Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2)
Lokasi
Jalan P9A, Presint 9, 62300 Putrajaya,, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
MotoMenuju Kecemerlangan
Nombor sekolah+603-88811207
Kod sekolahWEA2005
Pengerusi PIBGTuan Haji Rozaan bin Mat Isa
PengetuaPuan Mazira Binti Mohd Zain
GPK Pentadbiran dan Akademik-
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajah Norzaliha Binti Ghazali
Penolong Kanan KokurikulumPuan Yusnida Binti Sani
Laman sesawang


Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9(2) atau SMKP9(2) (WEA2005) adalah sekolah menengah kedua ditubuhkan di Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Visi, Misi dan Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) IS IDEAL FOR THE DEVELOPMENT OF OUTSTANDING STUDENTS

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Putrajaya Presint 9(2) aims to develop the potential of individuals in a continued effort to produce students who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced with the aim of developing holistic and balanced individuals who can understand and relate to human commonality, diversity and multiple perspectives.  Hence, emphasis is placed on cultivating knowledgeable, principled, reflective, caring and compassionate lifelong learners who can contribute to the well-being and betterment of the family, the society, the country and the world.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berusaha seiringan

Menuju kecemerlangan

Melakar kegemilangan

Kami generasi berwawasan


SMK Putrajaya Presint 9 (2)

Mendukung harapan ibunda

Membentuk insan mulia


Berilmu dan bertaqwa

Menyinari minda jaya

Pewaris aspirasi Negara


Yakin berusaha

Menuju puncak jaya

Cemerlang kita bersama


SMK Putrajaya Presint 9 (2)

Mendukung harapan ibunda

Membentuk insan mulia


Berilmu dan bertaqwa

Menyinari minda jaya

Pewaris aspirasi Negara

Yakin berusaha

Menuju puncak jaya

Cemerlang kita bersama

Sejarah Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Perancangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) atau singkatannya SMKP9(2) telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dalam Fasa Ketiga. Pembinaan sekolah yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 40 Juta ini bermula pada 4 Disember 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Disember 2006. Majlis rasmi penyerahan sekolah ini kepada Kementerian Pelajaran telah diadakan pada 15 Januari 2007. Kini, penyelenggaraan bangunan sekolah serta lanskapnya adalah di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya.

Pihak-pihak yang terlibat di dalam pembinaan sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Pemilik: Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Wakil Pemilik: Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Pemaju Projek: Perbadanan Putrajaya
  • Pengurusan Projek: KLCC Projeks Sdn. Bhd. (anak syarikat milik PETRONAS)
  • Juruperunding Utama/Arkitek: F.Karim & Saw Architects
  • Kontraktor Utama: Johawaki Sdn. Bhd.

Konsep Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Sekolah yang ciri rekabentuknya berkonsepkan ‘sekolah dalam taman’ ini terdiri daripada beberapa blok bangunan setinggi 5 hingga 6 tingkat di lot tapak seluas 9.07 Ekar. Secara umumnya, sekolah ini boleh menempatkan lebih dari 1,750 pelajar. Antara kemudahan asas yang disediakan ialah:

  • Kelas Pembelajaran Utama (50 Kelas)
  • Kelas Sokongan Pembelajaran (Makmal, Bengkel, Studio, dan lain-lain)
  • Kelas Pelajar Khas (6 Kelas)
  • Kelas Sokongan Pembelajaran Pelajar Khas (Studio serta Taman Khas dan lain-lain)
  • Blok Pentadbiran dan Surau
  • Perpustakaan dan Surau Pelajar
  • Kedai Koperasi dan Kantin
  • Dewan Serbaguna dan Amphitheatre
  • Astaka, Padang Balapan dan Padang Bolasepak
  • Tempat Perhentian Kereta dan Tempat Menunggu Bas
  • Tempat Letak Kenderaan Berbumbung (Kereta, Motorsikal & Basikal)
  • Kemudahan Infrastruktur dan Lanskap.

