Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA8621
Lokasi  Malaysia Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
Telefon 355423306
Faks 355495382


Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 atau nama ringkasnya SMK Seksyen 19, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 memiliki 1096 pelajar lelaki dan 1112 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2208 orang. Ia mempunyai seramai 145 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 (SMKS 19) terletak di kawasan Seksyen 19, Shah Alam.

Sejarah Sekolah (Permulaan Sekolah)[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 terletak di tengah-tengah kawasan perindustrian dengan keluasan 40.8 hektar. Sekolah ini beroperasi pada 20 Jun 1994 dengan kelas khas, 2 tingkatan peralihan, 10 tingkatan 1, 6 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4. Jumlah keseluruhan ialah 785 orang. Nama kelas diambil berdasarkan nama kenderaan nasional.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

sekolah unggul penjana generasi terbilang

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Berilmu menuju wawasan"

Pengetua Terkini Dan Terdahulu[sunting | sunting sumber]

  • (2003~2005): HJH. ROKIAH BT BAHAROM
  • (2005~2006): PUAN LUCIA QUEK SAI GEARN
  • (2007~2013): DATIN SURAINI BTE SUPARDI
  • "(2014 ~ KINI)": PUAN PUTRI ROSLAWATI BT Salam

SENARAI KELAS TINGKATAN[sunting | sunting sumber]

TINGKATAN 1

  • TINGKATAN 1 GEMILANG (KRK) - Kelas Rancangan Khas
  • TINGKATAN 1 CEMERLANG
  • TINGKATAN 1 PERDANA
  • TINGKATAN 1 PUTRA
  • TINGKATAN 1 PESONA
  • TINGKATAN 1 CHIMAERA
  • TINGKATAN 1 WIRA
  • TINGKATAN 1 SATRIA
  • TINGKATAN 1 ISWARA
  • TINGKATAN 1 TIARA
  • TINGKATAN 1 SAGA
  • TINGKATAN 1 WAJA
  • TINGKATAN 1 JUARA

TINGKATAN 2

  • TINGKATAN 2 GEMILANG (KRK) - Kelas Rancangan Khas
  • TINGKATAN 2 CEMERLANG
  • TINGKATAN 2 PERDANA
  • TINGKATAN 2 PUTRA
  • TINGKATAN 2 PESONA
  • TINGKATAN 2 CHIMAERA
  • TINGKATAN 2 WIRA
  • TINGKATAN 2 SATRIA
  • TINGKATAN 2 ISWARA
  • TINGKATAN 2 TIARA
  • TINGKATAN 2 SAGA
  • TINGKATAN 2 WAJA

TINGKATAN 3

  • TINGKATAN 3 GEMILANG (KRK) - Kelas Rancangan Khas
  • TINGKATAN 3 CEMERLANG
  • TINGKATAN 3 PERDANA
  • TINGKATAN 3 PUTRA
  • TINGKATAN 3 PESONA
  • TINGKATAN 3 CHIMAERA
  • TINGKATAN 3 WIRA
  • TINGKATAN 3 SATRIA
  • TINGKATAN 3 ISWARA
  • TINGKATAN 3 TIARA
  • TINGKATAN 3 SAGA
  • TINGKATAN 3 WAJA

TINGKATAN 4

  • TINGKATAN 4 PERDANA
  • TINGKATAN 4 PUTRA
  • TINGKATAN 4 PESONA
  • TINGKATAN 4 CHIMAERA
  • TINGKATAN 4 WIRA
  • TINGKATAN 4 SATRIA
  • TINGKATAN 4 ISWARA
  • TINGKATAN 4 TIARA
  • TINGKATAN 4 SAGA
  • TINGKATAN 4 WAJA
  • TINGKATAN 4 JUARA
  • TINGKATAN 4 KEMBARA

TINGKATAN 5

  • TINGKATAN 5 PERDANA
  • TINGKATAN 5 PUTRA
  • TINGKATAN 5 PESONA
  • TINGKATAN 5 CHIMAERA
  • TINGKATAN 5 WIRA
  • TINGKATAN 5 SATRIA
  • TINGKATAN 5 ISWARA
  • TINGKATAN 5 TIARA
  • TINGKATAN 5 SAGA
  • TINGKATAN 5 WAJA
  • TINGKATAN 5 JUARA
  • TINGKATAN 5 KEMBARA

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
Menjadi tunggak masa depan
Mendidik warga berjaya berjasa
Rakyat makmur negara maju

Progresif, aktif, kreatif, produktif
Ke arah prestasi cemerlang
Berkat usaha pendidik dedikasi
Bersatu erat dan saksama

Capailah kejayaan bersama
Menyinar cahaya yang gemilang
Namamu megah diingat selalu
Sekolahku yang tercinta

Sekolah menengah kebangsaan seksyen 19
Menjadi tunggak masa depan
Mendidik warga berjaya berjasa
Rakyat makmur negara maju.

Ikrar Pelajar[sunting | sunting sumber]

bahawasanya kami pelajar-pelajar. sekolah menengah kebangsaan seksyen 19. berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan iltizam kepada pelajaran dan aktiviti sekolah.

bahawasanya kami akan berusaha. untuk mencapai kecemerlangan diri demi masa depan, agama, bangsa dan negara.

bahawasanya kami akan sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru, pemimpin-pemimpin dan undang-undang negara.

bahawasanya kami akan sentiasa menjauhkan diri dari salah laku dan seterusnya mensifarkannya di rumah dan di sekolah.

dan seterusnya kami akan berpegang teguh pada janji dan ikrar kami demi masa depan kami dan wawasan negara.


