Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu
Lokasi
Jalan Raja Lumu, Pandamaran,, Pelabuhan Klang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu dan Berbakti
Ditubuhkan (1982-01-01) 1 Januari 1982 (umur 42)
Nombor sekolah03-31685844
Kod sekolahBEA0092
Pengerusi PIBGEn. Shankar a/l Jayaram
PengetuaEn Safiruddin bin Saud
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Zamizah binti Rafi'i
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Noorazam bin Rahmad
Penolong Kanan KokurikulumPn Faridah binti Esa
Faks03-31654349

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu atau nama ringkasnya SMK Raja Lumu, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Lumu, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu memiliki 810 pelajar lelaki dan 610 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1420 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah ini diambil daripada nama asal Sultan Selangor yang pertama iaitu Raja Lumu. Kawasan sekolah ini ialah bekas lapangan terbang untuk tentera Udara Australia. Pada masa Perang Dunia Kedua ia telah digunakan oleh Tentera Jepun untuk dijadikan markas mereka.

Pada mulanya bangunan sekolah ini dicadang dijadikan Sekolah Jenis Ke-bangsaan (Tamil), Simpang Lima, Klang tetapi oleh kerana kedudukannya tidak sesuai ia telah dijadikan Asrama Putera Sekolah Tengku Ampuan Rahimah Klang. Apabila Sekolah Tengku Ampuan Rahimah Klang telah mempunyai bangunannya sendiri, bagunan ini telah dijadikan Asrama Putera Sekolah Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Klang untuk pelajar-pelajar yang tinggal di Pulau Lumut.

Pada 01hb Januari 1982, Sekolah Menengah Raja Lumu telah ditubuhkan En. Mohd Nor bin Taib telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama, Pn. A. Selvaratnam sebagai Guru Kanan dan Pn. S.S. Sthipam sebagai penyelia.

Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi enam buah bilik darjah, sebuah makmal Sains Paduan, sebuah perpustakaan, pejabat dan sebuah bilik Guru. Kebanyakan murid yang berjumlah 211 orang datangnya dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China), Pandamaran A dan B dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil), Pelabuhan Klang.

Encik Mohamad Anshar bin Haji Nawi telah dilantik menjadi Penyelia sejak tahun 1984. Encik Mohd Nor bin Taib telah bersara sebagai Guru Besar pada 11hb April 1985. Guru Penolong Kanan sekolah ini iaitu Encik Tan See Hang telah dilantik menjadi Pemangku Guru Besar.

Pada tahun 1983, sebuah bangunan kilat telah didirikan, kerana bilangan murid- murid sekolah ini semakin bertambah.

Pada 02 Mei 1983, Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah ini telah ditubuhkan.En. Oo Thiang Shiang telah memegang jawatan sebagai Pengerusi sejak ia ditubuhkan. Jawatan Setiausaha pula telah dipegang oleh En. Bassari bin Mat Aral (1983-1989). En. Mohd Anshar bin Haji Nawi ( 1984 – 1985 ), En. Wong Chin Kin ( 1986 – 1987 ), En. Tahsim bin Sayod ( 1987 – 1989 ).

Pada bulan Ogos 1984 bangunan serba lengkap telah mula didirikan oleh Kementerian Pelajaran dan digunakan pada awal penggal kedua tahun 1985. Bangunan ini terdiri daripada dua blok bangunan tiga tingkat satu blok satu tingkat yang mengandungi 17 buah bilik darjah, 3 buah bilik Makmal Sains Paduan, sebuah bilik masakan, sebuah bilik jahitan, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik sumber, sebuah surau, Pejabat, sebuah bengkel seni perusahaan, bilik guru dan bilik mesyuarat.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu
Jalan Raja Lumu, Pandamaran
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-31685844
Faks = 03-31654349

Pautan luar[sunting | sunting sumber]