Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield
Lokasi
Jalan Usj 2/5, UEP SUBANG JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSchool of Future Leaders
Nombor sekolah03-56321301
Faks03-56377610


Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield atau nama ringkasnya SMK Seafield, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Usj 2/5.

Confess.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada Disember 1, 1993. Sekolah ini telah dinamakan sempena Estet Seafield yang merupakan kawasan yang kini menempatkan Subang Jaya. Pada mulanya, hanya terdapat 12 kelas dalam keseluruhan sekolah.

Bilangan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield memiliki 1130 pelajar lelaki dan 1079 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2209 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Koir[sunting | sunting sumber]

Pasukan Koir SMK Seafield ditubuhkan pada tahun 1997. Keanggotaan terbuka kepada semua murid Tingkatan 1-5. Pasukan ini telah berjaya memasuki pelbagai pertandingan dan mendapat pencapaian gemilang, terutamanya dari tahun 2004. Antara pencapaian pasukan koir SMK Seafield termasuk:

  • Juara Pertandingan Koir antara sekolah Daerah Petaling Perdana (2012-2014)
    • Konduktor Terbaik 2014 (Gayatri Kandiah)
  • Juara Kebangsaan ‘Shah Alam Shines Choir- National Edition Competition' 2014

Di samping itu mereka juga telah membuat persembahan di Heidelberg dan Berlin, Jerman pada tahun 2012, Phuket dan Bangkok, Thailand pada tahun 2013, Brisbane, Australia pada bulan Mac 2014 dan Malaysia International Choral Festival (Julai 22 – 24) di Putrajaya. [1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield
Jalan USJ 2/5
Selangor, Malaysia
Telefon = +60356321301
Fax = +60356377610

Pautan luar[sunting | sunting sumber]