Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun
Lokasi
Malaysia Km.16, Jalan Cheras, Cheras, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU DAN BERAMAL
Ditubuhkan1989
Nombor sekolah0390745828
Kod sekolahBEA4611
Faks0390745828


Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Cheras, Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 3 Januari 1989. Di awal penubuhan, SMK Perimbun menumpang di SMK SAAS, Kajang selama dua tahun. Seterusnya pada 1 Disember 1990, pelajar-pelajar ditumpangkan di SRK Taman Cuepacs selama empat bulan, sebelum dipindahkan ke bangunan tetap yang berdiri megah sekarang ini.

SMK Perimbun menyediakan pembelajaran kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam (bawah & atas). Sesi pembelajaran terbahagi kepada dua, iaitu sesi pagi dan petang.

SMK Perimbun banyak memenangi anugerah-anugerah di peringkat zon, daerah dan juga negeri, serta Sekolah Harapan Negara pada tahun 2004. SMK Perimbun telah banyak menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang di bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Senarai pengetua SMK Perimbun:

  1. En. Mohad Daud Bin Lapuh (2.1.1989 - 29.2.1991)
  2. En. Md. Som Bin Abdullah (1.3.1991 - 30.11.1994)
  3. Puan Hajah Yasmin Bhee binti Mohd Hassan (01.12.1994 - 30.5.1998)
  4. Puan Hajah Jamelah binti Haji Mansor (01.06.1998 - 31/12/2008)
  5. Puan Hajah Petri Noor Jaliah binti Megat Adnan (01.01.2009 - 27.12.2014)
  6. En Ishak bin Abdullah(28.12.2014 - 2016)
  7. Mohamad Thani bin Mohamad Ibrahim (2016 - 2019)
  8. Puan Hajah Norehan binti Abdul Sanni (2019 - 2024)

9.Puan Rose Azliza binti Sustrisno (2025)

10.Puan Noralina binti Ishak (2025-Kini)

Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun,

[sunting | sunting sumber]
KM 16,
Jalan Cheras,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon = 0990745828
Fax = 0390745828

Maklumat SPM

[sunting | sunting sumber]