Sejarah Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Januari 2007, Mesyuarat Guru kali pertama yang dihadiri oleh 20 orang guru telah diadakan, menandakan tarikh bermulanya operasi sekolah ini. Pada 2 Februari 2007, seramai 70 orang Pelajar Tingkatan 1 telah melapor diri. Pada tarikh tersebut juga Majlis Menyambut Pelajar Sulung diiringi dengan Majlis Bacaan Surah Yaasin serta Solat Hajat diikuti dengan Majlis Ceramah Awal Muharram telah diadakan di surau sekolah. Pengetua yang pertama ialah Puan Rosnah Binti Wan Ibrahim. Pada tahun 2009, kepimpinan sekolah diterajui pula oleh Puan Hajah Norliah Binti Raja Omar. Pada akhir tahun 2013, kepimpinan sekolah diterajui pula oleh Puan Helena Binti Othman.

Pihak Pentadbir (Terkini)[sunting | sunting sumber]

  • Puan Mazira binti Mohd Zain (Pengetua)
  • Puan Hajah Norzaliha Binti Ghazali (Penolong Kanan HEM)
  • Puan Zalina Binti Basharuddin (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
  • Dr. Syafini Binti Ismail (GKMP Bahasa)
  • Puan Nozura Binti Abdul Karim (GKMP Sains dan Matematik)
  • Puan Nor'aini Binti Zakaria (GKMP Vokasional dan Teknik)
  • Puan Yusnida Binti Mohd Sani (GKMP Kemanusiaan)

Lembaga Pengawas[sunting | sunting sumber]

Lembaga pengawas SMKPP9(2) pada tahun 2009 telah diketuai oleh Azham Aizat bin Abdul Razak selaku Ketua Pelajar, Nur Izzati selaku Penolong Ketua Pelajar I dan Zulashraf bin Abd Rahman selaku Penolong Ketua Pelajar II. Pada tahun 2010, lembaga pengawas telah diterajui oleh Nazril Ikhmal dan Asyraf Din sebagai Ketua Pelajar dan Norafiqah bt Mohd Azmal sebagai Penolong Ketua Pelajar. Pada tahun 2011 pula, lembaga pengawas telah dipimpin oleh Ahmad Ghazali b Ahmad Faridi selaku Ketua Pengawas, Mohamad Fareed Bin Johaari selaku Timbalan Ketua Pengawas dan Siti Amirah bt Adnan selaku Pen. Ketua Pengawas.

Lembaga pengawas SMKPP(2) terkenal dengan cogan kata 'Setia Memimpin, Sedia Dipimpin'. Transformasi juga berlaku pada tahun 2010 apabila uniform pengawas bertukar daripada warna unik hijau kepada biru. Lembaga Pengawas SMKPP9(2) telah melancarkan dua buah video pada tahun gemilang iaitu tahun 2009,'Pengawas SMKPP92' dan 'Abang Saya Pengawas Hebat'. Diarah oleh Zulashraf bin Abd Rahman, dan dibintagi rakan-rakan pengawas lain, video-video berkenaan menjadi legasi pengawas kumpulan sulung tahun 2009 hingga kini.

Pencapaian sukan dan ko-kurikulum pada 2009[sunting | sunting sumber]

  1. Video Klip Kami Anak Malaysia (Kedua peringkat kebangsaan)
  2. Kuiz Pelancongan (Ke-8 peringkat Kebangsaan)
  3. Bola tampar (Johan peringkat negeri)
  4. Badminton (Johan peringkat negeri)
  5. Kuiz Pelancongan (Johan peringkat negeri)
  6. MTQ: Syarahan (Johan peringkat negeri)
  7. Pasukan Sorak (Johan peringkat negeri)
  8. Kuiz Pecinta Alam (Naib johan negeri)
  9. Pertandingan Kain Rentang (Naib johan negeri)
  10. Merentas Desa (Naib johan negeri)
  11. Sepak Takraw (Naib johan negeri)
  12. Nasyid (Naib johan negeri)
  13. MTQ;hafazan dan tilawah (Naib johan negeri)
  14. Hoki (Ketiga peringkat negeri)
  15. International Varsity Boat (Ketiga peringkat negeri)
  16. Scrabble (Ketiga peringkat negeri)
  17. Lagu & Puisi (Ketiga peringkat negeri)
  18. Sukan Pendidikan Khas (14E,6P,9G;Peringkat Negeri)
  19. Padang dan Balapan (5E,14P,8G;Peringkat Negeri)
  20. Bola Sepak ( Naib Johan 2011 Peringkat Negeri )

Rujukan[sunting | sunting sumber]