Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah
Lokasi
Transkrian, 14300, Nibong Tebal,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSAUJANA HEBAT
Nombor sekolah04-5942913
Kod sekolahPEA4007[1]
Pengerusi PIBGEn. Mohamad Yusoff bin Ismail
PengetuaTn. Hj Zulkipli bin Saleh @ Majid
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Dayang Intan Binti Awang Saperi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Zaidi bin Mohd Zain
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mohamad Rafi bin Mukhtar
Faks04-5942913
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah atau nama ringkasnya SMK Saujana Indah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Transkrian, Pulau Pinang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah memiliki 310 pelajar lelaki dan 256 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 566 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah (SMKSI) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Kampus Kejuruteraan, USM dan Maktab Rendah Sains Mara Transkrian.

Sekolah ini mula beroperasi pada 6 Januari 2003 dengan jumlah pelajar seramai 66 orang iaitu 12 orang tingkatan peralihan, dan 54 orang pelajar tingkatan satu. Jumlah guru yang mengajar ketika itu ialah 9 orang. Pengetua yang pertama yang dilantik adalah Encik Abdul Jalil bin Abdullah. Pada 16 Disember 2003, beliau telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya (SMKPJ). Jawatan beliau telah disandang oleh Puan Hajah Zainab binti Shafie hingga 1 Januari 2007. Kemudian beliau bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (SMKM) dan telah digantikan pula oleh Encik Nafiah bin Mat sebagai pengetua. Tugas En. Nafiah Bin Mat di SMK Saujana Indah berakhir pada pertengahan bulan 6 2011 setelah beliau dinaikan pangkat sebagai Pengawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara. Kini jawatan pengetua disandang oleh Tuan Haji Abdul Rahim Bin Affandi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antara pencapaian terbaik sekolah ialah:

Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah
Transkrian
14300, Nibong Tebal
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = +6045942913
Faks = +6045942913

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]