Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1)
Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1).jpg
Lokasi
 Malaysia Jalan PU5, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSentiasa Gemilang
Nombor sekolah0380607592
Kod sekolahBEA8636
Pengerusi PIBGNorhafizan Ahmad
PengetuaDatin Norliza Bt Tarmizi
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikAida Mustafa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRozainah Bt Mat Shah
Faks0380607597


Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1) atau nama ringkasnya SMK Puchong Utama (1), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan PU5, Bandar Puchong Utama.

Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1) memiliki 1427 orang pelajar lelaki dan 1403 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2830 orang. Ia mempunyai seramai 172 orang guru.2019

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMKPU (1) dibuka secara rasminya pada 1 Januari 2001. Ia bermula dengan seramai 394 orang pelajar (14 buah kelas) dan 57 orang pelajar kelas peralihan (2 kelas). Jumlah ini bertambah dari hari ke hari. Hari ini, jumlah tersebut hampir mencecah 3000 orang pelajar.

Pengetua sekolah ialah En Mohd Mahmudi bin Bakri. Pn Maimun binti Mohamed dan En Mohd Yusof bin Ibrahim menyertai pentadbiran sebagai Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Tuan Hj Mohd Mujab bin Sukaimi pula kemudiannya dilantik sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Dalam bulan Mei 2003, Pn Rohani binti Mohd Noor, menggantikan Pn Maimun yang bertukar ke Sarawak.

Pada bulan Januari 2004, SMKPU (1) memulakan sesi persekolah petang dengan Pn Lailiah binti Harun sebagai Penolong Kanan Petang. Sesi Petang bermula dengan 12 buah kelas Tingkatan 1.

Kemudiannya pada tahun 2010, Pn Ismariah binti Ismail telah menggantikan Tn Hj Mohd Mujab bin Sukaimi yang bertukar ke Institut Aminuddin Baki.

[sunting | sunting sumber]

Makna logo sekolah adalah seperti berikut:

Warna kuning - melambangkan keagungan, keunggulan dan menjunjung kedaulatan negara

Warna biru -,melambangkan perpaduan, muhibbah dan cinta akan negara

Warna ungu - melambangkan kekuatan daya usaha, kemesraan dan kebijaksanaan

Warna putih - melambangkan kesepaduan dan cinta akan kebersihan

Ketua Murid[sunting | sunting sumber]

2015 – Mithraa

2016 – Muhammad Alif Iman bin Fuad Ady Sany

2017 – Alif Izzuddin

2018 – Hussaini

2019 - Mohd Asri

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1)
Jalan PU5, Bandar Puchong Utama
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-80607592
Faks = 03-80607597

Pautan luar[sunting | sunting sumber]