Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang
Lokasi
Pasir Penambang, KUALA SELANGOR, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0898999778
Kod sekolahBEA3082
Faks0332893611


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang atau nama ringkasnya SMK Pengkalan Permatang , merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Pasir Penambang dalam Daerah Kuala Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang memiliki 494 pelajar lelaki dan 443 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 937 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibina di atas tapak Ladang Loke Yew di Pasir Penambang dengan keluasan 15 ekar bermula  pada tahun 1990. Tiga Blok  Bangunan Tiga Tingkat dengan  kelengkapan 18 bilik darjah , 4 makmal sains lulus untuk digunakan pada 1 hb Disember 1991 dengan nama SMK Pasir Penambang dan memulakan sesi persekolahan dengan 117 pelajar Tingkatan 1 pada Januari 1992.

Satu  Blok Bangunan Setingkat Bengkel KHB siap digunakan pada tahun 1994 dan mendapat kelulusan pendaftar untuk ditukar nama  kepada SMK Pengkalan Permatang pada 17 hb Mei 1994.

Sekolah ini memulakan Program Percantuman Pendidikan Khas/Kelas Pendidikan Khas Intergrasi pada 3 hb Januari 1996. Pada Januari 2002 bengkel MPV-SRT siap dibina dan memulakan elektif Mata Pelajaran Vokesyional (MPV) untuk mata pelajaran Seni Reka Tanda (SRT)dan Menservis Peralatan Elektrik Domestik.(MPED).

Pada tahun 2002 juga gred sekolah telah dinaikkan  daripada sekolah gred  B menjadi sekolah gred A  dan  mendapat kelayakan perjawatan  4 Guru kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang).

Satu Blok Bangunan Tiga Tingkat  dengan kelengkapan 10 bilik darjah dan dan satu makmal sains siap digunakan pada 21 hb November 2002.  Pada tahun 2003 Makmal Komputer juga telah siap dibina.

Pada 16 hb. Ogos 2004 memulakan kelas Tingkatan  6 Rendah dan Januari 2006 menjadi Pusat Latihan Kecemerlangan Sukan Teras Olahraga dan Hoki. Surau dan Pusat Akses (Cyber)  telah siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007 .

Pada November 2007, kontraktor yang bertanggungjawab telah   memulakan pembinaan 2 blok empat  tingkat, 2 rumah warden dan satu dewan makan untuk asrama sukan di atas tanah 3 ekar yang diambil dari kawasan SMK Agama.  Asrama ini telah disiapkan pada  Mac 2009.

Bermula Januari  2008, sekolah   mendapat pertambahan jawatan kenaikan pangkat PPPS DG 52, DG48, DG 44 untuk semua guru yang mengajar Tingkatan VI.

Tahun 2008 pula menyaksikan pertambahan jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) seramai 3 orang.  Mereka ditempatkan di Kelas Pendidikan Khas.

Mulai sesi persekolahan 2009, sekolah ini menawarkan aliran agama bagi Tingkatan 4 dengan pertambahan subjek dan penerimaan pelajar-pelajar baru.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan,  Malaysia
Telefon = 0332897524
Fax = 0332893611

Pautan luar[sunting | sunting sumber]