Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai
Lokasi
Bonglai Pida 3, Tunjang, 06000, Jitra, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU, DISPLIN, BAKTI
Nombor sekolah6047949449
Kod sekolahKEA4059
PengetuaTuan Haji Md Zin bin Hj Abu Bakar
Faks6047942024


Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai atau nama ringkasnya SMK Permatang Bonglai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pida 3, Tunjang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai memiliki 280 orang pelajar lelaki dan orang 229 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 509 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini bermula dengan rasminya pada 2 Januari 1997. Sekolah ini diasaskan dan diterajui oleh Tuan Haji Mohd Desa Osman, Pengetua yang pertama. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana dengan menggunakan 4 buah bilik darjah sahaja. Akibat penambahan pelajar setiap tahun maka pada 31 Disember 1981, Encik Ooi Hay Ther dilantik sebagai Penyelia di cawangan baru di Sekolah Kebangsaan Megat Dewa dan satu lagi di Sekolah Kebangsaan Pida 3.

Mulai Mac 1984, semua pelajar di cawangan dikumpulkan di dua buah bangunan baru pasang siap yang dibina dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana. Sekolah ini mula menggunakan bangunan sendiri pada 15 April 1992.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Tuan Haji Mohd Desa bin Osman 1997 – 1979
  2. Encik Mahadzir bin Long 1980 – 1984
  3. Encik Zainal bin Abdul Rahman 1984 – 1986
  4. Tuan Haji Mohd Nordin bin Harun 1986 – 1991
  5. Encik Abdul Wahab bin Hussain 1991 – 1992
  6. Tuan Haji Shahidan bin Abdul Rahman 1993 – 1995
  7. Tuan Haji Salleh bin Shuib 1995 – 1998
  8. Puan Hajah Asiah bt. Othman 1998 – 2005
  9. Tuan Haji Zakuwan bin Talib 2005 – 2008
  10. Puan Hajah Ku Hamidah bt. Ku Yaacob 2008 – 2010
  11. Puan Hajah Noriah bt. Mohamad 2010 – 2011
  12. Tuan Haji Md Zin bin Hj Abu Bakar 2011 - 2012
  13. Puan Hajah Norisan Binti Karim 2012 - 2017
  14. Puan Noor Azahariah binti Zainon 2017 - sekarang


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai
Pida 3 Tunjang
06000 Jitra,
Kedah,  Malaysia
Telefon = 6047949449
Faks = 6047942024

Pautan luar[sunting | sunting sumber]