Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak
Logo SMK PPP Tun Razak
Lokasi
 Malaysia Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoOne Family, One Vision, One Goal
Nombor sekolah+6094718605
Kod sekolahCEA 2051
PengetuaEn. Mohamad Fauzi Bin Yaakob
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Nor Aida Binti Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Azida Binti Abu Kasim
Penolong Kanan KokurikulumEn. Rosli Bin Md Rashid
Faks+6094719200
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak atau nama ringkasnya SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak atau SMK PPP Tun Razak, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di kompleks Pusat Penyelidikan Pertaniangan penyelidikan pertanian khasnya tanaman sawit. Sekolah ini dikelilingi oleh Tanah Rancangan FELDA seperti Felda Sungai Tekam Utara, Felda Sungai Tekam, Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4. Ianya terletak lebih kurang 25 km dari Bandar Jerantut dan 22 km dari Bandar Pusat Jengka. Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak memiliki 409 pelajar lelaki dan 367 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 776 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru. [1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja pembinaannya dijalankan pada Oktober 1999 di atas tapak seluas 20 ekar. Sekolah ini mula menerima pelajar pada 31 Januari 2001. Warga SMK PPP Tun Razak yang sulung terdiri daripada 81 orang pelajar Tingkatan 1, 11 orang guru dan 3 orang kakitangan sokongan. Oleh kerana pembinaan bangunannya belum disiapkan, warga SMK PPP Tun Razak tersebut terpaksa menumpang di SK PPP Tun Razak dan pada 4 Februari 2002, warga SMK PPP Tun Razak berpindah ke sekolah sendiri.

Pada tahun 2003, seramai 106 pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksan PMR dan pada tahun 2005 pula seramai 92 orang pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan SPM yang pertama. Pada tahun 2005 pula telah dibuka kelas Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara. Pada tahun 2003 pembinaan bangunan asrama telah dimulakan dan pada tahun 2006 asrama sekolah ini telah diduduki. Sekolah ini juga mula menempatkan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) sejak tahun 2003.

Pada tahun 2008, sekolah ini telah dijadikan Sekolah Rancangan Khas (FELDA). Ia menempatkan pelajar-pelajar cemerlang dari Rancangan Tanah FELDA daerah Jerantut. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar dari SK PPP Tun Razak dan SK Sungai Tekam masih dibenarkan bersekolah di sekolah ini. Pada 5 April 2013, SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak.

Pencapaian Akademik[sunting | sunting sumber]

Pencapaian PMR Pencapaian SPM
Tahun Peratus Lulus GPS Peratus Lulus GPS
2003 87.70 2.17 - -
2004 85.20 2.35 - -
2005 92.93 1.96 97.80 5.53
2006 92.30 2.08 98.04 5.19
2007 87.85 2.05 100 4.35
2008 91.60 1.97 100 4.12
2009 92.17 1.87 100 3.75
2010 94.25 1.66 100 3.68
2011 90.90 1.73 100 3.50
2020 - - - 3.90
2021 - - - 4.30
2022 - - - 3.78

Pencapaian Bilangan A dalam SPM

Tahun 10A 9A 8A 7A 6A 5A
2020 - 0 3 4 11 11
2021 - 1 1 5 8 6
2022 - 2 8 7 10 7

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)

Mata Pelajaran 2020 2021 2022
Bahasa Melayu 2.96 3.54 2.42
Bahasa Inggeris 5.97 5.32 5.21
Pendidikan Islam 2.50 2.96 2.57
Sejarah 3.56 3.98 3.53
Matematik 3.43 5.36 4.31
Sains 2.89 3.46 3.08
Geografi 3.44 2.63 2.70
Bahasa Arab - 6.00 4.11
Pendidikan Seni Visual 3.93 4.18 3.24
Matematik Tambahan 6.82 7.43 7.64
Prinsip Perakaunan - 3.50 3.30
Perniagaan 6.04 4.94 3.52
Ekonomi 4.74 6.57 5.12
Sains Rumah Tangga 4.60 2.33 3.67
Grafik Komunikasi Teknikal 1.90 2.33 3.67
Fizik 4.23 4.27 4.93
Kimia 5.66 5.64 5.48
Biologi 3.75 4.41 5.40
Tassawur Islam 2.21 2.50 2.23
Pendidikan al-Quran & as-Sunnah - 2.50 1.80
Pendidikan Syariah Islamiah - 3.33 2.90
Menservis Peralatan Penyejukan & Penyaman Udara (MPPU) 4.36 4.09 3.00

