Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas
Lokasi
 Malaysia Rantau Petronas, Kerteh, Malaysia, Kerteh, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah98640679
Kod sekolahTEA2029[1]
Faks98641298


Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas atau nama ringkasnya SMK Rantau Petronas, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Rantau Petronas, Kerteh, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas memiliki 206 pelajar lelaki dan 193 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 399 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009 Para pelajar SMK Rantau Petronas dipanggil 'Petranian' bermula tahun 2015.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Kompleks Petronas pada awal 1980 telah menyediakan berbagai prasana sosial bagi kegunaan kakitangan industri petroleum yang terlibat dengan aktiviti carigali petroleum di luar pantai Terengganu.

Pada peringkat awal, kompleks sekolah ini dijadikan sekolah antarabangsa khusus untuk anak-anak kakitangan expatriate EPMI yang bekerja di sekitar Kerteh. Walau bagaimanapun, berikutan daripada program Malaysianisasi oleh kerajaan Malaysia dalam industri petroleum, bilangan pegawai-pegawai expatriate berkurangan pada tahun 1986. Ini menyebabkan bilangan anak - anak expatriate yang akan memasuki sekolah antarabangsa ini tidak begitu ramai seperti yang dirancangkan. Setelah sekolah yang berdasarkan kepada konsep antarabangsa dibatalkan, pengurusan Petronas dan EPMI telah bersetuju mewujudkan sebuah sekolah yang boleh menampung anak-anak kakitangan mereka yang bekerja di sekitar Kerteh. Kedua-dua pihak bersetuju membiayai pengurusan sekolah tersebut. Persetujuan ini meliputi pengambilan anak - anak tempatan ke sekolah ini mengikut kemampuan fizikal sekolah.

Staf akademik sekolah telah dipohon daripada Kementerian Pendidikan Malaysia secara pinjaman bagi tempoh dua tahun. Pembinaan sekolah ini telah bermula pada pertengahan tahun 1984 dan siap pada bulan Januari 1986. Kompleks ini terpaksa ditinggalkan kosong selama 16 bulan sehingga pertengahan tahun 1987. Dengan persetujuan Petronas dan EPMI, tapak sekolah seluas 1.5 ekar yang terletak di antara pekan Kerteh dan Kemasek telah mula beroperasi pada 1 Julai 1987.

Status berubah ke sekolah kerajaan[sunting | sunting sumber]

Mulai 1 Januari 1999, sekolah ini telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Ekoran daripada penyerahan ini, status sekolah ini telah bertukar daripada sekolah persendirian kepada sekolah bantuan penuh kerajaan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas
Rantau Petronas, Kerteh, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 98640679
Fax = 98641298

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]