Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 14604, 88852, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088475310
Kod sekolahXEA4042
Faks6088228651


Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya atau nama ringkasnya SMK Pulau Gaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di berhadapan dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya memiliki 336 pelajar lelaki dan 341 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 677 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya ditubuhkan pada 1 Februari 1989 dan operasinya dijalankan secara menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya yang terletak bersebelahan dengan sekolah ini. Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha Pengarah Pendidikan Sabah pada masa itu, Datuk Haji Mahpor Baba serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Datuk Sri Panglima Dr. Haji Hasbullah Haji Mohd Taha bagi menyediakan keperluan pendidikan untuk penduduk di Pulau Gaya dan sekaligus dapat mengurangkan tumpuan pelajar yang berada di Pulau Gaya ke sekolah-sekolah yang berada di pusat bandar Kota Kinabalu.

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai satu blok dan mengandungi 7 bilik untuk menampung 5 kelas tingkatan satu dan 2 kelas untuk tingkatan 2. Jumlah pelajar pada masa itu ialah 200 orang dengan 9 orang tenaga pengajar. Bangunan sekolah yang mengandungi 7 bilik kelas ini siap sepenuhnya pada September 1989. Mulai dari saat itu, pelajar SMK Pulau Gaya mula menggunakan bangunan sekolah sendiri sehingga sekarang.

Selaras dengan pertambahan bilangan pelajar, pihak Jabatan Pendidikan Sabah telah meluluskan peruntukan untuk membina beberapa buah bangunan baru sebagaimana yang tercatat di jadual di bawah ini. Pada 26 Disember 1996, sekolah ini telah dilanda ribut Greg yang telah memusnahkan sebahagian besar bangunan sekolah ini. Namun begitu atas daya usaha Pengetua pada masa itu, Tuan Haji Mat Yunus Awang bersama Jabatan Pendidikan Sabah telah mendirikan semula kemudahan fizikal sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya
Peti Surat 14604
88852, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088475310
Fax = 6088228651

Pautan luar[sunting | sunting sumber]