Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri
Lokasi
70200, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067655600
Kod sekolahNEB4092
Faks6067671255
Laman sesawang
Hitam Itu Premium
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri atau nama ringkasnya SMK Puteri, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Labu Lama.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri memiliki 0 pelajar lelaki dan 1461 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1461 orang. Ia mempunyai seramai 85 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri sememangnya tidak dapat dipisahkan dari asal-usul kewujudan Sekolah Menengah Convent, Seremban yang ditubuhkan pada 3 Oktober 1904 oleh Residen British Mr . Weld. Pada ketika itu, kemudahan yang ada hanyalah satu blok bangunan beserta 5 orang sister sebagai tenaga pengajar. Kumpulan pertama pelajarnya seramai 36 orang.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Sekolah Menengah Convent telah dijadikan pusat perlindungan untuk sister dan anak-anak yatim dari Taiping dan Singapura. Selepas pengunduran Jepun pada 1 Oktober 1945, Sekolah Menengah Convent telah dibuka semula dan menerima 800 orang pelajar. Bermula dari titik itu Sekolah Menengah Convent terus berkembang dari aspek pembangunan fizikal mahupun enrolmen pelajar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Seremban ditubuhkan selepas didapati bangunan Sekolah Convent sudah usang dan tidak selamat lagi. Satu tapak berhampiran Taman AST, kira-kira 4 kilometer dari bandar Seremban dipilih untuk menggantikan Sekolah Menengah Convent yang telah usang. Pada 8 Julai 1993, Majlis memecah tanah untuk pembinaan sekolah baru telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama ato' Haji Abdul Samad, PSM, DSNS, PMC, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Perbelanjaan untuk bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri berjumlah RM 5,305,170.00. Sekolah ini mengandungi 7 blok bangunan yang terdiri daripada 3 blok bangunan empat tingkat, 2 blok bangunan dua tingkat dan 2 blok bangunan satu tingkat.

Pada peringkat awal dicadangkan sekolah baru ini menggunakan nama Sekolah Menengah Seremban. Kemudian apabila didapati bahawa warga sekolah ini cuma terdiri daripada pelajar perempuan sahaja, nama Sekolah Menengah Puteri Seremban digunakan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri
Jalan Labu Lama
70200, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067655600
Fax = 6067671255

Pautan luar[sunting | sunting sumber]