Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis
Lokasi
Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1960
Nombor sekolah6049761024
Kod sekolahREB0058[1]
Faks6049779686
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis atau nama ringkasnya SMK Perlis, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi.

Sejarah sekolah[2][sunting | sunting sumber]

Perintis bagi penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis ialah mendiang Por Swee Giap (bekas wakil rakyat). Beliau berjaya mengadakan mesyuarat penubuhan sekolah ini di Dewan Perniagaan Cina Kangar pada 18 Januari 1959. Pada 18 Mei 1960, Encik Por Swee Giap dan beberapa orang ahli jawatankuasa telah berbincang dengan Pengarah Kedah/Perlis ketika itu, Encik Watt, dan pada 6 Disember 1960, persetujuan rasmi telah diperoleh dari pihak kerajaan untuk menubuhkan sekolah ini. Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 1961 dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Perlis menggunakan beberapa buah kelas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik, Kangar yang pada ketika itu bertempat di perhentian bas sekarang (berhampiran The Store).

Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini mempunyai 72 orang pelajar yang ditempatkan dalam dua buah kelas iaitu kelas Peralihan. Guru Besar yang pertama adalah Encik Tham Kam Wah dan beliau dibantu oleh dua orang guru. Pada tahun 1962, bilangan pelajar bertambah menjadi 196 orang dengan lima kelas dan tujuh orang guru. Hanya pelajar yang mendapat keputusan pangkat A dan B di sekolah rendah sahaja yang dibenarkan masuk belajar di sekolah ini pada masa itu.

Pada tahun 1963, sekolah ini mempunyai 283 orang pelajar, dibahagikan kepada tiga kelas dengan 13 orang guru dan seorang kerani. Untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, pihak sekolah tepaksa meminjam 13 buah kelas, 11 buah sebagai bilik darjah, sebuah untuk pejabat dan sebuah lagi untuk perpustakaan. Oleh sebab kekurangan bilik darjah, pihak sekolah menukar waktu belajar pada waktu petang di tempat yang sama.

Pada bulan Februari, dua orang tauke cina iaitu Encik Ong Ngain Chooi dan Encik Saw Oh Tow telah mendermakan sekeping tanah di Jalan Raja Syed Alwi sebagai tapak pembinaan sekolah (tapak sekolah sekarang). Kutipan derma daripada orang awam dan pihak kerajaan telah membolehkan pihak pembinaan dua blok bagunaan satu tingkat dan pada 2 Jun 1964, sekolah berpindah ke tapak sekolah sekarang. Semua pelajar dapat belajar di bangunan baharu sekolah yang mempunyai 12 buah bilik, lapan buah sebagai bilik darjah, dua bilik untuk pejabat, sebuah untuk perpustakaan dan sebuah lagi untuk makmal sains. Memandangkan bilik darjah tidak mencukupi, dua kelas Tingkatan 3, 3 kelas Tingkatan 2 dan 3 kelas Tingkatan 1 belajar pada sesi pagi, manakala satu kelas Tingkatan Satu dan empat kelas tingkatan peralihan belajar pada sesi petang.

Majlis perasmian bagunan sekolah telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato Menteri Besar Negeri Perlis mewakili Y.T.M. Tengku Suleiman Ibni Almarhum Tengku Bendahara Abu Bakar, pemangku Raja Perlis. Pada 8 Ogos 1964, Tun Tan Siew Sim, Menteri Kewangan Malaysia telah melawat sekolah ini.

Pasukan pancaragam sekolah ini ditubuhkan oleh pengetua ketika itu, Encik Chee Kok Wah, pada 24 Mei 1980. Pada tahun 1999, pasukan ini mencipta sejarah dengan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan dan Drum Majorette. Pada 17-18 April 2010, pasukan ini mendapat johan dalam Pertandingan Drumline Peringkat Zon Utara anjuran Celcom. Pada 26 Jun 2010, konsert pancaragam SMK Perlis telah diadakan di Dewan SRJK (C) Khoo Aik, Kangar untuk mengutip derma bagi membeli dan menyelenggara peralatan musik serta membiayai kos jurulatih.

Pada bulan Ogos 1991, Encik Soo Ah Ba, pengetua yang paling lama bertugas di sekolah ini iaitu selama 13 tahun, memulakan tugas beliau. Pada tahun 1998, SMK Perlis telah dinaik taraf sebagai sekolah gred A dan mulanya kelas Tingkatan 6 aliran sains. Pada tahun 2001, kelas Tingkatan 6 rendah aliran sastera telah dimulakan. Dua blok bangunan 4 tingkat telah dibina pada atas usaha pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Perlis. Pembinaan sekolah siap dalam masa 6 bulan sahaja sebelum bermula sesi persekolahan tahun 2002. Pada tahun ini juga, atas inisiatif PIBG pembinaan surau sekolah telah disiapkan.

Satu blok makmal komputer dua tingkat telah dibina pada bulan Disember 2003 dan siap pada 7 Mei 2004. Pada bulan Disember 2005, banjir melanda negeri Perlis termasuk sekolah ini. Pada tahun 2007, SMK Perlis mempunyai pelajar seramai 1665 orang yang terdiri daripada berbilang kaum yang ditempatkan dalam kelas dari Tingkatan Satu ke Tingkatan 6 atas satu sesi dengan staf seramai 108 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.

Pelancaran Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Perlis diadakan pada tahun 2008 dan dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Pada 1 Mac 2010, Program Titian Kasih Mega dan perasmian makmal computer (anjung siber) telah diadakan dan disempurnakan, juga dirasmikan oleh baginda. Banjir melanda sekolah ini sekali lagi pada 2 November 2010 dan 30 Mac 2011.

Sehingga bulan Julai 2011, bilangan pelajar sekolah ini ialah 1342 orang, iaitu 683 lelaki dan 659 perempuan.

Misi sekolah[3][sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis berazam dan berusaha menjadi Sekolah Bestari yang terunggul berasaskan:

  • Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang sistematik dan berkualiti berasaskan kepada ciri-ciri kreatif dan inovatif.
  • Meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar.
  • Meningkatkan kemahiran dan penguasaan guru serta pelajar dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selaras dengan era globalisasi.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Menyediakan iklim sekolah yang positif, kondusif dan berdisiplin ke arah mewujudkan situasi yang harmoni dan sejahtera.
  • Membina sikap proaktif, responsibiliti, akauntabiliti dan kolaboratif dalam kalangan guru bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Lagu sekolah[4][sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010 lagu sekolah yang baharu berjudul “SMK Perlis” telah dicipta oleh guru muzik sekolah ini, Encik Johari Din.[2]


Pendidikan ke arah kecemerlangan

Inilah visi berwawasan

SMK Perlis sentiasa berusaha

Untuk bangsa dan Negara

Cekap gigih dan sabar menuju wawasan

Muhibah untuk perpaduan

SMK Perlis sentiasa berusaha

Untuk bangsa dan Negara


(ulang 2x)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]