Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya

Lokasi
Jalan 4/38A, Segambut, Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah362587622
Kod sekolahWEA0228
Pengerusi PIBGDato Wan Imran
PengetuaTuan Syed Zakaria bin S Hassan
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Hanifah bin Awang@Sulong
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstaz Ahmad Farazila bin Abd Ghani
Faks362508310
Visi: Pendidikan Berkualiti, insan terdidik negara sejahtera.
Misi: Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 4/38A Segambut, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya memiliki 792 pelajar lelaki dan 233 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1025 orang. Ia mempunyai seramai 76 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Segambut Jaya dilahirkan dengan tradisi mendidik pelajar-pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dari sudut sejarah, SMK Segambut Jaya ditubuhkan pada 04 Disember 1995 dengan menumpang dipremis SRK Segambut Jaya sehingga 30 Mei 1997. SMK Segambut Jaya mempunyai keluasan tanah berukuran 9.6 ekar. Ia terletak di Lembah Segambut, 6 kilometer dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Sekolah ini mempunyai 4 blok, 36 buah kelas, 6 buah makmal, 2 bilik senilukis, 2 buah bilik guru, sebuah perpustakaan, bilik computer, bilik kebal, bilik pengawas, kantin dan satu blok tingkat bawah untuk Reka Bentuk dan Teknologi.

Sekolah ini mula beroperasi dibawah pimpinan Pn Fitriah Bt Yusof sebagai pengetua pertama dengan dibantu oleh 11 orang kakitangan akademik dan 2 orang kakitangan bukan akademik. Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun pertama adalah seramai 231 orang. Tujuh kelas telah diwujudkan dengan dua Kelas Peralihan dan lima kelas Tingkatan Satu.

Tanggal 16 Februari 1996, warga SMK Segambut Jaya telah menerima pengetua baru iaitu En Alias B Abdul Karim setetah Pn Fitriah berpindah ke SM Convent, Klang. Tempat En Alias seterusnya diganti pula oleh Tn Haji Supandi B Ismial. Seterusnya Tn Haji Ahmad B Abdullah. Pada awal tahun 2005 sehingga pertengahan tahun 2007 En Tajuddin B Mohamd Mor pula menjadi pengetua di sekolah berprestij ini dan disambung oleh Tn Haji Muhamad Khailani B Abdul Jalil.Selepas itu, jawatan beliau disambung oleh Pn Hajah Shahida Bt Al-Haj Azizan. Pengetua di sekolah ini adalah Tuan Ahmad Nawawi Bin Shaari yang telah bertukar ke SMK Padang Tembak dan diganti oleh Tuan Syed Zakaria bin Syed Hassan.

Sehingga kini SMK Segambut Jaya mempunyai Kakitangan Akademik seramai 68 orang, Ketua Pembantu Tadbir 1 orang, Pembantu Tadbir 1 orang, Penyelia Asrama 2 orang, Pembantu Makmal 4 orang dan Pemandu 1 orang. Manakala jumlah pelajar pula 683 orang.

Pencapaian Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

2013

Johan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri WPKL ( Peserta: Nashrul Mursyed, Ali Imran, Hakim Hasbullah, Asyraaf Abu Bakar Hamzah dan Zulhilmi Zaini)

Ketiga Pertandingan Explorace Peringkat Negeri WPKL

2012


Naib Johan- Pertandingan Pesta Pantun Zon Sentul

Naib Johan- Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Akhir Negeri Wilayah Persekutuan KL

Johan-Pidato Piala DiRaja Zon Sentul (Jurulatih: Mohd Hafizzuddin Sahfani)

Ketiga-Pidato Piala DiRaja WPKL (Jurulatih: Mohd Hafizzuddin Sahfani)

Johan- Hafazan MTQ Zon Sentul

Johan- Hafazan MTQ WPKL

Johan- Kamar Segar Selesa (KSS) Zon Sentul

Naib Johan- Kawad Kaki Hari Wilayah (BSMM)

Johan- Nasyid PPDa Zon Sentul

Johan- Nasyid PPDa WPKL

Johan- ePPDa Zon Sentul

Johan- ePPDa WPKL

Naib Johan- Pertandingan Kompang WPKL


2011

Johan- Bahas Ala Parlimen ASAT Peringkat Negeri WPKL (Jurulatih: Mohd Hafizzuddin Sahfani)

Johan- Pertandingan Catur ASAT Peringkat Negeri WPKL

Johan-Pertandingan Bola Tampar ASAT Peringkat Negeri WPKL

JOHAN -Bahas Ala Parlimen Zon Sentul (Jurulatih: Mohd Hafizzuddin Sahfani)

Ketiga -Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri (Jurulatih: Mohd Hafizzuddin Sahfani)

Ketiga -Forum Remaja Zon Sentul (Jurulatih: Mohd Hafizzuddin Sahfani)

Johan - e-PPDa Zon Sentul

Johan - e-PPDa Peringkat Negeri

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya
Jalan 4/38A Segambut, Kuala Lumpur
Telefon = 362587622
Fax = 362508310

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • www.sejaya.edu.my