Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Rasmi SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
Moto Berilmu, Berketrampilan Dan Berakhlak Mulia
Dirasmikan Januari 2002
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Harian
Pengetua Puan Salwani Binti Muhammad Zain
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Khor Tsui Shung
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Salmawati Binti Mohd Shariff
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Aishah Binti Hashim
Pengerusi PIBG Encik Abd. Karim Bin Ali
Kod sekolah BEA8639
Lokasi  Malaysia Bandar Kinrara PUCHONG, Selangor, Malaysia
Nama singkatan SMKS1BK
Laman web http://ict-smks1bk.simplesite.com/
Telefon 03-8070 4075
Faks 03-8070 4076

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Jenis Harian yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara terdiri daripada 613 pelajar lelaki dan 565 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1178 orang. Sekolah ini terdiri daripada 74 orang guru. Pada tahun 2011-2014 sekolah ini telah diketuai oleh Tuan Haji Abdul Khany Bin Mohd Yusof sebagai Pengetua Sekolah yang kelima.

Pada tahun 2014 SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah diketuai oleh seorang pengetua yang mula bertugas pada Mei 2015, Puan Irene Voon Foong Len dan telah bertugas di sekolah ini selama 1 Tahun 5 bulan iaitu dari Mei 2014 sehingga Oktober 2015.

Bermula November 2015 , SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah diketuai oleh pengetua yang baharu iaitu Puan Salwani Binti Mohd Zain.

Kini, Pada Jun 2016, sekolah ini terdiri daripada 56 orang guru, 10 orang anggota kumpulan sokongan dan 940 orang pelajar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2002, SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah memulakan operasi dengan sepenuhnya. Pada mulanya sekolah ini hanya terdiri daripada 27 orang guru, 4 orang anggota kumpulan sokongan dan 445 orang pelajar. Pada waktu ini sekolah ini diketuai oleh YBhg Datin Noorul Aini Binti Ambak (2001-2004).

Pada waktu ini juga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Encik Mohd Azman Lim Bin Abdullah (2002-2003).

YBhg Datin Noorul Binti Ambak juga telah mencipta bendera, lencana dan lirik lagu sekolah rasmi. Lagu ini kemudiannya telah dicipta oleh seorang pengubah lagu iaitu Encik Zubir Bin Ali.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua Yang Berkhidmat Di Smk Seksyen 1 Bandar Kinrara
Nama Pengetua Tahun Berkhidmat Status Kini
YBhg Datin Noorul Binti Ambak 2001 - 2004 Bersara
YBhg Datin Hjh Rohani Binti Mustaffa 2004 - 2006 Bersara
Puan Hjh Fadzillah Binti Maarif 2006 - 2009 Bersara
Ybhg Datin Hjh Zuraidah Binti Hj Mohamad 2009 - 2010 Bersara
Tuan Hj Khany Bin Mohd Yusof 2010 - 2014 Bersara
Puan Irene Voon Foong Len Mei 2014 - Oktober 2015 Bersara
Puan Salwani Binti Mohd Zain November 2016 - Kini Bertugas
Gambar para pengetua yang telah berkhidmat di SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara

Senarai Nama Pengerusi PIBG[sunting | sunting sumber]

Senarai Nama Pengerusi PIBG Yang Berkhidmat di SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Nama Pengerusi PIBG Tahun Berkhidmat Status
Encik Mohd Azman Lim Bin Abdullah 2002 - 2003 Telah Tamat Berkhidmat
Encik Mohd Effendi Bin Ismail 2003 - 2005 Telah Tamat Berkhidmat
Allahyarham Encik Mohd Kusnin Bin Morid 2005 - 2009 Telah Tamat Berkhidmat
YBhg Dato' Mohd Radzi Bin Ahmad 2009 - 2010 Telah Tamat Berkhidmat
Encik Abdul Karim Bin Ali 2010 - Kini Sedang Berkhidmat

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah memenangi pertandingan memasak antarabangsa di London pada tahun 2006.

Galeri Foto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lawatan Pelajar Jepun dari Suginami Sogo High School ke SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Lawatan Pelajar Jepun dari Suginami Sogo High School ke SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Mesyuarat Rumah Sukan 2016 SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Para pelajar SMK Seksyen Bandar Kinrara yang berjaya dalam SPM 2014. #TahniahDiucapkan #Kinrara1Cemerlang
Majlis Penutupan Aerobikton 2014 SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Pembinaan Gazebo oleh Puan Irene Voon Foong Len pada tahun 2015
Pembinaan Surau Baharu SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Pembinaan semula tembok sekolah SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
Bandar Kinrara, Puchong
Selangor, Malaysia
No. Telefon : 03-8070 4075
No. Fax : 03-8070 4067

Pautan luar[sunting | sunting sumber]