Pengawas Sekolah[sunting | sunting sumber]

Baju:-

  • Lelaki : Baju Kemeja lengan tangan panjang warna kuning dan seluar hitam
  • Perempuan: Baju Kurung atau kemeja lengan panjang warna kuning dan kain warna hitam


Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Nama rumah sukan di ambil daripada nama atau jawatan istana, seperti:-


Kemudahan Smart Card[sunting | sunting sumber]

  • Smart Card di gunakan sebagai identiti pelajar dan guru-guru serta sekolah
  • Smart Card di gunakan untuk meminjam atau pemulangan buku yang dipinjam di perpustakaan sekolah


Kemudahan Koperasi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Koperasi sekolah menyediakan jualan makanan dan barangan keperluan pelajar serta guru. seperti:

  • roti
  • Air
  • Baju Sukan
  • Lencana Sekolah
  • Tali Leher (Pelajar Lelaki dan bagi pelajar perempuan yang tidak memakai baju kurung )
  • Lencana Petaling (Pelajar Sesi pagi sahaja)
  • Alat Tulis
  • Kemudahan Fotostat
  • Air Gas
  • Sup Kari
  • Ais Krim
  • Jus Buah
  • Pizza

Kemudahan Kaunseling[sunting | sunting sumber]

kemudahan kaunseling di sediakan kerana kaunselinglah tempat pelajar-pelajar mendapatkan motivasi diri dan tempat penyelesaian masalah, seperti:-

  • Masalah disiplin
  • Masalah Keluarga
  • Masalah Diri
  • Dan lain-lain masalah

Kategori kaunseling:-

Nama Kauseling Nota
Kaunseling Kelompok Kaunseling berkumpulan
Kaunseling Individu Kaunseling perseorangan


Waktu Sekolah[sunting | sunting sumber]

(Sesi Pagi)

Hari Masa Mula Masa Tamat Nota
Isnin - Khamis 07:25 Pagi 01:05 Tengah Hari Waktu Kerja Biasa
Jumaat 07:25 Pagi 12:30 Tengah Hari Balik awal kerana memberi laluan kepada pelajar dan guru lelaki islam sembahyang jumaat
Sabtu 07:30 Pagi ((Bebas)) Waktu badan beruniform dan kelab atau kelas tambahan

(Sesi Petang)

Hari Masa Mula Masa Tamat Nota
Isnin - Khamis 01:05 Petang 06:30 Petang Waktu Kerja Biasa
Jumaat 02:05 Petang 06:30 Petang Masuk Lewat kerana solat jumaat bagi pelajar lelaki dan guru-guru lelaki.
Sabtu 07:30 Pagi ((Bebas)) Waktu badan beruniform dan kelab atau kelas tambahan

Huraian Waktu Sekolah

  • Bagi pelajar pagi setiap pagi mesti beratur di tapak perhimpunan dan setiap hari isnin ialah perhimpunan rasmi dan kecuali cuaca tidak mengizinkan
  • Bagi pelajar petang pula setiap hari sebelum masuk dan balik mesti beratur di tapak perhimpunan dan setiap isnin ialah perhimpunan rasmi dan kecuali cuaca tidak mengizinkan.
  • Siapa datang lewat akan di denda.

Sistem Penalti[sunting | sunting sumber]

sistem penalti SMKS 19 di kenali sebagai PSP "Program Penalti sekolah".

Kemudahan Laman Web Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Menyemak keputusan peperiksaan
  • Menyemak rekod kesalahan pelajar
  • Menyemak kelas pembelajaran

Tambahan Kelas tingkatan 1 dan 2 bagi sesi 2008[sunting | sunting sumber]

SMK Seksyen 19 memperkenalkan satu kelas tambahan di mana kelas tambahan itu digunakan oleh pelajar tingkatan 1 yang keputusan UPSR nya yang lulus. nama kelas tersebut ialah 1 Cemerlang.

Nama Kelas Tingkatan Numbor kelas
Cemerlang 1 1 (Kelas Baru)
Perdana 1 2 (Kelas Lama dan dahulunya kelas pertama)
Gemilang 1 1 (Kelas baru dan tingkatan 1 Cemerlang kelas ke2 dan tingkatan 1 Perdana kelas ke3
Cemerlang 2 1 (kelas baru dan baru untuk tingkatan 2 dan tingkatan 2 Perdana ialah kelas ke2


Majalah Tahunan Atau year Book[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah kebangsaan seksyen 19 shah alam pun ada majalah tahunan atau face book yang di panggil Tinta19 dan di keluarkan setahun sekali sahaja dengan harga RM 12.00 sahaja.


SMK Seksyen 19 memecah rekod[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2007, pada majlis atau hari ambang kemerdekaan SMK Seksyen 19 telah memecah rekod dengan membuat kad ucapan hari kemerdekaan Malaysia yang kelima puluh terpanjang iaitu 1 KM iaitu mengelilingi dua sekolah iaitu SMK Seksyen 19 dan SRAI Seksyen 19. Dan kejayaan tersebut telah tercatat dalam Malaysian Book Of Record.

Hari Guru[sunting | sunting sumber]

pada kebiasaannya hari guru di sambut pada 16 mei tetapi sekolah menengah kebangsaan seksyen 19 shah alam menyambutnya selepas peperiksaan pertengahan tahun selalu di antara 23 mei atau 24 mei.


SPBT[sunting | sunting sumber]

SPBT ialah skim pinjaman buku teks dan kali ini pelajar tingkatan 2,3 dan 5 di beri lebih awal dan tingkatan 1 dan 4 akan di umunkan nanti,

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19
Selangor, Malaysia
Telefon = 355423306
Fax = 355495382

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]