Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II
Lokasi
Peti Surat 292, 89857, Sipitang,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSepakat Memburu Kegemilangan
Nombor sekolah6087822068
Kod sekolahXEA6202
Pengerusi PIBGRaihani binti Sinjam
PengetuaAnnie binti Sawali
Faks6087822037


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II atau nama ringkasnya SMK Pengiran Omar II, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 292.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II memiliki 473 pelajar lelaki dan 407 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 880 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II terletak kira-kira enam kilometer dari Pekan Sipitang. Sekolah ini telah mula dibina pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada tahun 2005. Pembinaan sekolah ini merupakan salah satu projek di bawah RMK-9 dengan perbelanjaan kira-kira 11 juta billion yang dipertanggungjawabkan kepada Jasamu Development Sdn. Bhd.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II merupakan sekolah menengah ketiga di Daerah Sipitang selain SMK Pengiran Omar dan SMK Padang Berampah. Pembinaan sekolah ini adalah bertujuan untuk menampung bilangan pelajar yang kian bertambah dari tahun ke tahun khususnya di Daerah Sipitang.

Pada tanggal 01 Ogos 2006, sekolah ini telah mula beroperasi dengan menempatkan lebih kurang 523 orang pelajar dari sekolah-sekolah menengah yang berdekatan. Pengetua sulung bagi sekolah ini ialah Encik Alim Muntu @ Alfred. Beliau dibantu oleh 23 orang guru dan 5 orang Anggota Kumpulan Sokongan. Pada awalnya, kelas-kelas yang dibuka ialah tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat sahaja. Penempatan awal ini hanya menggunakan 16 buah kelas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II
Peti Surat 292
89857, Sipitang
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087822068
Fax = 6087822037

Pautan luar[sunting | sunting sumber]