki hanya tiga buah kelas dengan bilangan pelajar seramai 86 orang, 6 orang guru dan 2 orang kerani.[2]

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Pekan Telipok
Sekolah kebanggaan kami
Sejarahmu kami kenangi
Kebangkitan mu dirasai
Akan kami jaga namamu
Akan kami harumkan namamu
Menjulang ilmu dan budi
Mengangkat martabat insan*
Ayuh kita rapatkan barisan
Bersama eratkan perpaduan
Membentuk warga sekolah harmoni
Budaya ilmu tetap kami sanjungi
Majulah sekolahku
Menuju puncak kecemerlangan
Rintangan bukan halangan
Jadikan ia satu cabaran
Berilmu, Berakhlak, Berwawasan
Itulah teras sekolah kami
Berilmu, Berakhlak, Berwawasan
Dirgahayu SMKPT…

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok
Peti Surat 241
89209, Tuaran
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088812838

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]