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  1. Johan Pertandingan 3K Peringkat Negeri Pahang (2006)
  2. Keempat Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan (2006)
  3. Anugerah Sekolah Cemerlang FELDA Peringkat Kebangsaan (2007)
  4. Johan Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Neg Pahang (2008)
  5. Anugerah Kecemerlangan Menteri Besar - SPM Terbaik Sekolah Felda (2008)
  6. Johan Pertandingan Sudut PPPDa Peringkat Negeri Pahang (2008)
  7. Naib Johan Pertandingan Sudut PPPDa Peringkat Kebangsaan (2008)
  8. Johan Pertandingan Pengurusan Bilik Darjah Pkt Negeri Pahang (2008)
  9. Naib Johan Pengurusan PKKP Peringkat Negeri Pahang (2008)
  10. Naib Johan Pengurusan Makmal Sains Peringkat Negeri Pahang (2008)
  11. Anugerah Gading Bersilang Kecemerlangan SPM (2008)
  12. Anugerah Perdana Gading Bersilang JPN Pahang (2009)
  13. Anugerah Menteri Besar - PMR Terbaik Sekolah Felda (2009)
  14. Anugerah Menteri Besar - SPM Terbaik Sekolah Felda (2009)
  15. Johan Pengurusan PKKP Negeri Pahang (2009)
  16. Johan Pertandingan Kantin Sekolah Gemilang Peringkat Negeri Pahang (2009)
  17. Naib Johan Pertandingan Kitchen Garden Peringkat Negeri Pahang (2010)
  18. Anugerah Sekolah Bestari Felda Peringkat Kebangsaan (2010)
  19. Johan Pertandingan Pusat Sumber Sekolah-Sekolah Felda Peringkat Negeri Pahang (2010)
  20. Naib Johan Kategori Edible Garden Pertandingan AgroRemaja Utusan Peringkat Kebangsaan (2011)
  21. Anugerah Terbaik PMR Skim Tuisyen Felda (2011)
  22. Anugerah Terbaik SPM Skim Tuisyen Felda (2011)
  23. Anugerah Sekolah Bestari FELDA (2010 & 2012)[2]

Kemudahan Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

  • Blok Akademik (30 buah bilik darjah)
  • Blok Makmal (6 buah bilik makmal)
  • Blok Bengkel Kemahiran Hidup
  • Asrama (kapasiti 400 orang)
  • Surau (lelaki & perempuan)
  • Bilik Mesyuarat
  • Pusat Sumber (Perpustakaan dan Bilik Tayangan)
  • Makmal Komputer
  • Bilik Komputer
  • Pusat Akses
  • Bilik Muzik
  • Makmal Bahasa
  • Kantin Sekolah
  • Bilik Kesihatan
  • Bilik Galeri (Galeria Mercu Persada)
  • Kantin VIP
  • Dewan Terbuka
  • Dewan Besar (Dewan Tekam Bestari)

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berteraskan Prinsip Rukun Negara,

Kemajuan Kecemerlangan,

Harus Kita Kekalkan Bersama,

Berganding Bahu Kita Bersatu,

Mencapai Hasrat Murni Negara.


SMKPPPTR Menjadi Kebanggaan Bersama,

Tingkatkanlah Usaha Mulia,

Kejayaan Pasti Milik Kita,

Tetap Cekal Azam Cita,

Ilmu Martabat Insan Sempurna.


Menggembeling Tenaga Berasaskan Falsafah,

Menyemai Hasrat Murni,

Membentuk Insan Berakhlak dan Berilmu,

Lahirkan Generasi Gemilang,


Maju Negara Maju Agama,

Sekolahku Tetap Teguh Berjaya,

Sekolahku Tetap Teguh Berjaya.


Lagu & Lirik: Zulkarnain Harun

B1 Quarters Guru SK Penghulu Ahmad, Ayer Hangat 07000 Langkawi, Kedah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://smkppptr.tunaslada.my
  2. ^ Laman Web Rasmi Facebook SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]