Sekolah Menengah Kebangsaan SS 17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Infobox Sekolah Malaysia

|Nama Sekolah         = Sekolah Menengah Kebangsaan SS 17

|Logo Sekolah =

|Moto                 = Warga Cemerlang, Sekolah Gemilang
|Jenis Sekolah        = Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
|Pengetua             = 
|GPK 1                = Pn. Azizah binti Che Mamat
|GPK HEM              = Pn. Shamsinar binti Ahmad
|GPK KOKO             = Pn. Ellina Idayu binti Omar                                                                                                               
|Pengerusi PIBG       = En. Shahrul Nizam bin Rosli
|Kod sekolah          = BEA8625
|Bandar               = Subang Jaya
|Daerah               = Petaling Perdana
|Negeri               = Selangor
|Negara               = Malaysia
|Singkatan            = SMK SS17
|Telefon              = 014-6300554
|Faks                 = 


Sekolah Menengah Kebangsaan SS17 atau nama samaran Sekolah Atas Bukit, merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Jalan SS17/1, Subang Jaya.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi Sekolah Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto Sekolah Warga Cemerlang SS17 Gemilang

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan SS17 mula dibina pada awal tahun 1993 di atas tanah seluas 33.0375 meter persegi di tengah-tengah kawasan perumahan SS17, Subang Jaya.


Detik sejarah ini bermula dengan pendaftaran pelajaran Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu seramai 214 orang (151 orang pelajar Melayu, 33 orang pelajar India dan 30 orang pelajar Cina) bagi sesi persekolahan 1994/1995 yang bermula pada 1 Disember 1994 di bawah pentadbiran Pn. Zainab Bt. Rahmat.

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan telah membuka Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah ini. Program ini khusus untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.

Pada tahun 1998, SMK SS17 telah memulakan persekolahan pada sesi petang untuk menampung pelajar Tingkatan Peralihan, Satu dan Dua yang semankin meningkat.

Pada tahun 2001, sekolah dinaikkan taraf ke sekolah Gred A. Sehingga hari ini, sekolah turut menawarkan kelas DLP (dual-language program) program PdPc menggunakan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik

Pada 2004, sekolah telah mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuka kelas pra-universiti dalam aliran sains dan sastera. Namun Pra-U telah dipindahkan ke Kolej Petaling di bawah pengstrukturan baharu Pra-U.

Kini SMK SS17 menjadi sekolah Satu-Sesi dan mempunyai 550 orang murid yang ditempatkan dalam 27 kelas termasuk kelas PPKI.

SMK SS17 telah menerima Anugerah Kualiti Pengurusan 3K (kategori Kesihatan) dan 3 Anugerah Kualiti STPM bagi tahun 2007 dan 2008.

Pencapaian SPM 2015 yang membanggakan telah melayakkan sekolah dianugerahi pencapaian Lonjakan Saujana SPM keseluruhan 2015.

Pencapaian kokurikulum turut gemilang dengan pencapaian yang membanggkan sehingga peringkat Negeri dan Kebangsaan dalam Pertanding Solar Car, malah pada tahun 2020 tedapat seorang murid PPKI yang akan mewakili Malaysia dalam acara renang dalam para-asean pada Mac di Fillipina

Selain Aktif dalam sukan boling, olahraga, bola sepak dan floorball. Seni Teater juga mendapat pengiktirafan tersendiri selain mempunyai kumpulan band sekolah yang lebih dikenali Republic of Seventeenian. Selain itu, Sekolah juga aktif dalam pertandingan Berjaya teen-star 2019 dengan mendapat tempat ke tiga.

Kelas KAA (aliran agama) telah dimulakan pada tahun 2016 bermula dengan tingkatan 1 dan sehingga sekarang diteruskan ke tingkatan 3.

Bagi meningkatkan penguasaan DwiBahasa selaras dengan aspirasi pendidikan kebangsaan SMK SS17 telah terpilih mengikuti program DLP (Dual Language Program) bermula 2017 dengan kelas tingkatan 1 sebagai permupaan dan diteruskan sehingga tingkatan 5.

Selaras dengan KSSM subjek pilihan (elektif) bagi tingkatan 1 juga diperluaskan dengan penawaran subjek-subjek RBT (Reka Bentuk dan Teknologi), ASK (Asas Sains Komputer) dan Pendidikan Muzik bermula 2017.

Di bawah pimpinan barisan pentadbiran sekolah, banyak pemantapan dan pembaharuan telah dilaksanakan bagi mencapai kecemerlangan sekolah dalam semua aspek. Warga SMK SS17 menaruh sepenuh harapan bahawa kecemerlangan akan terus menyerlah untuk merealisasikan visi dan misi sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan SS 17
Jalan SS 17/1 Subang Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 0146300554

Pautan luar[sunting | sunting sumber]