Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 2594, 90729, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBersama Memburu Kecemerlangan
Nombor sekolah601165750200
Kod sekolahXEA2081
Pengerusi PIBGEncik Joseph Noh
PengetuaEncik Malaim Bin Gumbina
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Morlin @ Caroline Binti Akiu
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Jainal Bin Japar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Sudarti Binti Pallawagau
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud atau nama ringkasnya SMK Segaliud, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 2594.

Pada 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud memiliki 390 pelajar lelaki dan 401 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 791 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru. Sekolah Ini Juga Memiliki Pelajar yang berasal dari Kepulauan Tawi Tawi Pilipin 2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama SMK Segaliud ini diambil daripada nama kampung yang berhampiran dengan sekolah ini, iaitu Kampung Segaliud. berdasarkan sejarah Kampung Segaliud, perkataan "Segaliud" ini berasasl daripada perkataan "Saga" (Rotan) dan juga "Giud" (bubur dalam bahasa Sungai). Sekolah ini terletak 57 kilometer dari bandar Sandakan yang terletak di pertengahan jalan antara Bandar Sandakan dan Bandar Lahad Datu.

SMK Segaliud mula beroperasi pada 17 Januari 2000 dengan pelajar seramai 126 orang yang melibatkan 4 buah kelas di bawah naungan Pengetau Tn. Hj. Mordin Bin Hj. Mohd. Daud serta dibantu oleh 3 orang guru iaitu Ustaz Mazuki Bin Senafi, Encik Samsuri Wahid dan Puan Jumaliah Lipoh. Kebanyakan pelajar sekolah ini datang dari sekolah-sekolah yang berhampiran, iaitu SK Segaliud, SK Ulu Dusun, SK Labuk Subur, SK Pertanian dan SK Lung Manis.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan kelas 3 tingkat, 1 blok bengkel Seni Perusahaan (KMT), 1 blok bangunan bengkel Kemahiran Hidup, 6buah bilik makmal sains, 1 blok kantin, 1 blok Bengkel Pertanian, 2 blok Flat Guru, 1 blok Dewan makan Asrama, 1 blok Surau Asrama dan 2 blok Bangunan Asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mampu menampung bilangan optimum seramai 250 orang pelajar. Kini, terdapat beberapa bangunan yang telah berjaya dibina untuk kegunaan warga sekolah seperti Surau Sekolah dan makmal ICT. Sekolah ini juga dibekalkan dengan bekalan elektrik, air paip dan dihubungkan dengan bandar Sandakan serta pekan-pekan berhampiran menerusi jalan raya berturap.

Visi & Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi Smk Segaliud :Pendidikan berkualiti insan terbaik terdidik negara sejahtera

Misi Smk Segaliud :Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Hala Tuju SMK Segaliud Tahun 2022[sunting | sunting sumber]

1.Meningkatkan prestasi akademik sekolah terutama dalam peperiksaan awam.

2.Meningkatkan kemenjadian murid dalam pencapaian kokurikulum.

3.Meningkatkan kemenjadian murid dari segi sahsiah dan tingkah laku mereka.

4.Meningkatkan hubungan dan penglibatan komuniti dengan pihak sekolah.


Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

1. Tuan Haji Mordin Bin Haji Mohd Daud (2000-2003)

2. Puan Siti Meriam Binti Haji Mohmed (2003-2006)

3. Encik Rosli Bin Hashim (2006-2008)

4. Tuan Haji Noor Hamizam Shah Bin Md. Nordin (2008-2018)

5. Encik Peter Semudin @ Peter Samudin (2018-2022)

6. Encik Malaim Bin Gumbina @ Md. Anuar (2022-Kini)

Pakej Mata Pelajaran Menengah Bawah[sunting | sunting sumber]

WAJIB ELEKTIF
1. Bahasa Melayu Reka Bentuk dan Teknologi
2. Bahasa Inggeris Geografi
3. Matematik Pendidikan Seni Visual
4. Sains Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral


Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

WAJIB ELEKTIF
1. Bahasa melayu Ekonomi
2. Bahasa inggeris Prinsip perakaunan
3. Matematik Geografi
4. Sains Kimia
5. Sejarah Biologi
6. Pend.jasmani & kesihatan Fizik
7. Pendidikan islam/Pendidikan moral Matematik tambahan
8. Pendidikan seni visual
9. Reka cipta
10. Sains rumah tangga

Kemudahan yang terdapat di Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bidang Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Unit Berunitform Kelab & Persatuan Sukan & Permainan Rumah Sukan
1. Kedet Remaja Sekolah (KRS) Persatuan Bahasa Melayu Bola Sepak Merah
2. Kadet Bomba & Penyalamat Malaysia English Language society Bola Tampar Kuning
3. St. John Ambulancel Persatuan Sains & Matematik Bola jaring ungu
4. Pengakap Persatuan Sejarah & Geografi Sepak takraw Biru
5. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Persatuan Pendidikan Islam Kecergasan Jingga
6. Pandu Puteri Persatuan Pendidikan Moral Catur & Dam Hijau
7. Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Persatuan RBT& PSV Softbol
8. Kelab Karate Kelab Pecinta Alam Padang & Balapan
9. Kelab Malaysiaku
10. Kelab Pengguna & Kelab Koperasi Sekolah
11. Kelab SPBT
12. Kelab Pusat Sumber Sekolah
13. Kelab ICT
14. Kelab Pencegahan Jenayah
15. Kelab Seni Dan Budaya

Bidang Hal Ehwal Murid[sunting | sunting sumber]

Senarai Jawatankuasa Induk Unit HEM

Jawatankuasa Lembaga Disiplin
Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Unit Pendidikan Dan Pen
UNIT ASRAMA
UNIT APDM
UNIT PENGAWAS SEKOLAH
UNIT 4K (Kebersihan,Keceriaan,Keselamatan & Kantin)
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT PENDAFTARAN DAN STATISTIK
UNIT BANTUAN KEBAJIKAN
UNIT KESIHATAN

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun 2022 SMK Segaliud telah memenangi 6 Anugerah di Majlis Anugerah Asrama Sabah iaitu;

1.Anugerah Warden Cemerlang Sekolah Menengah

2.Anugerah Ikon Dorm Terbaik Aspura Sekolah Menengah

3.Anugerah Amalan ProKEM Terbaik Sekolah Menengah

4.Anugerah Pengurusan Dewan Makan Cemerlang Sekolah Menengah

5.Anugerah Amalan Terbaik Asrama Sekolah Menengah

6.Anugerah Pengurusan Asrama Harian Cemerlang Sekolah Menengah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud
Peti Surat 2594
90729, Sandakan
Sabah, Malaysia
Telefon = 601165750200 , 601165749800

Pautan luar[sunting | sunting sumber]